Pages

Monday, 1 April 2013

N54 HUTAN MELINTANG : DIHARAPKAN "TIADA CALON BEBAS DARI PENYOKONG BN" KERANA MEMBANTAH PENCALONAN R. GANESAN?




Aku cuba menyuarakan SUARA AKAR UMBI sebelum ini tapi nama yang keluar TETAP ITU. Suara-suara SUMBANG yang aku ceritakan sebelum ini sudah tentu merasa tidak puashati.

Apa yang merisaukan aku hanyalah "JANGAN ADA CALON BEBAS DARI KALANGAN PEMIMPIN PENYOKONG BN".  

Aku dah TERBAU akan wujud CALON BEBAS ini. 
Adakah aku MAMPU MEMUJUKNYA?
Apakah yang ada padaku melainkan AIR LIOR SEMATA-MATA?
Adakah Pemimpin MIC Pusat sedar semua ini?

PETIKAN PAPARAN AKU
PADA 24 FEBRUARI 2013


FOKUS UTAMA
MAMPUKAH BELIAU?

YB R. GANESAN DINAMAKAN SEBAGAI CALON
N54 HUTAN MELINTANG OLEH MIC PUSAT

SAYA BERSARAPAN PAGI DI GERAI INI
MINUM PAGI BERSAMA
KETUA MIC DAN KETUA IPF BAGAN DATOH



MAJLIS DIAKHIRI DENGAN MAKAN TENGAH HARI
RESTORAN MYDIN JALAN BAGAN DATOH



TINJAUAN KE PDM MAJORITI KAUM CINA
PEKERJA DI BAGAN HUTAN MELINTANG,
BERSAMA RAKAN BNPC SEMASA TINJAUAN 
KE N54 PDM HUTAN MELINTANG (MAJORITI KAUM CINA)


HASIL TINJAUNAN


"Kita mau Ganesan bertanding. Kalau BN KALAH, Angpau ada ,,, semua ada. Tapi kita sokong sama Dato' Zahid. Itu kopi kedai cakap" kata pekerja Bagan di situ.



"Mau tanya sikit ....  tak mau sokong BN tapi  apa  pasal sokong sama Dato' Zahid"  tanya BNPC

"Dia kerja punya orang .... menteri ... tau kerja  punya orang" jawabnya lagi



"Kasevan boleh duduk rumah .... gerenti menang" kata Kaum Melayu semasa tinjauan kami.



KENAPA DAN MENGAPA .... 



Rupa-rupanya .... rata-rata mereka .....

Pengundi Kaum Cina : MAHUKAN PAKATAN MENANG,
Kalau Ganesan bertanding ... senang PR menang.




Pengundi Kaum Melayu : Sebahagiannya PROTES sebab mahukan Calon Melayu.


SIKAP PENGUNDI KAUM INDIA.

1.   "Sini punya orang tarakkah?" 

2.   "Janji tak ditepati, Najib kata Janji Ditepati ... dia tarak"

3.   "Ini Kasevan ... duit tarak ... hati baik ... kita bukan mau duit ... sebab dia tarak duit" kata Penyokong PR


N54 HUTAN MELINTANG

Jumlah Pengundi: 20,758

Peratusan Kaum: M: 50.41% C: 17.01% I: 32.54% L: 0.04% 

1. S. Kesavan (PKR) (7,804) 

2. S. Thangasvari (BN) (6,083) 

Majoriti: 1,721

Jumlah undi: 14,523

Peratus mengundi: 69.96%
Undi rosak: 636

Penyandang: Datuk G. Rajoo (BN)

(Majoriti: 3,759 undi)



KESIMPULAN DARI SAYA
SEBAGAI PENGASAS BNPC

"NO FOR R. GANESAN"


HUBAYA-HUBAYA





No comments:

Post a Comment