Pages

Monday, 4 February 2013

RM300/=, RM500/=, RM1000/= ATAU RM1200/= UNTUK ANAK-ANAK NEGERI PERAK SAHAJA. PATUHILAH TERMA DAN SYARAT DITENTUKAN





HIASAN SAHAJA


Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak


Dermasiswa ini bertujuan membantu pelajar membuat persediaan pendaftaran kemasukan di semester dan tahun pertama di Politeknik, Kolej Komuniti, IPTA dan IPTS terpilih dalam negara sahaja. Dermasiswa ini diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Keutamaan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bawah RM3,000 sahaja.

Kadar dermasiswa adalah RM300 (Sijil/Matrikulasi), RM500 (Diploma), RM1,000 (Ijazah Sarjana Muda) dan RM1,200 (Ijazah Sarjana Muda Profesional).

" KESEMUA 21 IPTA DALAM NEGARA TERMASUK POLITEKNIK & KOLEJ MATRIKULASI ADALAH LAYAK MEMOHON "

Manakala bagi IPTS, hanya IPTS berikut yang layak memohon.

1
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
2
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
3
Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
4
Universiti Multimedia (MMU)
5
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
6
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
7
Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR)
8
Kolej Perubatan DiRaja Perak
9
Institut Latihan Perindustrian
10
Giat MARA
11
ADTECT
12
Kolej Polytech MARA
13
Kolej Profesional Baitumal
14
Kolej RISDA
15
Kolej Yayasan-Yayasan Negeri
16
Kolej Tunku Abdul Rahman(Kolej TAR)
17
Institut Teknologi Perak (ITP)

**Borang Permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau dicetak terus melalui laman web ini.






No comments:

Post a Comment