Pages

Tuesday, 21 May 2013

"BLACKOUT MCA", "NO WAY TO PUTRAJAYA", "BUY CHINESE/MALAY LAST" DAN "BLACKOUT 5.0.5" MUNGKIN MEMBAWA MALAPETAKA KEPADA NEGARA JIKA LAMBAT DIBENDUNG



MARI KITA FIKIRKAN BERSAMA



1.   Harapan DAP untuk menjadi DOMINAN dalam Kerajaan Malaysia terkubur di PRU 13 lalu di mana Pakatan Pembangkang hanya menang 89 kerusi sahaja (DAP = 38, PAS = 21 dan PKR = 30) berbanding BN 133 dengan majoriti  (44 kerusi).




2.   Keadaan ini bertambah teruk lagi apabila MCA mengumumkan "TIDAK AKAN MEMEGANG SEBARANG JAWATAN" dalam Kabinet dan Kerajaan Tempatan sebagai TANDA PROTES terhadap sikap Kaum Cina yang tidak memberi kepercayaan kepada MCA.

3.   Tindakan ini diburukkan lagi oleh Kaum Melayu dan Cina apabila sebahagian besarnya telah mengisytiharkan "BUY MALAY LAST" apabila DAP telah mengeluarkan kenyataan (SEBELUM PRU 13) NEGATIF terhadap PRODUK dan USAHAWAN MELAYU yang hanya SEGELINTIR berbanding dengan TAIKO CINA telah disahut oleh Kaum Melayu dengan "BUY CHINESE LAST".

4.   Unsur-unsur Negatif ini, ditambahburukkan lagi oleh DEMONTRASI BLACKOUT 5.0.5 (S.O.S) oleh Ketua Umum PKR akibat dari kekecewaan  TAK DAPAT MEREBUT PUTRA JAYA di PRU 13 lalu. Mereka berpendapat tak ada jalan lain untuk memenuhi hasrat ini melainkan dengan "Demontrasi Jalanan".

Jika anasir (1 - 4) ini TIDAK DIBENDUNG DENGAN SEGERA .... kemungkinan AKAN BERLAKU SESUATU MALAPETAKA dalam negara.

Oleh itu, PDRM perlu bertindak SEGERA dan TEGAS untuk mengelakkannya berlaku. Malapetaka kali ini bukan sahaja melibatkan ANTARA KAUM bahkan ANTARA PARTI. Ini akan mengakibatkan NEGARA HURU-HARA dan NEGARA KITA akan menjadi "BUY MALAYSIA LAST" kepada negara-negara luar.

Sekian, adanya.


WALLAHHU ALAM


HUBAYA-HUBAYA



No comments:

Post a Comment