Pages

Tuesday, 18 October 2011

JENTERA PAKATAN RAKYAT "TAKE BEER" SELEPAS MENANG DI PRU 1999

SALAM.

SEMASA MINGGU PILIHANRAYA
KETAYAP TAK TANGGAL DI KEPALA 

Apabila gendang PRU 1999 dipalu, semua Jentera PRU bergerak ke pelusuk bumi Malaysia. Ramailah penyokong Barisan Alternatif (BA) mencari atau membeli "Ketayap" untuk diletakkan di kepala masing ntuk menunjukkan imej "BERSIH", "BERIMAN", "BERILMU" DSBNYA.

 DALAM MAJLIS/PROGRAM SEMUA PENYOKONG PR BERKETAYAP/BERKOPIAH
DI LUAR MAJLIS/PROGRAM .... ENTAH LER

Begitulah juga yang berlaku di Parlimen P069 Parit. Pertandingan kali itu di P069 Parit .... Dato' Seri Megat Junid vs Ustaz Basir (PAS), N38 Belanja .... Dato' Mohd Zaim vs Dr Faizol (PAS) sementara N39 Bota .... Cikgu Mail Bolah vs Usaili Alias (PKR). 

CALON BN N39 BOTA : ISMAIL HASBOLAH (KIRI)
CALON BN N38 BELANJA : DATO' HJ MOHD ZAIM ABU HASSAN (KANAN)
KEDUA-DUANYA KALAH DALAM PRU 1999

Tentu anda masih ingat ... SEMUA KAWASAN BN KALAH dalam ertikata lain 3 - 0. Tak pernah terjadi kecuali di PRU 1969 tapi DUN Belanja masih dmenangi oleh Perikatan.

Aku masa itu menjadi Penyelaras PRU Parlimen Lumut (lantikan Dato' Mohd Wajdi selaku Ketua Bahagian  disebabkan aku pernah menjadi Setiausaha Bilik Gerakan DUN Bota di PRU 1995 .... pengalaman aku diperlukan di Parlimen Lumut oleh Ketua Bahagian di sana).

Aku diizinkan kembali ke Parlimen Parit pada malam akhir itu dan terus aku ke Daerah Mengundi Suak Padi (sejak PRU 1990 akulah Penyelarasnya kecuali PRU 1995 ... calon Bota sendiri jadi Penyelarasnya ... masa itu BN dapat 75%). Aku dapat meningkatkan peratus menjadi 80% dalam PRU 1999 tapi semua Daerah Mengundi lain di Parlimen JATUH MERUDUMMM.

 PENDUDUK KAMPUNG SUAK PADI, BOTA 
PRU 1990 .... HANYA AKU SEORANG SAHAJA YANG MENYELARASNYA
KINI .... MEREKA ADALAH "TOP 3" DAN BOLEH BERDIKARI

Lewat malam, aku kembali ke Manjung. Dalam perjalanan pulang aku lihat sekumpulan Penyokong/Jentera BA  Parlimen Parit sedang rancak berpesta (kebetulan tempat itu di pinggir jalan aku pulang ke rumah) ... lalu aku singgah ... aku kenal ... kecuali ada seorang ... rupanya dia turun dari KL untuk membantu BA Parlimen Parit. 

 GAMBAR HIASAN SAHAJA

Aku tanya mereka " Apa halnya minum ni". "Merayakan kemenangan" jawab mereka. Aku order "Nascafe Susu Lebih .. Jangan tarik" (minuman kebiasaan aku). Setelah selesai minum aku pun beredar sambil menggeleng-gelengkan kepala " Kenapa tak pernah berubah" bisik hatiku sebab aku berpengalaman dalam PRU ini sejak PRU 1969 lagi.

Bukan aku sengaja nak mereka-reka cerita tapi itulah ragam sebahagian dari mereka walaupun dalam majlis atau cemerah mereka ... mereka sering melaongkan "TAKBIR" ......"ALLAHHUAKBAR". Rupanya HANYA DI BIBIR SAHAJA.

Semoga Allah melimpahkan RAHMAT ke atas mereka agar berubah.

Amin.  


No comments:

Post a Comment