Pages

Saturday, 6 April 2013

KERANA MIC MEMILIH CALON BERKENAAN, DAH ADA CALON BEBAS DI N54 HUTAN MELINTANG ... PRESIDEN MIC PERLU AMBIL PERHATIAN.






Saya dah buat tinjauan ke kawasan ini bulan yang lalu atas alasan "KAWASAN INI BERMASALAH".

Hari ini, dah timbul masalah yang sangat kritikal untuk ditangani kerana melibatkan beberapa Parti iaitu MIC, UMNO dan IPF. Ketua IPF Bagan Datok, En. Applasamy telah mengisytiharkan BERTANDING BEBAS.

Kenapa ini boleh berlaku, padahal beliau selama ini bekerja keras membantu BN melalui Partinya IPF. 

Untuk makluman, CALON di N54 Hutan Melintang hasil dari tinjauan selama ini (ikut keutamaan):-
1.   Ketua IPF Bahagian Bagan Datok
2.   Ketua MIC Bahagian Bagan Datok
3.   Ketua Penerangan Pemuda MIC Pusat
4.   En. Ramesh Rao Krisnan Naidu
      -  Penceramah Bebas
      -  Anak Tempatan Hutan Melintang

Tapi kenapa MIC Pusat memilih "SEORANG YANG TAK PERNAH ANGKAT SEKETUL BATU PUN UNTUK RAKYAT" .... itu komen masyarakat Kaum India di sana yang menyokong BN. Jika inginkan seseorang yang berkelulusan kena juga MIC Pusat memikirkan tentang penglibatan CALON BERKENAAN dengan masyarakat ... kerana .... HATI BUKAN BOLEH DIBELI DENGAN KELULUSAN ATAU WANG RINGGIT?

Saya merasakan, perkara ini MASIH BOLEH DIBINCANGKAN.

Saya bersama En Aplasamy
di hadapan Pejabat UMNO Bahagian Bagan Datok

 Bersama En. Supramaniam 
Ketua MIC Bahagian Bagan Datok

 Kami bersama Ramesh Rao dan 
Anak Tempatan Hutan Melintang (PRO PKR)


 En. Ramseh Rao bergambar Sahabat Lamanya
UNION MOTOR Hutan Melintang


 BERGAMBAR SELEPAS CERAMAH EN RAMSEH RAO
DI Batu 12, Hutan Melintang
(Dari kiri : 
Mohd Najib, Ketua IPF, Ketua Kampung, 
Ketua MIC, En Ramesh dan Ketua Penerangan Pemuda MIC Pusat

"SAYA AKAN CUBA MENGHUBUNGI BELIAU SECEPAT MUNGKIN UNTUK MENDAPATKAN PENJELASAN, INSYA ALLAH'.

Sekian, untuk sementara waktu.



No comments:

Post a Comment