Pages

Wednesday, 24 April 2013

KAMALIA (CALON BEBAS P67 KUALA KANGSAR) .... MEMPUNYAI SIKAP "TULIN" (PANAS BARGHAN) KETURUNAN ASALNYA IAITU "PARGHIT", PERAK




Aku tak mahu bagi tau ... mana asal keturunannya di Parghit itu.... tapi memang SAH dan BENAR ayahandanya berasal dari salah satu kampung di sana. 

Keturunan Asal di sini memang terkenal dengan SIKAP PANAS BARGHAN. Mungkin beliau secara tidak sedar telah mewarisinya.

Contoh paling ketara mengenai sikap itu adalah Pak Kadok. Antara sikap Pak Kadok.

Kisahnya Pak Kadok ....
Tatkala menyeberang dari Sumatra ke Kuala Sg Perak untuk ke Kg Tua, Lambor Kanan beliau menunggu angin terlalu lama menyebabkan beliau berkata "Kalau datang angin nanti ... aku PUPUSKAN (tak dinaikkan layar). Jadi, apabila angin tiba ... beliau hanya mendiamkan diri ... jadi ... tak bergeraklah sampannya.

Lagi satu kesah ...
Ada seorang Pekedai Kopi di Pekan Lambor Kanan, Mat Jasak namanya. Masa itu semua penduduk Malaya dikehendaki membuat Kad Pengenalan. kebiasaannya .. kedai kopilah menjadi tumpuan ... sebabnya ... masa itu mana ada pejabat pendaftaran dsbnya. Gembiralah Pekedai Kopi ini sebabnya ada orang ramai ... tentulah laku jualannya. Malangnya, tak ada seorang pun yang memesan minuman walaupun beliau bertanya seorang demi seorang yang duduk di setiap meja di dalam kedainya. Beliau terlalu sedih ... tak lama kemudian .. beliau membancuh beberapa teko air kopi dan meletakkan di atas semua meja. Kemudian, beliau mengambil cawan lalu memberikan kepada semua pelanggan yang duduk di atas kerusi kedainya. 
Semua menolak ... beliau marah lalu berkatan nada marah  "Minumkan aku ... free ... jangan bayor .. aku belanja". Disebabkan takut ... semua pelanggan mengambil cawan lalu mengikut arahan ... TUANG dan MINUM.

Jadi, ... janganlah PELIK kenapa beliau bertanding BEBAS ... sebabnya tak lain tak bukan adalah kerana SIKAP PANAS BARGHAN.

Wallahhu 'alam



No comments:

Post a Comment