Pages

Monday, 13 June 2016

PRK P067 KK : ANDAIAN KEPUTUSAN HINGGA 12 JUN 2016 (SEKADAR PANDANGAN PERIBADI)



KITA HANYA BERUSAHA,
ALLAH YANG MENENTUKANNYA.



1.   DATA PEMILIH TERKINI

Pemilih berbanding PRU 13 tak begitu berbeza, jadi DATA PEMILIH 2016 menunjukkan bahawa Pemilih KAUM CINA menjadi PENENTU.

DATA PEMILIH


2.    KELUAR MENGUNDI

Berdasarkan PRU 13, Pengundi KELUAR kira 85%. Kebiasaannya, Kaum Melayu, India dan Asli yang menetap di dalam kawasan akan keluarv semenntara Kaum Cina akan berpusu-pusu pulang dari perantauan dengan agenda tersendiri.
KELUAR MENGUNDI




3. SIKAP PENGUNDI MELAYU

Pengundi Melayu akan berbecah kepada 3 parti iaitu BN, PAN dan PAS berdasarkan sikap sedia ada, pengaruh calon dan ISU TEMPATAN serta sedikit-sedikit ISU NEGARA

BN   :  45%
PAN :  25%
PAS :  30%
SIKAP MELAYU



4.   SIKAP PENGUNDI CINA

Jika di PRU 13 lalu, Kaum Cina Bandar memberi 20% - 25% ke BN sementara Kaun Cina (Kampung Baru) cuma memberi 15% - 20% sahaja.

Keadaan ini bertambah kritikal di PRK 2016 ini di mana kesemua kawasan akan memberi undi mereka :-

BN   : 10% (Pemimpin Komponen BN)
PAN : 85% (Sleeping Partner DAP yang Baru)
PAS :  5 % (tersilap undi)

SIKAP CINA



5.   SIKAP KAUM INDIA

Seperti biasa, Pengundi Kaum India akan mengundi berdasarkan SENTUHAN KALBU dan selalunya PKRlah menjadi pilihan selain BN

BN   : 45%
PAN : 45%
PAS : 10%
SIKAP INDIA 


6.   SIKAP KAUM ASLI

Kebiasaannya, Kaum Asli akan memberi sokongan padu ke BN berbanding Calon-calon lain.

BN    :   80%
PAN  :  10%
PAS  :  10%
LAIN-LAIN 

Pada mulanya(Pengumuman Calon BN), saya mengandaikan BN mengalami kekalahan (-1969) dan pada 8 Jun 2016 lalu telah berkurangan kepada (-1740) dan pada saat ini ..... (-1402).





Peningkatan ini adalah berlandaskan kegiatan Jentera PRK serta Program-program yang diadakan di dalam kawasan serta pengumuman-pengumuman penting di peringkat kawasan dan negara seperti Bantuan Pekebun Kecil, Bonus Hariraya, Bangunan Sekolah dsbnya.

Kehadiran Para Menteri adalah amat dialu-alukan. Walaupun demikian ada kalanya kehadiran Menteri-menteri "BAD FIRED" disebabkan "GELAGAT dan BUDAYA TUNJUK MUKA/PUNCH CARD" oleh individu-INDIVIDU tertentu hingga mengabaikan PENDUDUK TEMPATAN khasnya PENGUNDI merasa meluat dan terpinggir.

Untuk meningkatkan lagi sokongan terhadap BN, saya menyarankan agar beberapa langkah drastik perlu diambil :-
SOKONGAN MANTAN DAN PEMIMPIN TEMPATAN

1.   Memohon jasabaik Pemimpin-pemimpin BN Tempatan khasnya Pemimpin UMNO seperti Bekas ADUN/Parlimen serta pengikut-pengikutnya yang masih merasa kurang puashati .... rujuk KELIP-KELIPAN di dalam media sosial dan meja-meja tertentu di dalam PRK. Mereka ini terutamanya Mantan ... bukanlah sembarangan tokoh jadi mereka yang akan menghampirinya ... JANGAN TOKOH SEMBARANGAN.

2.   Komponan BN yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan juga Penyokong BN seperti IPF dll perlulah dirai sebagaimana kita meraikan PDM UMNO tetapi jumlah serta lokasinya biarlah sesuai dengan kemampuan mereka.

Dengan kerjasama semua pihak dalam masa beberapa hari lagi, BN masih boleh memenangi PRK ini dan jika ianya menjadi realiti .... SAYA MENGANDAIKAN BN AKAN MENANG DENGAN .... MAJORITI 331.


KE ARAH KEMENANGAN 
BARISAN NASIONAL

INSYA ALLAH

HUBAYA-HUBAYA








No comments:

Post a Comment