Pages

Monday, 7 January 2013

AMANAT ANWAR IBRAHIM MENJELANG PRU 13 : PEMBELIAN KAPAL SELAM








DI ANTARA PETIKAN "AMANAT ANWAR IBRAHIM MENJELANG PRU 13" YANG DIPAPARKAN PADA 11 DIS 2011

ISU PEMBELIAN KAPAL SELAM

Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

JAWAPANNYA

BANYAK SANGAT PEMBOHONGANNYA AMANAT NI.

RUJUK PETIKAN DI BAWAH DARI PIHAK YANG BERKENAAN

1. PEMBELIAN SECARA TIMBAL BALIK BERJUMLAH USD580 JUTA

Pada tahun 1998, Kerajaan Malaysia telah meluluskan untuk membeli kapal selam Scorpene. Pembayaran kapal selam ini dilakukan dengan kaedah timbal beli. Perancis akan membeli minyak kelapa sawit dan barang komoditi Malaysia lainnya dengan anggaran USD580 juta.

2. HARGA KAPAL SELAM MALAYSIA

Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah kontrak perolehan kapal selam Scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai USD 580 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak USD 442 juta dibayar kepada DCNS sebagai kos perolehan 2 kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Support (ILS) dan latihan warga kapal selam.

3. BAYARAN KEPADA PERIMEKAR SDN BHD

USD 138 Juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh 6 tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada pasukan projek kapal selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta latihan krew kapal selam di Brest, Perancis. Semua terma ini tertulis secara terperinci di dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002. Secara dasarnya, Perimekar Sdn Bhd bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut: 

a. Menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga Kumpulan Perintis Kapal Selam di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun. 

b. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

c. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua. 

d. Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali. 

e. Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.




UNTUK KETERANGAN LANJUT


WALLAHU 'ALAM

No comments:

Post a Comment