Pages
▼
Tuesday, 1 January 2013
GONG, GONG, GONG .... BENTARA PUN BERKATA. DENGAR SINI RAKYAT SEMUA
GONG .... GONG .... GONG
Dengar sini rakyat jelata .....
Tahun 2013 sudah menjelma,
Acara meriah pastikan tiba,
8 Mac satu ketika,
Boleh diubah menurut kuasa.
Rakyat jelata perlu berkerjasama ....
Si Capek menghalau ayam,
Si Kurap menampi padi,
Si Untut menginjak lesung
Si Pekak membakar meriam,
Si Buta membaca Syair,
Si Burut mengayam ketupat
Perlu diingat wahai rakyat jelata ....
Pentas perlu dikawal rapi .....
kerana MEGAT SELASOR dah pandai menyanyi.
Tempat memasak perlu diadang .....
kerana BABI dah terlepas kandang
Kepala hidang bukan lagi untuk Pak Lebai .....
kerana DOANYA sudah nampak terburai .....
Rakyat Jelata perlu berwaspada .....
Ramai tetamu berserban besar .....
Mengaku Imam bukanlah gentar.
Ada tetamu tersenyum lebar ....
Jantan betina habis disambar.
Maka,
Pabila tiba saat dan ketika,
Beristiqarahlah pada yang MAHA ESA,
JANGAN DIRI HENDAK DIANIAYA,
ASALKAN MELAYU KEKAL DI DUNIA.
WALLAHU 'ALAM
No comments:
Post a Comment