Pages

Saturday, 17 October 2020

HIDUP MATI UMNO DIPUTUSKAN MINGGU INI

 

MINGGU INI

PELBAGAI ISU MELANDA UMNO



A.    LATAR BELAKANG 

Pelbagai isu dan masalah sedang melanda UMNO sejak sekian lama. Bermacam-macam keputusan perlu dilakukan demi menjamin kestabilan UMNO dalam jangka pendek maupun jangka panjang.

Selain dari keresahan akar umbi, berlaku juga kecelaruan di kalangan para pemimpin maupun di kalangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau pun bukan MKT. Kenyataan membina dan membunuh sering terpapar di media sosial yang mampu diandaikan secara positif atau sebaliknya oleh netizen khasnya penyokong UMNO.

Kesempatan ini telah dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk melemahkan UMNO. Sasaran utama mereka adalah akar umbi UMNO dan sekutunya yang rapat. 


B.     ISU UTAMA

Di antara isu utama adalah :-

1.    MUAFAKAT NASIONAL (MN)
2.    PERIKATAN NASIONAL (PN)
3.    BARISAN NASIONAL (BN)
4.    KERAJAAN PUSAT PERIKATAN NASIONAL 
5.    KERAJAAN NEGERI PERIKATAN NASIONAL


C.    ISU DALAMAN UMNO 


Kebanyakan pemimpin dan akar umbi UMNO tidak dapat membezakan di antara "YANG BERHAK BERSUARA" dan "YANG TAK BERHAK BERSUARA" apabila membabitkan Organisasi UMNO.

Juga, terdapat beberapa ISU DALAMAN yang perlu diatasi terlebih dahulu sebelum menangani masalah luaran yang mampu menggugat kestabilan UMNO.

1.    Kenyataan dan Sikap Ahli MKT
        - tidak selaras di antara satu sama lain
2.    Kenyataan dan Sikap Bukan Ahli MKT
        - seolah-olah Ahli MKT  
3.    Komen Akar Umbi yang menyandang jawatan 
        - berkomen mengikut perasaan tanpa merujuk atau rujukan
4.    Komen Akar Umbi yang tidak menyandang jawatan
        - bebas memberi komen dan kadangkala terbabas
5.    Komen dan Tingkahlaku "PENYOKONG SETIA" 
        - seperti biasa seolah-olah UMNO ini masih Dominan
        - sering tikam menikam di antara satu sama lain
6.    HILANG DARI RADAR 
        - pemimpin/pembantu menghilangkan diri sebab tiada kepentingan
7.
    Masing-masing cuba menjadi juara.

Berikan masa dan ruang kepada MKT untuk membuat keputusan dan halatuju UMNO dan Keputusan Perjumpaan Muafakat Nasional (MN) pada 19 Okt 2020 dan Mesyuarat MKT pada 20 Okt 2020 adalah KEPUTUSAN TERPENTING.



Oleh itu, setelah 20 Oktober 2020 ini, KEPUTUSAN MKT adalah merupakan TITIK MULA ke arah KECEMERLANGAN atau KEHANCURAN UMNO. Jika ianya "MESRA AKAR UMBI", Insha Allah berjaya akan tetapi jika "MESRA PEMIMPIN" maka hancurlah jawapannya.



HUBAYA-HUBAYA 


No comments:

Post a Comment