Pages

Saturday, 6 May 2017

SIAPA YANG CAKAP "ORANG LUOR TAK BOLEH JADI CALON DI PARGHIT" BAGI TAU AKU SKRG




Baru2 ini, teman terbaca PAPARAN yang diedarkan melalui whattshap .... berkenaan dengan "HANYA AJK BAHAGIAN SAHAJA YANG LAYAK JADI CALON".

Mungkin ramai yang menyatakan "SETUJU" akan tetapi .... KENAPA dan MENGAPA ketika ini pulak ... paparan itu dikeluarkan .... kenapa tak dikeluarkan SEMASA PRU 1995 dan PRU 1999. Mungkin kerana MB Perak masa itu Ketua Bahagian Pasir Salak. ADA ORANG yang takut nak menentang cadangannya ker?


DATO' AINON KHAIRIYAH MOHD ABAS
KETUA WANITA UMNO PASIR SALAK
CALON PRU P69 PARIT : MENANG

ALLAHYARHAM DATO' MEGAT JUNIT
TIMBALAN KETUA BAHAGIAN PASIR SALAK
CALON PRU 1999 P069 PARIT : KALAH

Kita kaji sejaran UMNO Bahagian Parit ..
PRU 1995 ... Ketua Bahagian adalah Dato' Hambal sementara Timbalan adalah Dato' Zaim (Setiausaha Sulit Khas MB). Teman masa itu .. S/U Bilik Gerakan DUN Bota.
PRU 1999 ...... Ketua Bahagian adalah Dato' Zaim.
(Teman masa itu .. PENYELARAS PRU Parlimen Lumut) 

PRU 2004 ...... Ketua Bahagian adalah Dato' Zaim.
(Teman masa itu .. PENYELARAS OPERASI TEBUS PARIT)

PRU 2008 ...... Ketua Bahagian adalah Dato' Zaim
(Teman masa itu ... PA Calon BN/MCA DUN Pantai Remis)

PRU 2013 ...... Ketua Bahagian adalah Dato' Zaim
(Teman masa itu ... HANTU RAYA)

SEKARANG ... Ketua Bahagian adalah Dato' Zaim 

(BN KALAH 3 : 0 di PRU 1999) sewaktu itu Calon Parlimennya Dato' Megat Junit (TKB Pasir Salak)  menggantikan Ainon Khariyah (Ketua Wanita Pasir Salak)

CERITA ORANG LUOR TAK BOLEH BERTANDING LAGI DI PARIT ini bermula dari .....
Tahun 2002 teman dipanggil oleh Dato' Zaim (Ketua Bahagian) dan Dato' Che Ri (Timbalan Ketua Bahagian) untuk menjadi
PENYELARAS OPERASI TEBUS. Matlamatnya .... UNTUK MENEBUS KEKALAHAN PARIT. Dalam kertas kerja teman .... teman tuliskan ... "TAK MAU CALON LUOR" tapi ttak ada ler begitu detail sekali hinggakan PEMIMPIN YANG LAHIR DI PARGHIT pun DILARANG BERTANDING. Bekerjalah teman sehingga PRU 2004 dengan peruntukan yang diberi HANYA RM1,000 sahaja dari KB



Yang menjadikan aku gelak .... takkan SYARAT DI ATAS masih nak digunapakai lagi dan ditokok tambah ... "WALAUPUN BERANAKNYA DI PARGHIT ... MASIH TAK LAYAK" .... entah2 ... KITA YANG TAK LAYAK SEKARANG ... jadi ... takkan kome nak UGUT PUCUK PIMPINAN PARTI PULAK.

PERSOALANNYA ....

1.   Kenapa tak dijadikan SYARAT sewaktu PRU 1995 dan 1999?
2.    Siapakah yang DIGERUNI hingga terkeluarnya PAPARAN/EDARAN berkenaan.
3.    SIAPAKAH YANG MENGARAH/MENGELUARKAN arahan agar PAPARAN ITU DIPATUHI?


Aku nampak ... ada 3 orang sahaja yang mereka GERUN buat ketika ini .... 


1.   .................. 
2.   ..................
3.   ..................

(TUNGGU DULU ... kemudian teman paparkan)



HUBAYA-HUBAYA 




No comments:

Post a Comment