Pages

Thursday, 12 September 2013

TERINGAT PERISTIWA 1993 "AKU HANYA HAMBA ABDI"






Tahun berkenaan, Perak Tengah menjadi TUAN RUMAH Pesta PSKPP Peringkat Negeri Perak, jadi terpaksalah mencari wang untuk menampungnya.

Aku diamanahkan untuk membuat kertas kerja ... lalu aku bereskan setelah beberapa kali diberi BANTAHAN oleh Guru Besar yang tak berapa berkenankan aku .... pelik dan gelihatinya .... dalam mesyuarat sebelum diluluskan .... bertalu2 bantahan untuk dipinda ... sepotong ayat pun TAK AKU PINDA .... aku serahkan semuanya kepada Timbalan PPD untuk dibawa ke mesyuarat di mana aku NEKAD TIDAK MAU MENGHADIRKAN DIRI .... KERTAS KERJA ITU DILULUSKAN TANPA PINDAAN .... hairan aku ... kertas kerja berkenaan dinamakan "JOGATHON PSKPP"

Maka, aku pun mula menjalankan tugas ... hingga terdemam beberapa hari ... aku teruskan juga tugas berkenaan ... berjaya memungut CEK SAHAJA kira-kira RM75,000.00 ..... (WANG TUNAINYA AKU TAK TAU ... hilang entah ke mana sebelum sampai ke tangan Bendahari)

Aku langsung tidak menggunakan wang kutipan berkenaan walaupun untuk membeli minyak, beli panadol dsbnya.

APA YANG MENYAYAT HATI ...

1.   Aku tak MEMESAN APA-APA barangan ... dituduh mengambil komisyen .... walhal yang memesan adalah AJK PSKPP sendiri hingga terhutang PULUHAN RIBU.

2.     Aku cuba memohon sedikit saguhati ... CUMA DIBERI RM100.00 sahaja .... TERIMA KASIH (jika dibandingkan dengan AJK Jamuan .... diberi RM400.00) ... walhal ... aku yang CARI DUIT .... untuk makluman .... makanan berharga RM4.50/orang dituntut oleh Pengerusi Jamuan RM6.00/orang

3.     Apabila ditutup akaun .... TERKEJUTNYA AKU ... apabila diisytiharkan ... KUTIPAN JOGATHON YANG DIUMUMKAN .... HANYA RM24,000.00 sahaja ... walhal lebih dari RM75,000.00

4.     Apabila diumumkan PRESTASI TAHUNAN .... ada TIGA beradik serentak ... DAPAT MELINTANG ... walhal ... "AKU YANG JADI HAMBA ABDINYA"

Tapi, SEMUA MEREKA sudah PENCEN. Semasa dalam perkhidmatan ... kebanyakan mereka ... BERKOLAR PUTIH dan DIHORMATI dan ada diantaranya ... HINGGA KE PERINGKAT KEBANGSAAN .... tapi aku tau .... KENTUTNYA BUSUK .... TAIKNYA BERSEPAH.

HUBAYA-HUBAYA






No comments:

Post a Comment