Pages

Wednesday, 12 June 2013

ANAK DARA SUNTI MENINGGAL KETIKA BERSUNAT?




TENTULAH SUDAH BERSUNAT



KENAPA DAH TERLALU BERUMUR BARU NAK DISUNATKAN?
GAMBAR ALLAHYARMAHAH


PAPARAN ASAL : KLIK DI SINI

TAMBAHAN (SEKADAR MAKLUMAN)

Hukum 'Bersunat' Atau Khitan Bagi Wanita


Gambar sekadar hiasan sahaja


Rupa2nya masih ramai lelaki dan wanita kita yang sudah remaja dan ada juga yang sudah dewasa namun belum berkhatan atau berkhitan (jika wanita). Maklumlah perkara ini perkara yang tersembunyi. Oleh kerana ianya bersifat tersembunyi maka ramailah pula yang tidak tahu bahawa perkara ini adalah fardhu.

1. Berkhatan atau berkhitan

Berkhitan atau disebut dalam istilah orang-orang Melayu sebagai berkhatan adalah suatu yang diwajibkan ke atas lelaki dan perempuan. Oleh itu seorang wanita yang belum berkhitan, dan hanya mengetahuinya ketika sudah menjangkau usia 30 tahun, maka tetap juga diwajibkan supaya berkhitan.

Ini adalah berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud : Lima perkara yang tergolong dalam fitrah iaitu : “berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai”.

Walau bagaimanapun dia tidak dianggap berdosa kerana tidak berkhitan sewaktu kecil kerana dia tidak mengetahuinya.

Tetapi apabila dia mengetahuinya, maka berdosa jika melalaikan kewajipan ini. Bagi wanita adalah sekadar dipotong, atau sekadar berdarah pada klitorisnya. Perkara ini adalah tidak memberatkan dan tidak menyulitkannya. Jika meninggalkannya adalah berdosa dan termasuk dalam maksiat farji ( kemaluan ) .

Syeikh Ibn Hajar al-Haitami dalam kitabnya yang bernama al-Zawajir mengatakan bahawa meninggalkan khitan sesudah dewasa sama ada lelaki atau wanita termasuk dalam dosa-dosa besar.

Begitu juga perkara seterusnya yakni:


2. Memotong bulu ari-ari

Jika anda sudah berkahwin pastikan bulu ari-ari pasangan anda itu tidak melebihi satu sukatan ketak-ketak jejari anda (lebih kurang 1 inci) sahaja. Jika lebih berarti dah patut dipotong atau gunting. Sebab jika dalam keadaan pendek sudah pasti kebersihan lebih terjamin.


3. Mencabut bulu ketiak

Pastikan bulu ketiak orang yang anda kenali tidak terjongol seperti belukar yang menyakitkan mata. Ia perlu dicabut bagi menjamin kebersihan diri.


4. Memotong kuku 

Memotong kuku sebaik-baiknya ialah seminggu sekali yakni pada pagi hari jumaat selepas mandi pagi. Membiarkan kuku panjang berarti membuat dosa. Satu kuku yang panjang dosanya bersamaan dengan memelihara sekandang khinzir.


5. Menipiskan misai.

Jika anda ingin menyimpan misai eloklah digunting misai tersebut supaya tidak sampai panjang sehingga hampir2 menutup bibir mulut anda. Membiarkan misai panjang sehingga masuk dalam mulut juga berdosa. Sebaik-baik lelaki yang menyimpan misai ialah yang dipotong seminggu sekali. 


Berbalik kita soal khatan dan khitan, sudahkah anda bersunat? Kalau belum, pergilah ke mana-mana klinik untuk berkhitan yer. Jangan bertangguh lagi.



WALLAHHU ALAM



No comments:

Post a Comment