Pages

Friday, 9 March 2012

KONONNYA ... ABANG DAN ADIK BERKONGSI SEPASANG BAJU SEKOLAH ?

ADA LAGI KER CITER MACAM BAWAH NI.
KAN KER KERAJAAN ADA BAGI
WANG BANTUAN
BERDASARKAN KESUSAHAN/KEPERLUAN
PELAJAR BERKENAAN ?.

WALAU BAGAIMANA PUN .... 
ANDA BERJAYA MELINANGKAN 
AIRMATA AKU
KERANA AKU JUGA SUSAH SEMASA
BERSEKOLAH DULU.



(PETIKAN DIRAHSIAKAN)

Saturday, 22 October 2011

PELAJAR MISKIN DIROTAN AKIBAT TIADA BAJU SEKOLAH..??

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.  Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. 

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.  Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah.  Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. 

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.  “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. 

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?

 Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. 

Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut:

i. Solat sunat 
ii. puasa sunat 
iii. berzikir 
iv. bersedekah 
v. mengusap rambut anak yatim 
vi. mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain 
vii. membantu orang susah


@sumber dari bicara seorang guru sekolah

BERSYUKURLAH KERANA SEKARANG DAH TIADA LAGI.
JIKA SEKIRANYA MASIH ADA .... 
TENTULAH DISEBABKAN KESILAPAN PELAKSANA
BUKANNYA KERAJAAN.

10 comments:

  1. Cikgu tak cari, memang tak jumpo
    Den pori bori bantuan
    Ado yang nangis
    Ado yang kato dah tigo tahun tak pernah tengok beras sekampit
    Ado yang perioknya penoh dengan kepalo ayam ajo
    Yang diboli dengan hargo RM2 limo kilo
    Itu ajo yang mampu dio boli
    Untuk makan satu minggu
    Yang macam ini
    Den pun nangis samo-samo

    ReplyDelete
  2. dulu (dah lebih 10 tahun, semasa pegawai ... datang ke sekolah lama saya pun beginilah ceritanya; tak kurang tak lebih. apabila membaca tulisan cikgu, saya mula memikirkan akan kebenaran cerita ini. mungkinkah skrip yg sama diulang seperti penglipur lara untuk menarik minat orang ramai @ benar2 berlaku. kalau ye pun takkanlah dlm tempoh yg lama watak dlm cerita x berubah-ubah...

    ReplyDelete
  3. Kahkahkah ..... semua yang miskin kita masukkan ke dalam permohonan E-DAMAK, E-KASIH, E-, E- , tak ada yang ketinggalan. Bukan sekupangdua mereke dapat ...ratus-ratus ... bukan setakat sepasang dua baju sekolah ... berpasang-pasang-pasang.

    ReplyDelete
  4. Cikgu nengok daripado menaro UMNO memang lo macam tu
    Semuo tak nampak
    Semuo indah belako
    Cikgu poyi le turun padang
    Tengok apo yang ado dilapangan
    Indah khobar dari rupo
    Ko Lumpor 3,000 orang merempat tidor topi jalan tiap malam
    Kojo ado, tak mampu nak sewo rumah terlalu mahal
    Chow Kit dan topi Masjid Kampung Baru
    Cikgu tengok berapo ramai beratur ambil bubur atau bihun percuma
    Itu pun makan sekali sehari ajo.
    Topi Highway Somban-KL ado keluargo tidor sebolah kadang lombu
    Merempat bawah jambatan pun ado
    Cikgu jangan lo hidup bawah tempurung
    Cikgu keluar lo daripada kotak yang Cikgu seleso didalamnyo
    Tengok dan buko biji mato
    Jangan hanya dongar dan baco apo UMNO kato ajo
    Penderitaan rakyat tak nampak dimato

    ReplyDelete
  5. 1. Kalau undor dari KL tu takkan tak makan kot. Banyak lagi tempat lain yang boleh membina kehidupan.
    2. Paparan di atas adalah citer budak sekolah .... jangan lari tajuk.
    3. Kalau dah nampak macam tu ... apa tugas anda yang SUDAH KELUAR DARI TEMPURUNG ... tengok aje ker ?
    4. Takkan aku nak citer apa aku buat pada kamu. Aku tau apa yang aku buat.
    5. Pernahkah kamu beli susu tepong ...isikan dalah tupperware untuk bagi kpd ibu yang beranak kecil dan masak nasi kawah(kes terpencil kerana bantuan belum sampai)?.

    ReplyDelete
  6. Kalau nak citer ... biarlah yang nyata ....
    1. Kalau aku ke KL aku akan ke Kg Baru (rumah iparku) dan masjid aku Masjid Kg Baru.
    2. Aku selalu berjalan2 di sekitar Kg Baru dan Chow Kit.
    Yang aku nampak di waktu tengah malam adakah KUTU MALAM dan TIKUS BESAR.
    Mungkin aku terlepas pandang atau aku tak masuk ke kawasan yang anda maksudkan.

    ReplyDelete
  7. Den dah bori tahu apo den buek
    Den dongan kawan-kawan den poyi cari orang miskin dan susah
    Den pikul beras pergi hantar ke rumah dio orang
    Masuk sampai dapor tengok apo dio masak
    Den tak main teropong-teropong dongar cakap orang
    Den turun, tengok, duduk dan buek sendiri
    Den bukan macam UMNO juta-juta duit kerajaan
    Yang ulok orang UMNO nak cari namo
    Den dan kawan-kawan den keluar duit poket sendiri
    Takat mampu dan terdaya ajo

    Orang UMNO memang lain tak nampaknyo
    Kutu rayau ajo yang dinampaknyo
    Elok lo tu bilo Cikgu datang KL tanyo Ipar Cikgu mano tompek orang bori bantuan makan dokek Masjid Kampong Baru dan pukul berapo
    Lopeh tu Cikgu tangkap gambar dan interbiu dia orang
    Masuk dalam blog Cikgu
    Tapi tolong ado etika tangkap gambar dari belakang dio orang
    Jangan tunjuk muko dio orang

    ReplyDelete
  8. Buat ler mane yang patut .... tapi usah ler kondem korje orang lain pulak.

    ReplyDelete
  9. Den bukan kondem kojo orang
    Den cumo nak bori tahu
    Den cuma cari kebonaran tak suko tipu-tipu
    Jiko Cikgu bonar den terimo
    Den cubo memperbaiki diri den sementaro duduk di dunio Allah yang den tumpangi ini

    Den nak cito sikit
    BR1M tidak mendatangkan hasil yang sepatutnyo
    Orang menyampah dan meluat
    Nak bori RM500 buat orang macam peminto sedokah
    Suruh beratur tongah paneh sampai duo jam
    Lopeh tu kono tunggu tok-tok ketuo UMNO datang untuk serah baucer
    Yang capek, yang tempang, yang sakit, yang uzur, yang tuo
    Terpaksa diusung datang untuk terimo baucer
    Kalau tak datang tak dapek
    Ini semuo kojo malaun

    Cikgu kato kalau silap salah pegawai kerajaan
    Salah pelaksano
    Ini bukan silap pegawai tapi orang politik datang kacau ganggu
    Kalo kojo pegawai bori dokek pegawai
    Orang politik duduk diam-diam
    Jangan menyebok tak tentu pasal sobab nak keluar dokek TV
    Dan cari namo

    ReplyDelete
  10. Den nak cito ni

    Sedang den hantar barang ke dapur
    Tibo-tibo penerimanyo pengsan di ruang tamu
    Nasib baik member ada seorang doktor
    Dia kato tiado apo-apo, terkejut ajo

    Bilo dio sodar
    Den tanyo kenapo pengsan tadi
    Saya sedeh, tuan-tuan boleh beri beras pada saya
    Tapi saya tidak mampu nak beri tuan-tuan setegok air pun
    Kepada kami seramai 20 orang yang bertandang kerumahnya

    Macam mano Cikgu kato
    BERSYUKURLAH KERANA SEKARANG DAH TIADA LAGI
    Baru tengok beras sekampit, tepong dua kampit sudah pengsan
    Itulah sahaja yang kami mampu beri

    Sambil menaip
    Air mata saya menitis
    Mengenagkan peristiwa itu

    ReplyDelete