Pages

Wednesday, 8 May 2013

"THE ART OF WAR P69 PARIT" OLEH CIKGU LIN DIANGGAP CUBAAN MEMBUNUH CALON BN.




Sebelum membaca seterusnya,
Di Parit, "BUNUH" dalam petikan ini bermaksud "KALAHKAN/TUMBANGKAN"



RUJUK PETIKAN INI : 
CUBAAN "MEMBUNUH" CALON P69 PARIT

"UGUTAN UNTUK CALON BN P69 PARIT"



AKU SENTIASA MEMBUAT TINDAKAN DRASTIK
YANG ORANG LAIN KATA "TINDAKAN GILA"


Tak kenal AKU maka takkan ADA RASA CINTA. Itulah yang boleh dikatakan kepada sesiapa yang tak kenal AKU dalam ertikata sebenar-benarnya. Ramai yang kenal AKU sekadar LUARAN SAHAJA.

YB DATO' HJ MOHD ZAIM ABU HASAN
CALON PARLIMEN P69 PARIT
(SEJAK 2007 TAK PERNAH MENJAWAB SMS ATAU TELEFON AKU)
ENTAH KENAPA .... AKU MASIH TERTANYA-TANYA?



Aku didatangi oleh (anak saudara aku sendiri)
SDR KHAIRUL SHAHRIL MOHAMED
KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN PARIT
(BELIAU CEPAT BERTINDAK MEMBAUI TINDAKAN AKU)


Juga, kawan lama aku ....

YUSOF NORDIN
TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN
Dengan membawa pesanan berbunyi ....
"BAGI MENANG DULU ... LEPAS ITU KALAU NAK LAWAN ... LAWAN LER"

Semasa Kempen PRU 13 baru-baru ini, aku ada memaparkan dua (2) paparan Blog Aku "LABUN CIKGU LIN" berkaitan dengan CALON P69 PARIT. Paparan aku itu telah disalahertikan oleh Calon dan mereka yang sentiasa berada di sampingnya. Kroni Calon P69 Parit ini sudah tentulah akan berkata "CIKGU LIN NAK BUNUH DATUK" .... maka bermesyuaratlah mereka (AJK Bahagian) dan membincangkan khas ISU BERKENAAN di samping isu-isu lain.


Malangnya, HANYA SEORANG SAHAJA YANG BERANI MENELEFON AKU ... maka aku jawablah "DENGAN SEADANYA" (abang aku sendiri).

KESAN/HASIL/IMPAK PAPARAN DI ATAS menyebabkan CALON "Bagaikan lipas kudung", "Bagaikan Gasing Tak Bertali" BERGERAK .... dan akhirnya .... ALHAMDULILLAH .... MENANG DENGAN BERGAYA (MAJORITI 4497).

Di sini ... saya ingin berpesan kepada MEREKA YANG LATAH ... "BELAJARLAH LAGI .... JANGAN ASYIK DUDUK CELAH KETIAK SAJA".

Kepada yang membantu bagi MEMENANGI KETIGA-TIGA KERUSI PARLIMEN DAN DUN DI PARIT .... Tahniah dan terima kasih saya dambarkan.

Kepada ketiga-tiga CALON YANG BERJAYA saya ucapkan TAHNIAH dan saya juga ingin berpesan bahawa "UMNO ADALAH PARTI KERAMAT YANG DIPUNYAI OLEH SEMUA".

HUBAYA-HUBAYA.



No comments:

Post a Comment