Pages

Tuesday, 14 February 2012

MATI KENA RACUN KELUARGA SENDIRI

Salam

     Di sebuah desa, terdapat sebuah rumah yang dihuni oleh seorang bapa, ibu dan dua orang anak kembar yang baru berumur kira-kira 3 tahun.

       Keluarga ini selama ini hidup dalam keadaan aman bahagia hinggalah di satu hari adik kembar merasai dia telah diinayai oleh abang kembarnya.



     "Dah lama sangat abang aku ni menginayai aku. Sejak kecil hanya dia yang lebih. Aku ni terpaksa beralah. Nantilah, satu hari aku akan balas dendam" itu bisik hati kecilnya sejak dia mula boleh berfikir.

     Rumah mereka banyak tikus, selalu ibubapa mereka menjerat atau meracun tikus. Setiap minggu ada sahaja bangkai tikus yang terpaksa dibuang dan kadang-kala berbau disebabkan bangkai tikus yang tidak dijumpai.

     "Baik aku racun abangku. Bila dia mati, hanya aku seorang saja yang dapat. Dia takkan merasa lagi" bisik hati kecilnya.

     Di malam hari yang sunyi,adik kembar pun mencuri-curi pergi ke tempat yang selalu ibunya melatakkan racun tikus lalu diambilnya sedikit. Perlahan-lahan dia masuk ke kelambu ibunya lalu diletakkan ke tempat yang selalu abang dan dia suka sejak bayi lagi. 


     Dia kembali ke tempat tidurnya iaitu di sebelah abang kembarnya. Hatinya sungguh gembira, bisik hati kecilnya "Esok akan tamatlah abang aku". Lalu dia terlena dalam senyuman.

     Keesokan harinya, bunyi riuh rendah. Orang dah ramai di dalam rumahnya. Dia melihat ramai orang menangis termasuk ibunya. 


     Dia tersenyum lebar. "Seronoknya, racunku dah mengena, "  bisik hatinya. Dia bangun lalu terus ke bilik air. Alangkah terkejutnya dia apabila dilihatnya emak saudaranya sedang memandikan abangnya.

     Dia terpinga-pinga "Siapa pulak yang meninggal dunia ni?" bisik hatinya. Tak jadi dia kencing lalu berlari-lari ke arah ibunya. 

     ALANGKAH TERKEJUTNYA DIA, DIDAPATI ................ YANG MENINGGAL DUNIA. DIA REBAH LALU MERAONG DI SAMPING IBUNYA.


     Selang beberapa tahun, negara berkenaan dilanda MASALAH DALAM NEGARA, dia dan ibunya terpaksa melarikan diri dalam keadaan SENGSARA.


PERSOALANNYA :-

1.     Kenapa ada sifat cemburu mencemburui sesama sendiri?.
2.     Adakah tindakan yang akan/sedang/akan kita ambil itu relevan dan sesuai ?.

3.     Adakah pernah kita berfikir tentang kesan di atas sebarang tindakan kita itu ?.
    
     OLEH ITU, FIKIR-FIKIRKANLAH TINDAKAN KITA SELAMA INI TERHADAP DIRI DAN KELUARGA KITA, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

 RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI ANAK BANGSAKU.


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment