Pages

Wednesday, 1 February 2012

AMRIN BUANG SILAP KIRA BILA BELIAU MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB TERHADAPKU.

Kerana kebanyakan pegawai yang terlibat sudah pencen, aku sanggup ler  ceritakan serba sedikit bagaimana prosedur Tindakan Tatatertib terhadap aku diambil oleh mereka TERMASUK YBHG. TAN SERI AMRIN BUANG selaku Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan masa itu. Manalah tau .... kalau aku ceritakan dulu ... ROSAK PULAK MASA DEPAN MEREKA YANG BERPRESTASI TINGGI TU.
TAN SERI AMRIN BUANG
MANTAN SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ceritanya begini,

Masa tu aku adalah Guru Besar di salah sebuah sekolah terkecil sekali di satu daerah di Perak. Aku cuba mintak cuti separuh gaji selama 3 bulan disebabkan menjaga ibuku yang terpaksa ditukar dirawatrapi (TUKAR AIR PERUTNYA SEBANYAK 4 KALI SEHARI) disebabkan KEGAGALAN BUAH PINGGANG BERFUNGSI.


Kemudian aku mintak sambung lagi selama 3 bulan CUTI TANPA GAJI kerana aku diamanahkan mengetuai "OPERASI TEBUS PARLIMEN PARIT" setelah kalah 3-0 di PRU 1999.

Disebabkan SALAH ANGGAP, SALAH TEKNIK dan TERLEPAS PANDANG  .. oleh PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH ...... aku terus bercuti tanpa menunggu KELULUSAN.

Malangnya, PERMOHONAN AKU TIDAK DILULUSKAN. Aku dikenakan TINDAKAN TATATERTIB .... "Turun Pangkat atau Buang Kerja".

Tindakan yang diambil kepadaku "TURUN GAJI SELAMA 12 BULAN" dan "BAYAR BALIK SEMUA YANG AKU TERIMA MENGIKUT BILANGAN HARI YANG MEREKA KIRA AKU TIDAK BERTUGAS". 

Maka selama itu.... HILANGLAH BONUS AKU. Aku terima semua itu dan Bulan Januari 2012 ini tamatlah tempoh bayarannya lebihkurang RM350.00 sebulan selama beberapa tahun AKAN TETAPI ...... macam mana MEREKA MENGIRA BAYARAN BALIK ITU ?

PERSOALANNYA ..... KENAPA YBHG. TAN SERI  AMRIN BUANG TAK SEMAK DAN TOLAK "CUTI REHAT AKU" 
(MASA ITU GURU BESAR DAH DIBERI CUTI REHAT MENGIKUT JUMLAH KAKITANGAN KERAJAAN YANG LAIN IAITU 35 HARI/TAHUN) DAN KAD CUTI DISIMPAN 
DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAK.


CUTI REHAT
YANG DIMASUKKAN KE DALAM PERTUDUHAN
                       23.06.2003  - 28.06.2003 ( 6 HARI )
                       30.06.2003                       ( 1 HARI )

SEKADAR HIASAN SAHAJA

Sepatutnya, beliau perlu menyemak Kad Cuti aku terlebih dahulu manalah tau kot2 ada pertindihan (kad cuti aku hilang dalam simpanan Pejabat Pendidikan Daerah) .... jawapannya MEMANG ADA PERTINDIHAN

Persoalannya di sini .... KENAPA BELIAU (DATO' AMRIN BUANG) TAK SEMAK HABIS-HABIS dengan berpandukan CUTI REHAT yang telah diluluskan sebelum mengambil tindakan ?.

Aku bercerita sekarang kenapa tak buat dulu lagi, sebab :-

1.   Biarlah mereka pencen dahulu (kesian).
2.   Aku mahu duit aku balik ( 7 hari perkhidmatan ).
3.   Terpanggil disebabkan KES NFC .. (jadi macam aku ker)

Oleh itu, dinasihatkan kepada Pegawai Atasan .... biarlah berurusan itu ikut prosedur yang sebenarnya. Nasib baik ler aku ni ada fikiran lagi ... ADA PIHAK YANG SURUH AKU SAMAN AJE (apa faedahnya?)

Kalau ada Pegawai Atasan aku yang membaca paparan ini ... buat ler apa yang patut kalau paparan aku ni SALAH ... aku terima aje ler ... maklum ler ... aku ni SEKADAR MENTIMUN JALANAN.

Sekian, adanya.

No comments:

Post a Comment