Pages

Tuesday, 25 December 2012

NEGARA INI UMPAMA SEBUAH KAPAL .... SEMESTINYA SATU ( 1 ) NAKHODA DAN SATU ( 1 ) HALATUJU BUKAN SEKADAR "ROAD TO PUTRAJAYA".









Negara ini umpama sebuah kapal. 

Kerajaan ibarat nakhodanya dan rakyat jelata adalah penumpangnya. Kerajaan juga adalah terdiri dari rakyat jelata pada asalnya, lalu diangkat menjadi pemimpin. Biasanya mereka adalah terdiri dari rakyat yang terpilih.

Dalam sebuah negara demokrasi seperti negara kita, sistem demokrasi itu sendiri telah memecahkan rakyat kepada dua kelompok iaitu yang menyokong kerajaan dan satu pihak lagi yang membangkang kerajaan. 

Pengubalan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan mestilah di ‘check and balance’ oleh pembangkang, barulah ia boleh diterima pakai untuk memenuhi hasrat rakyat.

Pembangkang juga harus ingat, tugas mereka adalah untuk memperbaiki sistem yang sedia ada demi kepentingan rakyat.Teguran dan cadangan membina haruslah untuk penambahbaikan dan memberi manfaat kepada rakyat jelata jua.Walau apa pun pegangan politik mereka, kepentingan rakyat mestilah diletak paling hadapan

Parlimen perlu dijadikan medan mempersembahkan ilmu dan idea serta harapan rakyat bukannya menjadi medan perbalahan atau perang mulut yang memalukan bila dilihat oleh rakyat!

Setiap pemimpin mestilah berilmu, bijak dan mampu bekerja untuk rakyat, bukan rakyat yang perlu memerah keringat mengkayakan segelintir pemimpin yang kemaruk wang dan kuasa atau betina. Pemimpin yang naik bukan dengan jalan yang betul, seperti bodek, ugut, rasuah dan penipuan biasanya tidak kekal lama. Pemimpin seperti ini adalah pemimpin yang rosak moralnya dan akan jatuh dengan hina dalam kancah politik di dunia ini sebelum dibakar dengan api neraka di akhirat.

Pemimpin perlu kuat dan berani serta mampu membuat keputusan dengan bijak dan tepat tanpa mudah dipengaruhi oleh sesiapa termasuk bini, anak menantu , pencacai politik pembodek setia.






WALLAHU 'ALAM






No comments:

Post a Comment