Pages

Thursday, 24 May 2012

APA AKU PEDULI BILA CIKGU LIN BERLABUN AKU PEDULI APA


Jangan bagi aku bercakap ..... dah lama aku peram ..... dah ler letih ..... penat .... tak cukup tidur berminggu-minggu ....demi untuk bersama beragenda demi Agama, Bangsa dan Negara.


Setelah dua kali bermesyuarat, aku dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena lalu aku bertekad untuk membantu setakat mana yang aku terdaya. Aku beserta dibantu rakan yang lain meneruskan jemputan hingga membuahkan jawapan sejumlah 828 peserta ... dua hari sebelum program.

Dengan berbekalkan Respon Jemputan berjumlah 828 orang .... RM100.00 (untuk minyak dan alat tulis)  yang diberi oleh kawan..... aku ke Ipoh. Aku bercadang akan tidur dalam kereta (jika tak ada tempat tidur) ... nasib baik ada diberi tempat tidur. Malam tu .... kawan baik aku belanja makan dan esoknya seorang lagi kawan baik bawa  aku roti canai 2 keping. Aku makan sebelah petang  ........ (Urus Setia ada beli PIZZA ... aku tak reti nak makan) jadi roti canai tadi cukuplah hingga ke malam dan esoknya 19 Mei 2012 adalah HARI KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK.

Sejak beberapa hari .. aku dah menerima beberapa komen di Jemputan aku yang berbunyi  :-
1.   Minta maaf Cikgu Lin ..... kami ada program di ..... bla ... bla ... bla.
2.  Minta maaf Cikgu Lin ..... saya terpaksa ke bla ... bla ... bla ....

Aku bertanya ..... kenapa begitu tergesa-gesa Program mereka itu diadakan ..... TIADA PERANCANGAN ker ... aku mana tau stail sekarang ni ... sebabnya AKU HANYA ORANG UMNO ..... yang akan DIPANGGIL KETIKA PRU SAHAJA.

APA CERITA NYER NI ? 

Rupa-rupanya "ADA BEBERAPA EKOR AYAM PEKAN , MASING-MASING BERTAYANG TAJI". Pagi tadi aku terbaca ..... Klick Di sini : BLOG "AKU PERDULI APA"  jadi terpanggil aku UNTUK BERLABUN kerana AKU JUGA TERBABIT SAMA kerana (SENARAI JEMPUTAN AKU (BNPC)   ADA 828 PESERTA) ..... walhal niatku IKHLAS untuk membantu.

Diperingatkan BAHAWA .....


Walaupun kami ni sekadar AYAM KAMPUNGAN tapi jangan ingat kami tak tau BERLAGA. Gelanggang kami hanyalah di TEPIAN LIMBAH ....  tapi perlu diingat .... disitulah baja segala baja, kaki yang mengais itu pencaknya juga boleh di ketengahkan entah-entah lebih tangkasnya berbanding AYAM PEKAN. 

KAMI PUN BOLEH BUAT.
TAPI BENDA YANG KAMI FIKIRKAN BAIK .....
ELOKLAH DIBANTU

Pada malam 16 April 2012 (Isnin) dalam suasana hujan yang AMAT LEBAT pada sebelah petangnya  hingga berlakunya BANJIR KILAT di Tambun dan Manjoi .... kami berkesempatan berkumpul lebih dari 300 orang di kediaman YAB Menteri Besar Perak dalam majlis yang dinamakan PERJUMPAAN RAKAN BN PERAK CEMERLANG BERSAMA YAB MENTERI BESAR PERAK DR. 

KEADAAN SEKITAR IPOH PADA PETANG ITU
(LIHAT AWAN DAN KELAJUAN ANGIN)

Kehadiran itu pada saya di LUAR JANGKAAN kerana :-

1.    Tiada bantuan SIARAYA (BN/UMNO, Kerajaan maupun NGO).
2.    Tiada CABUTAN BERTUAH.
3.    Tiada Jawatan Kuasa yang diwujudkan kecuali Urus Setia yang menawarkan diri.
4.    Tiada kemudahan Urus Setia (makanan,pengangkutan dan sebagainya).
5.    Tiada bantuan kewangan kecuali RM50.00 untuk beli KUDAPAN saya.
6.    Tiada permohonan KOS PERSIAPAN KECUALI Jamuan dan  Cenderahati sahaja.
7.    Tiada T-Shirt yang tercatat nama.
8.    DALAM SUASANA HUJAN YANG AMAT LEBAT ..... MEREKA DATANG JUGA.

Walau pun demikian, ada pihak yang menyumbang beberapa ratus untuk saya membayar bahan-bahan yang SUDAH TERCETAK tetapi tak boleh digunakan kerana PERUBAHAN TARIKH.

Juga, tak disangka-sangka .... datang seorang sahabat karibku dari KL menyerahkan diri untuk membantu saya sambil membawa Bahan Bacaan dari Pusat dan Tanda Nama (sumbangan peribadinya).

AKAN TETAPI, kami sungguh seronok .... apa tidaknya ...... (YAB Menteri Besar berada terus menerus di atas pentas selama lebih 3 jam) .......berhari-hari kami bersembang dan juga berlabun perihal PERJUMPAAN TERSEBUT .... kerana apa .....ADA DI KALANGAN KAMI ....

TERIMA KASIH YAB DATO' SERI 
KERANA SUDI BERJUMPA KAMI (BNPC)

1.     Tak pernah masuk ke kediaman Rasmi YAB Menteri Besar.
2.     Tak pernah dijamu sedemikian rupa.
3.     Tak pernah diberi Cenderahati sebegitu rupa.
4.     Tak pernah bersalam dan bergambar dengan YAB Menteri Besar.
5.     Tak pernah merasa berdialog dengan YAB Menteri Besar.
6.     Tak pernah dipanggil atau dijemput untuk mana-mana majlis.

KERANA APA ...... kerana ada di antara kami ....

1.     Bukan pemimpin Parti.
2.     Bukan Blogger Tersohor.
3.     Bukan YB/Dato'/Datin/KB/KP/KW/KPU3 dan seumpamanya.
4.     Bukan Orang Baik-baik.
TAPI PERLU DIINGAT .... kami adalah RAKAN BN PERAK CEMERLANG (BNPC) yang kebanyakannya adalah ORANG UMNO/BN.










HATI SAKIT OIIII

Yang sakit hatinya tu bukan apa...... bila majlis habis .... beberapa orang ada di luar dewan .... tunggu YAB Menteri Besar keluar di muka pintu dewan .... SALAM .... CIUM TANGAN .... walhal ... JEMPUTAN KAMI LANGSUNG TAK DIKENTUT PUN.


Ada di antara yang hadir berkata .... DEME NAK LAPOR DIRI LER TU .......  NAK TUNJUK MUKA ....... TOLONG LAH WEHHHH ...... KASI RESPECT SIKIT SAMA MAJLIS.



AKU BEREHAT SEBENTAR DARI MENULIS ...... TETIBA .,..... AKU TERBACA  CORETAN SEKUPANG DUA ANAK PAK YA DALAM PCT GROUP......  DAN DISURUHNYA TENGOK INI...Klik Di sini .... APA AKU PEDULI.  


Terpaksa aku berhenti menulis .... TAPI,

APA BOLEH BUAT ..... CIKGU LIN DAH BERLABUN ...
TERPAKSALAH PAPARKAN 
MANA YANG AKU DAH TULIS.

OLEH ITU, LAIN KALI ELOKLAH KITA FIKIRKAN DAN LAKUKAN YANG TERBAIK
JANGAN ADA DI ANTARA KITA ..... NAK JADI JUARA

SUDAH-SUDAH LER TU ....
PRU 13 DAH NAK DEKAT.





No comments:

Post a Comment