Pages

Monday, 12 August 2013

145,000 AKAN MENENTUKAN KEPIMPINAN NEGARA AKAN DATANG BERBANDING 2,000+++ SEBELUM INI



GENTING HIGHLANDS, 2 Julai  - UMNO akan mempertimbang untuk mengadakan sesi memperkenalkan calon bagi pemilihan parti itu tahun ini, kata Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Tempoh berkempen tidak ada, kalau fikir sesuai, mungkin kita akan minta badan perhubungan Umno di negeri-negeri untuk menganjurkan majlis memperkenalkan calon,” katanya selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-20 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini hari ini.
Mengenai siri jelajah taklimat pemilihan UMNO berhubung kaedah pelaksanaan dan tatacara pemilihan UMNO yang berakhir baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau menerima laporan tidak rasmi mengatakan bahawa anggota UMNO di semua peringkat faham mengenai kaedah baharu itu.
“Saya diberitahu mereka sudah faham, cuma perkara ini baru, tetapi ada juga yang tidak tahu inilah kesan kepada pindaan perlembagaan UMNO, dahulu keputusan pemilihan tertinggi dibuat oleh wakil di perhimpunan agung UMNO, jumlahnya 2,000 lebih tetapi sekarang lebih 145,000 perwakilan yang ada di peringkat bahagian (yang akan memilih),” katanya.
Beliau berkata menerusi kaedah baharu itu, daftar pemilih yang menjadi anggota di kawasan tersebut perlu disahkan dengan betul selain mesyuarat yang akan diadakan perlu cukup korum atau ia akan memberi kesan kepada keputusan di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi (MT).
“Yang penting kita hendak halusi cara-cara proses itu berjalan dan dimulakan, masih ada masa, saya harap tidak ada perkara berbangkit, kita hendak tentukan tidak ada masalah teknikal yang boleh timbul dalam pelaksanaan system itu,” katanya.
Tarikh pemilihan peringkat cawangan diputuskan iaitu dari 15 Julai hingga 31 Ogos, manakala tarikh pemilihan peringkat bahagian dan pimpinan tertinggi parti belum ditentukan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali baru-baru ini berkata pemilihan UMNO yang bakal diadakan hujung tahun ini akan mengadaptasi sistem ‘Electoral College’ yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Berdasarkan sistem itu, jika terdapat dua calon memperoleh jumlah undi sama, keputusan bergantung kepada undi daripada setiap 191 bahagian seluruh negara

No comments:

Post a Comment