Pages

Monday, 21 September 2020

PILIHANRAYA DUN-DUN NEGERI SABAH KE 16 (26 SEPTEMBER 2020)

 

PERKONGSIAN KE 1
(PARTI-PARTI YANG BERTANDING)


LATAR BELAKANG 

Sabah mempunyai 73 kerusi DUN setelah ditambah 13 dari 60 kerusi selepas PRU 14 lalu. Terdapat beberapa NAMA DUN yang hilang dan ditukar ke nama baru setelah dipinda/tambah DUN baru.

RUJUKAN KAWASAN-KAWASAN DUN : DUN-DUN SABAH


KENAPA PERLU DIADAKAN PRN SABAH 2020 

Tiada Parti yang MENANG MAJORITI menyebabkan keadaan berubah .... asalnya ADUN BN (DS Musa Aman) dilantik menjadi Ketua Menteri setelah beberapa ADUN BUKAN WARISAN menyokong.

Selang beberapa ketika, WARISAN dikatakan mengatasi BN setelah sebahagian dari ADUN BUKAN BN menyokong pulak WARISAN dan terlantiklah DS Shafie Afdal menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru .... hingga kini.

Selang beberapa bulan ... BN yang diketuai DS Musa Aman dikatakan mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN Sabah dan cuba mendapat mandat dari Yang Di Pertua Sabah .... tetapi ... Ketua Menteri (DS Shafie Afdal) menasihati beliau untuk MEMBUBARKAN DUN SABAH hingga tercetusnya Pilihanraya Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 26 September 2020 ini nanti.

Berikut adalah Analisa Keputusan PRU 14 DUN Sabah. 


DUN-DUN BARU DAN PARTI-PARTI BERTANDING 

Terdapat ramai yang mencalonkan diri mewakili berbagai parti. Ada yang berbentuk GABUNGAN seperti Gabungan Rakyat Sabah (BN, PN dan PBS) serta WARISAN PLUS (WARISAN, UPKO, DAP, PKR dan AMANAH) di samping parti-parti yang lain seperti PCS, USN0, LDP, PGRS, PPRS, HR, ANA, PKA DAN BEBAS menjadikan JUMLAH CALON BERTANDING = 447 calon.




WARISAN PLUS dan PARTI CINTA SABAH (PCS) masing-masing meletakkan 73 calon yakni di seluruh DUN Sabah dan calon-calon mereka TIDAK BERTEMBONG di antara satu sama lain di dalam gabungan bermaksud .... mereka meletakkan SATU CALON SAHAJA di setiap DUN.


JANGGALNYA/PELIKNYA CALON-CALON GABUNGAN RAKYAT SABAH (PRS)

GABUNGAN RAKYAT SABAH (BN, PN dan PBS) meletakkan 82 calon di 73 DUN yang dipertandingkan. Jadi, terdapat PERTEMBUNGAN SESAMA SENDIRI di DUN-DUN Berkenaan.

Ikuti ulasan selanjutnya di PAPARAN PRN SABAH 2,

LAMAN PRN SABAH (SILA BERKUNJUNG) 

1.     PRN SABAH ( 1 ) : Parti-parti Bertanding  

2.     PRN SABAH ( 2 ) : GRS meletakkan 92 calon di 73 DUN 

3.     PRN SABAH ( 3 ) : Senarai Parti dan Calon

4.     PRN SABAH ( 4 ) : GRS Bertembung sesama sendiri

5      PRN SABAH ( 5 ) : Calon Warisan Hina ATM dan PDRM

6.     PRN SABAH ( 6 ) : Andaian Keputusan PRN Sabah 2020

7.     PRN SABAH ( 7 ) : Keputusan PRN dan Siapa Ketua Menteri Sabah 

8.     PRN SABAH ( 8 ) : Bung Moktar bakal Ketua Menteri Sabah? 

9.     PRN SABAH ( 9 ) : PBS beri mandat kepada TYT

10.   PRN SABAH (10) : 41 DUN GRS dan 32 DUN WAWASAN PLUS




SEKIAN, TERIMA KASIH



No comments:

Post a Comment