Pages

Thursday, 7 March 2013

ADAKAH DAN PATUTKAH YB JAMALUDDIN MOHD RADZI (PKR > BEBAS) BERTANDING LAGI DI DUN N59 BEHRANG DALAM PRU 13 INI? (FASA I)





FASA I

YB JAMALUDDIN MOHD RADZI
ADUN N59 BEHRANG
(PKR > BEBAS)

Baru hari ini aku berkesempatan berbual dengan YB Jamaluddin Mohd Radzi (N59 Behrang - PKR > BEBAS) yang tak boleh dinafikan merupakan "KING MAKER" berpindahnya Perak dari PR ke BN.

Beliau bersama YB Osman Jailu (N14 Changkat Jering - PKR > BEBAS) diikuti oleh YB Jelapang (DAP> BEBAS) dan seterusnya d GELOMBANG TSUNAMI oleh YB Nasarudin Hashim (N39 Bota - UMNO) menyebabkan PAKATAN RAKYAT TUMBANG dan BN dapat memerintah Perak.

IMBAS KEMBALI
SIDANG AKHBAR TUMBANGNYA PR PERAK
(SEPATUTNYA ADA 7 (TUJUH) ADUN DI SITU)

Beliau yang pertama kali aku temui di Slim (Restoran depan PETRONAS) beberapa hari sebelum Lantikan EXCO PR telah melunaskan JANJI PADA MALAM ITU (Untuk MENELITI PERGERAKAN DALAM PR ... jika perlu ... SELAMAT TINGGAL PR). Itulah PENAMAT sembang kami pada malam itu setelah kami berbual hampir 3 jam. Malam itu, aku hanya berkesempatan berpesan pada "JUMPA NAJIB TERUS ... JANGAN JUMPA SESIAPA".

Setelah itu, kami berkesempatan berbual semasa PRK Hulu Selangor di Restoran di bawah Pusat Khidmat Behrang. Aku berkesempatan mengucapkan "Ribuan Terima Kasih" di atas jasanya kepada BN Perak khasnya. 

"Kenapa Cikgu tak datang masa isytihar tu (Sidang Akhbar)" tanya beliau. 
"Siapalah teman .... janji kamu dah tunaikan janji kita malam tu" jawab aku.

Aku tidak menafikan beliau ADA MENERIMA JANJI-JANJI MANIS. Sama ada beliau TELAH TERIMA atau BELUM TERIMA .... ITU BUKAN URUSAN AKU dan juga ANDA UNTUK MEMPERTIKAIKANNYA kerana dalam adat Melayu ada menyatakan "ADA UBI, ADA BATASNYA" dan jarang berlaku "MADU DIBALAS TUBA".ATAU "ADAKAH JANJI TINGGAL JANJI?" 

OK ... marilah kita bertumpu kepada ...

A.  SOALAN  ASAS.
Perlu dihuraikan terlebih dahulu sebelum masuk ke Soalan Cepumas.

1.   Adakah beliau akan mempertahankan kerusinya?
2.   Adakah UMNO membentak untuk meletakkan Calon UMNO di situ?
3.   Adakah MIC juga mahukan KOUTAnya kembali?

B.   SOALAN CEPUMAS.
Soalan Cepumas tidak akan wujud jika sekiranya YB Jamaluddin MENARIK DIRI DARI BERTANDING .... jika TIDAK maka akan berlaku TIGA PENJURU iaitu BN, PKR dan BEBAS (YB Jamaluddin Mohd Radzi)

1.   Mampukah BN menang?
2.   MAMPUkah YB Jamaluddin menarik undi?
3.   Adakah PKR akan MENANG TERPIJAK?
4.   Adakah YB Jamaluddin AKAN MENUTUP MULUT (semasa berkempen nanti)?
5.   Apakah IMPAKnya ke SELURUH NEGARA jika YB Jamaluddin yang bertanding Atas Lambang Bebas jika BELIAU BUKA MULUT?

Untuk itu, saya hentikan sementara ... dan kita sambung lagi pada waktu yang lain (kemungkinan malam esok) dengan JAWAPAN-JAWAPAN untuk soalan-soalan di atas. Untuk itu, BERFIKIRLAH ANDA YANG PATUT BERFIKIR SEBELUM ANDA DIFIKIRKAN.

Sebelum anda berfikir ... anda perlu tau serba sedikit tentang PERGERAKAN dan PERJALANAN BELIAU SELAMA INI sebelum membuat sebarang ANDAIAN. Jika tak tau ... elok mendiamkan diri sahaja dan BACA yang akan dipaparkan nanti.

Pergerakan dan perjalanannya yang perlu difikirkan ... "ADAKAH BELIAU MEMPUNYAI KERIS UNTUK BERTIKAM, MENIKAM DAN TERTIKAM" dan SIAPAKAH YANG AKAN TERBUNUH DAN SETERUSNYA SIAPAKAH YANG TERCEDERA ATAU MATI? 



HUBAYA-HUBAYA


WALLAHHU 'ALAM.




No comments:

Post a Comment