Pages

Thursday, 10 November 2011

ANALISA DAN ANDAIAN AKU SEJAK PRU 1990 HINGGA KINI


Salam.

SEMUA KENYATAAN DI BAWAH ADALAH DENGAN IZIN ALLAH

PPSP adalah singkatan kepada satu program pencerapan pemilih yang dinamakan PROGRAM PENCERAPAN SIKAP PEMILIH. 

DI MANA BERMULANYA ?

Saya telah mengenali PRU ini sejak tahun 1969 (umur baru 11 tahun ++++) lagi di Parlimen Parit di mana Allahyarham Dato' Hashim Gera mengalahkan Dato' Hussein Nordin, DUN Kg Gajah (sekarang DUN Bota) Allahyarham En Mahmud mengalahkan Allahyarham En  Alias Mat Alif dan hanya DUN Belanja sahaja di menangi oleh PERIKATAN iaitu Allahyarham Dato' Hisan Ibrahim.
Di antara yang saya ingat adlah PANTUN Allahyarham Dato' Hashim Gera .....

One two there,
Satu dua tiga,
Omputeh cabut lari,
Malaysia bahagi tiga.

One two three four,
Satu dua tiga empat,
Kita korje setengah tumpor,
Tapi apa kita dapat

Masa berlalu begitu cepat. PRU 1982 saya menceburkan diri sepenuhnya dalam PRU. Di sini saya mula menghayati apa yang berlaku dan apa patut diubahsuai agar ia lebih efisyen, cepat dan tepat kerana MASA ITU EMAS dan DATA ITU PENTING serta LEBIHKURANG ... PUTIH-HITAM-KELABU SERING DIGUNAKAN.

PPSP MULA DITAKLIMATKAN




PRU 1995 saya diamanahkan sebagai Setiausaha Bilik Gerakan DUN Bota. Kesempatan ini saya gunakan untuk mempraktikkan apa yang saya fikirkan selama ini iatu MEMPRAKTIKKAN SATU PROGRAM PENCERAPAN YANG CEPAT, TEPAT, BERKUANTITI dan BERKUALITI SERTA SENANG, RINGKAS SERTA CEPAT UNTUK DITERJEMAHKAN. Program yang saya gunakan pakai semasa itu adalah "FORMTOOL". Setelah selesai saya memberi taklimat dengan menggunakan PPSP ASAS, Mantan MB Perak mengamanahkan kepada saya "MENANGKAH WAN AINON KAMU". Dalam arahan Mantan MB ini sejumlah RM50,000.00 diarahkan "BERI KEPADA CIKGULIN" ..... "TAPI YANG SAMPAI .... HANYA RM200.00 SAHAJA" .... "LAPORAN KEPADA MANTAN MB ... CIKGULIN DAH AMBIL RM30,000.00". (TRAJEDI PALING SEDIH DALAM HIDUP SAYA .....selepas itu saya DIHINA, TERHINA, TERPINGGIR ... hingga saya MEMBAWA DIRI KE MANJUNG ..... TURUN PANGKAT kemungkinan disebabkan KES MAHKAMAH ... gunapakai duit untuk PRU 1995 berkenaan).

PRU 1999, saya sebagai PENYELARAS PERLIMEN LUMUT (Lantikan Secara Peribadi oleh Ketua Bahagian). PPSP telah menggunakan Program EXCELL. Taklimat untuk Wakil BN Pusat menggunakan Program ini. Pencerapan untuk Calon BN (Parlimen Lumut, DUN Pasir Panjang dan DUN Pangkor) saya lakukan setiap AKHIR MALAM dengan MEMINDA DAERAH MENGUNDI TERTENTU SAHAJA (jika ada POSITIF or NEGATIF).

Parlimen Lumut, DUN Pasir Panjang dan DUN Pangkor dapat diselamatkan dengan MENGKAJI PROGRAM PPSP INI SECARA TERPERINCI.

Malangnya, Parlimen Parit, DUN Bota dan DUN Bota yang saya tinggalkan ... KALAH SEMUA. Apabila digunakan Program PPSP ini, Daerah Mengundi Telok Bakong merupakan DAERAH MENGUNDI "DEFISIT TERUK" ... ( > - 70% berbanding PRU 1995). 

Tahun 2002, saya dijemput oleh Ketua Bahagian Parit agar menjadi PENYELARAS OPERASI TEBUS untuk seluruh Parlimen Parit. Jadi, satu kajian telah saya lakukan dengan menggunakan Program PPSP ini, saya dapat menyimpan semua maklumat SETIAP DAERAH MENGUNDI dan AKHIRNYA ..... MENANG DALAM PRU 2004.


Pada masa yang sama, saya diarahkan oleh Mantan Ketua UMNO Bahagian Lumut, Dato' Mohd Wajdi untuk membuat PECAHAN PARLIMEN (LUMUT dan LEKIR) ... Dengan menggunakan PROGRAM PPSP saya telah pecahkan bersama-sama dengan AJK Bahagian (TERTENTU) .... malangnya telah diSEBOTAJ oleh ORANG TERTENTU ATAS KEPENTINGAN PERIBADI ...(masa itu Mantan Ketua Bahagian menunaikan UMRAH) ... saya masih ingat lagi kata-kata salah seorang dari mereka "Biorkan deme bergaduh". TERKEJUT SAYA.

 

PRU 2008, saya bertugas di DUN Pantai Remis (Pembantu Peribadi kepada Calon - Dato' Ooi Jing Ting). Pada 26 Feb 2008 iaitu sebelum saya ke Pantai Remis, saya memberi taklimat ringkas kepada YB Dato' Kong Cho Ha (MP Lumut) berkenaan dengan MAJOROTINYA TINGGAL LEBIH KURANG 4000 SAHAJA LAGI (Majoriti PRU 2004 adalah > 10,000). ... akhirnya beliau hanya menang dengan MAJORITI 298 sahaja.

DUN Pantai Remis mengalamai PENURUNAN MENDADAK apabila PENGISYHTIHARAN " 6 HARIBULAN, PUKUL 6, 6 KETUL BATU" dilakukan. Data PPSP sudah berkata "KALAH TERUK".

ALHAMDULILLAH .... SAYA SEBAGAI PA CALON BN/MCA PANTAI REMIIS (HANYA SEORANG SAJA MELAYU DI SITU) DAPAT MENYELAMATKAN DUN N36 PENGKALAN BARU pada malam akhir itu di mana SATU PERTENGKARAN HINGGA HAMPIR KEPADA PERGADUHAN DI ANTARA SAYA DENGAN AJK MCA BERUAS DI KG JERING (Penduduk Kg Jering .... TAK MAHU MENGUNDI DUN PENGKALAN BARU) ... DENGAN  MENUMBUK MEJA .... SAYA BERKATA " KALAU ORANG SINI TAK MAHU  BN ESOK, SAYA AKAN SURUH SEMUA MELAYU JANGAN UNDI YOU" (kepada Calon Pantai Remis). SATU PERSEFAHAMAN DILAKUKAN .... AKHIRNYA CALON BN N36 HANYA MENANG 14 UNDI MAJORITI  .... dalam ertikata lain ... KALAU 8 ORANG UNDI PAS .... BN KALAHHHHH.

Pada masa yang sama ... saya juga telah menggunakan Program PPSP ini di beberapa PRK (PERGI KE LOKASI DENGAN PERBELANJAN SENDIRI) seperti di PENDANG, Permatang Pauh, Bukit Gantang Kuala Terengganu kecuali Hulu Selangor (ada diberi BANTUAN ... bilik dan RM oleh dua ADUN dan seorang kawan).

1.     PENDANG  (UNDI Awal = Kalah < 1000, Andaian Terakhir = 280 dan KEPUTUSANNYA = 283 ... miss 3 undi saja).




2.     HULU SELANGOR (UNDI AWAL = Kalah > 2000, Andaian Akhir = 1627, KEPUTUSANNYA = 1725 .... miss 98 undi saja) 

 ANDAIAN PPSP DARI  RUMAH SAHAJA
Disebabkan TIADA DUIT dan BANTUAN, saya telah membuat PENCERAPAN dengan menggunakan PROGRAM PPSP ini.
 
1.     Galas

2.     Kerdau

3.     Merlimau



 4.     BARU SAPI
         - sebelum PKR dan SUPP (isytihar bertanding).


 PENCERAPAN PROGRAM PPSP TERHADAP PRN SARAWAK

Dari 79 DUN, ANDAIAN PROGRAM PPSP HANYA "MISS" TIGA KERUSI SAJA iaitu .... Timbalan Presiden SUPP, Ketua PKR Sarawak dan 1 Calon BEBAS.


Akan tetapi, ANDAIAN INI (dilakukan dari rumah) HANYA ANDAIAN "KALAH or MENANG SAJA" kerana saya TIDAK PERNAH NAIK KAPAL TERBANG .... dalam ertikata lain TAK PERNAH KE SARAWAK .... jadi, ANDAIAN JUMLAH UNDI MAJORITI ... TENTULAH TIDAK BOLEH DITERIMA PAKAI.

JADI, DENGAN PAPARAN INI, SAYA MENGHARAPKAN PROGRAM PPSP SAYA INI DAPAT DIMURNIKAN BERSAMA OLEH JENTERA PRU DALAM PRU 13 NANTI KHASNYA UNTUK NEGERI PERAK YANG KEMUNGKINAN "GETIR".
BERKHIDMAT KERANA ALLAH 
"DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA"

3 comments:

  1. Salam cikgu.

    Dahulunya, saya lahir dari suasana perjuangan ayah dalam UMNO. Saya pernah berkerat rotan sekejap dengan ayah keran haluan politik berbeza pada dalam PRU 1999. Menjelang 2008, setelah ayah tiada, saya menyedari rupa-rupanya apa yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu UMNO memberi manfaat kepada orang kita.

    Saya yakin sokongan orang Melayu seperti saya kembali kepada UMNO.. Insya-Allah, saya akan pastikan PR tak dapat menjahanamkan Malaysia ni

    ReplyDelete
  2. Umno telah terpalit dgn isu 160 juta LTAT yg telah disalahguna oleh ketua wanita umno selangor sendiri. Agak sukar BN merampas kemenangan dr PR. Apetah lagi ekonomi selangor bertambah maju sekarang di bwh pentadbiran DSAI. Saya yakin PR akan kekal menang di selangor...

    ReplyDelete