Pages

Wednesday, 8 May 2013

KALAHNYA CALON-CALON DI BUKIT GANTANG TIDAK MENJADIKAN KEPUTUSAN PRK SEBAGAI "PENANDA AWAL" MASALAH DALAMAN UMNO?



KENAPA BN TERLEPAS PANDANG?

DATO' ISMAIL SAFFIAN
SESUAI DI DUN CHANGKAT JERING


Aku dah paparkan sebelum ini bahawa TERDAPAT MASALAH DALAM UMNO khasnya di PDM Kawasan SIMPANG di mana dalam PRK sebelum ini MENYUMBANG KEPADA KEKALAHAN BN.


Jadi, salah seorang dari Timbalan atau Naib semestinya diletakkan sebagai CALON di kawasan ini dan semestinyalah KERUSI P59 BUKIT GANTANG untuk MENGEKANG MASALAH "SEBOTAJ CALON". Untuk keterangan lebih lanjut sila KLIK DI SINI


Sebagai rujukan ... sila semak paparan di bawah ini.


PETIKAN PAPARAN 
PADA 27 FEB 2013


Bukit Gantang amat disegani di zaman dulu kerana Parlimen dan Tiga DUNnya merupakan KUBU KUAT UMNO/BN.

Zaman kegemilangannya tercemar di PRU 12 di mana HANYA dapat mempertahankan SATU KERUSI DUN sahaja iaitu Trong, manakala Parlimen Bukit Gantang, Kuala Sepetang dan Changkat Jering jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang.

KENAPA dan MENGAPA biarlah menjadi LIPATAN SEJARAH.

Saya YAKIN, PRU 13 ini ... Bukit Gantang pasti dapat mengembalikan semula zaman kegemilangannya di mana beberapa faktor penghalang telah dapat disingkirkan dan dibentras oleh Pemimpin-pemimpin Tempatan yang berwibawa.

PRU 13 ini, saya yakin ... Pucuk Pimpinan BN TIDAK AKAN MELETAKKAN "BUKAN ANAK TEMPATAN"  bertanding di kawasan-kawasan Pilihan Raya di sini kerana PRU 12 TELAH MENGAJAR KITA.


Saya dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada , pengalaman dan tinjuan ke kawasan-kawasan Pilihan Raya ini sejak sekian lama ingin berkongsi pendapat berkaitan dengan "WINABLE CANDIDATE" untuk difikirkan oleh Pengundi Kawasan ini.


Dalam penentuan Calon ini, pertamanya ... KITA HENDAKLAH MENGHINDAR "INI KAWAN SAYA", "INI BOS SAYA" sebabnya ... ANDA HANYA SEORANG tetapi yang kita mahukan adalah SELURUH PENGUNDI dalam kawasan di calon itu dipertandingkan.

1.   N15 TRONG.
Tak usahlah KACAU atau GANGGU GUGAT ADUN yang sedia ada.



2.   N13 KUALA SEPETANG
Disebabkan BN mempunyai Komponen, berikan sahaja kawasan ini kepada Komponen BN demi memenuhi KOUTA Komponen, akan tetapi disebabkan telah berlaku PENINGKATAN PEMILIH MELAYU MENDADAK, pilihlah dan carilah Pemimpin Melayu (Anak Tempatan) dari PPP untuk diletakkan sebagai calon Bn di situ.


3.   N14 Changkat Jering
Berdasarkan Keputusan PRK Bukit Gantang yang lalu, Calon BN, Dato' Ismail Saffian berpotensi di sini. Kebanyakan PDM Changkat Jering telah berlaku peningkatan. Ini bermakna sebagai ANAK JATI CHANGKAT JERING dan penglibatannya dengan UMNO Bukit Gantang... beliaulah Calon yang paling sesuai.


4.   P59 BUKIT GANTANG.
Tak perlu saya nyatakan siapa sebabnya ramai yang sesuai dan layak dan kalau boleh ... pilihlah TOKOH dari kawasan SIMPANG kerana PDM ini AMAT BERMASALAH semasa PRK lalu.





No comments:

Post a Comment