Pages

Tuesday, 10 July 2012

AMUK DI KOMPLEKS JPM PUTRAJAYA - VEDIO DAN BUTIRAN PERIBADI PELAKU TELAH DITEMUI




Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 2.30 pm di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putra Jaya.


Terima kasih kepada Rakan Media yang telah menemui maklumat. Sebagai panduan, saya bahagikan kepada tiga bahagian.


1.   RAKAMAN KEJADIAN
      -  Pelaku tidak dapat dipaparkan (cuma rakaman jarak jauh sahaja).




2.   SALINAN LAPORAN POLIS.


KENYATAAN RASMI PDRM 


Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA Saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.

mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.saspek 
lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat darinpusat kawalan daerah polis putrajaya.apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.

kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.anggota 

MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.saspek lelaki telah meninggal di hospital.siasatan awal dapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'IMAM MAHADI ' manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di hospital PUTRAJAYA.


3.   GAMBAR DAN  PERIBADI PELAKU YANG BERASAL DARI TAMAN MEDAN

KLIK DI SINI :  BUTIRAN PERIBADINYA


WALLAHUALAM

2 comments: