Pages

Tuesday, 30 January 2018

KEM SG BESI BERPINDAH KE SENDAYAN DIJADIKAN ISU OLEH PEMBANGKANG


ISU PERPINDAHAN INI BUKAN PERKARA BARU


Pada 5 Ogos 2010, Timbalan Panglima TUDM, Lt. Jen Datuk Shahron Ibrahim menyatakan pangkalan TUDM di Sungai Besiakan dipindahkan .[1] Pada 28 Mei 2011, Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan Sendayan paling sesuai menjadi pangkalan TUDM menggantikan Sungai Besi yang akan dibangunkan dengan pembangunan bercampur.[2]
Tan Sri Rodzali Daud menyatakan Bandar Malaysia akan dibangunkan di situ dengan kerjasama Tabung Angkatan Tenteradengan 1Malaysia Development Bhd (IMDB) . Pusat operasi pertahanan udara mungkin akan dipindahkan ke pangkalan angkatan komando udara di Bukit Jugra,Banting. Skuadron helikopter akan ke Subang

JUGA........ 

1. Pemindahan TUDM Kuala Lumpur ke Pangkalan Udara Sendayan dibuat berdasarkan faktor rasionalisasi daripada aspek operasi dan keselamatan, dan juga TUDM Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan usang, dibangun sejak tahun 1940-an. 

2. Operasi penerbangan di TUDM Kuala Lumpur tidak berapa selamat disebabkan kepesatan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur, dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk.

3. Kawasan TUDM Kuala Lumpur amat terdedah dengan ancaman luar disebabkan lokasi berhampiran lebuhraya dan kawasan perumahan. Dengan ancaman yang ada sekarang ini, ia boleh dilancarkan daripada kawasan-kawasan tersebut.

4. Pendedahan TUDM Kuala Lumpur kepada umum turut menyukarkan pihak TUDM untuk memberi perlindungan mantap sebagai kawasan operasi ketenteraan kerana terdedah kepada aktiviti pengintipan.

5. PU Sendayan & 31 Rejimen Artileri Kem Tun Ibrahim, Kajang adalah antara tapak-tapak relokasi TUDM Kuala Lumpur. Penempatan di beberapa pangkalan udara yang ada adalah mengikut misi dan kesesuaian seperti yang dibuat di PU KL sebelum ini.

6. Ini adalah kali pertama sebuah Pangkalan Udara (Sendayan) dibina untuk keselesaan para pegawai dan anggota TUDM di mana mereka akan mendapat kawasan kerja, kediaman dan infrastruktur yang baru untuk memberi sokongan atas misi-misi latihan TUDM. Selain itu, dengan adanya PU Sendayan ini, TUDM akan dapat menempatkan pusat latihan TUDM di mana buat masa ini latihan-latihan tersebut berpecah dan ada yang dibuat di Subang, Alor Star serta di Kinrara.

7. PU Sendayan ini apabila siap dibina dapat menyatukan TUDM yang akan meletakkan semua ini di bawah satu bumbung bagi tujuan uniformiti dan latihan manakala perintah dan kawalan akan menjadi lebih berkesan.

ISU KEHILANGAN ASPEK SEJARAH PU KUALA LUMPUR

1. Sejarah TUDM Kuala Lumpur akan dikekalkan selepas dipindahkan ke PU Sendayan kerana ia merupakan landasan antarabangsa yang pertama digunakan semasa zaman kemerdekaan. TUDM akan memelihara artifak-artifak sejarah TUDM Kuala Lumpur ini di muzium TUDM. Ini akan dilakukan bagi memastikan sejarah TUDM tidak akan terlupus.

ISU PROJEK BANDAR MALAYSIA DIKUASAI SYARIKAT CHINA

1. Dakwaan kononnya projek Bandar Malaysia di bekas TUDM Kuala Lumpur di ibu negara dikuasai oleh syarikat China kini bukan lagi isu. Sebaliknya tapak strategik seluas 198 hektar itu dikuasai 100% Kementerian Kewangan, berikutan terbatal perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan pihak pemegang saham projek tersebut sebelumnya.

2. TRX City, dengan mengambil kira kepentingan nilai tanah Bandar Malaysia, akan mengekalkan pemilikan penuh terhadap kawasan itu demi memastikan rakyat Malaysia meraih manfaat hasil pembangunannya.

3. Adalah fitnah berniat jahat dengan mengatakan kem TUDM KL diserah kepada Cina dari China.

RUMUSAN

1. Adalah tidak benar kerajaan mengenepikan sejarah penting negara dengan menyerahkan Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada pihak pemaju untuk dibangunkan. Banyak sejarah dan artifak TUDM akan dipelihara untuk pengetahuan generasi akan datang.

2. PU Kuala Lumpur telah hilang nilai strategiknya dan tidak sesuai lagi untuk menempatkan unit-unit tentera. Kedudukannya juga menjadikan pengintipan dan serangan oleh musuh menjadi begitu mudah.

3. Angkatan Tentera Malaysia memperolehi kemudahan-kemudahan yang jauh lebih baik dan bersesuaian setelah perpindahan ini berlaku.

4. Malaysia bukan satu-satunya negara yang menutup pangkalan-pangkalan tentera. United Kingdom telah dan bakal menutup sebanyak 56 pangkalan-pangkalan tentera termasuk Woolwich Barracks dan Fort George yang berusia hampir 300 tahun dan kaya dengan unsur-unsur sejarah. Berbeza dengan Malaysia, penutupan pangkalan-pangkalan tentera di UK tidak melibatkan sebarang penggantian.

Oleh itu janganlah kita mempolitikkan pertahanan negara dan hargai Angkatan Tentera Malaysia serta hak mereka untuk bertugas dan tinggal di pangkalan-pangkalan yang jauh lebih moden dan selesa sesuai dengan tugas mereka yang berat untuk menjaga kemananan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.

No comments:

Post a Comment