Pages

Friday, 13 January 2012

PENYEMAKAN SEMULA SSPBA .... PERLU DIBEZAKAN ANTARA SENIOR DAN JUNIOR .... OTAI LER KATAKAN.

Salam.


Aku tak mahu nak cerita pasal orang lain .... dan juga .... aku tak tahu nak cerita pasal SEKOLAH MENENGAH ker atau JAWATAN LAIN DI PPD, JPN dan Institusi Pendikan yang lain ..... NANTI SILAP PULAK ...... aku hanya nak ceritakan perasaan hati aku DENGAN IKHLAS berkenaan dengan berita ....oleh YAB PM sebentar tadi .... PENYEMAKAN SEMULA SSPBA.


     Kisahnya ......

PERLU DIBEZAKAN DI ANTARA KAKITANGAN SENIOR DAN JUNIR

     Aku dinaikkan pangkat pada 16.12.1988 sebagai Guru Besar (C2 TB"A") dan dipindahkan ke DG5 pada Tahun 1993. 

     Selepas itu, Skim aku ini diberi nama DGA 32 .... hinggalah aku MATI GAJI (tak berapa ingat bila .... tapi dah lama sangat ..... esok aku semak balik .... tapi anggaplah dah 11 TAHUN 6 BULAN) dengan Tarikh Kenaikan Gaji Tahunan ..... Julai.

     Aku tak pernah diberi apa-apa ANUGERAH (Melintang, Menegak atau pun APC) .... walaupun aku adalah :-

1.   1993 : GURU INOVATIF (SR) => TEMPAT PERTAMA
                 SR = Sekolah Rendah
2.   2004 : UPSR => TEMPAT PERTAMA

........    jadi aku masihlah  di P1  hingga kini.

     Apabila SSPBA diistiharkan baru-baru ini .... gaji dan tarikh kenaikan gaji aku ..... sama dengan junior aku yang tidak naik pangkat dan tidak pernah menerima apa-apa anugerah. Terkilan juga hati ini ... tapi sebagai kakitangan (SAYA YANG MENURUT PERINTAH) .... aku terima dengan ALASAN YANG SENGAJA AKU REKA (untuk menyedapkan hati) ..... "GAJI AKU MACAM GAJI DO ZAMAN DULU.... MULA AKU KERJA DULU ... BARU RM395.00".

     Sementelah YAB PM mengarahkan agar DISEMAK SEMULA ... terpanggil aku MEMAPARKAN LUAHAN HATI INI .... manalah tau kot2 ada AJK YANG BAKAL DILANTIK .... terbaca ....


Jadual ini juga, diharap dapat digunakan untuk JAWATAN KENAIKAN PANGKAT di sekolah rendah dengan mengambil kira ...BILANGAN TAHUN (TEMPOH) ....  DAH TERHENTAK KE DINDING DAN SUSUNAN JAWATAN DI SEKOLAH RENDAH.

1.     GURU BESAR CEMERLANG
2.     GURU BESAR
3.     PENOLONG KANAN
4.     GURU PENOLONG (KUP/TIME BASE)
5.     GURU PENOLONG 

ELAUN UNTUK GURU YANG BERKENAAN.

1.     GURU BESAR
2.     PENOLONG KANAN
3.     GURU KANAN (PENTADBIRAN)
4.     GURU KANAN (HEM)
5.     GURU KANAN (KOKURIKULUM)
6.     JURULATIH UTAMA (KEY PERSONEL)
7.     GURU SUBJEK KRITIKAL (PEND. KHAS DSBNYA)

Sekian.



No comments:

Post a Comment