Pages

Wednesday, 10 August 2011

CALON-CALON PRU 13 BN/UMNO ?.

     Lebihkurang 1.3 juta kakitangan kerajaan dan 600,000 pesara akan menikmati BONUS di pertengahan bulan Ogos ini. Jumlah separuh gaji atau RM500.00 (paling minima) itu sungguh bermakna bagi INSAN yang tahu berterima kasih dan bersyukur.



     Bagi peminat politik negara, ada sebahagiannya menyatakan bahawa ini adalah merupakan TANDA AWAL BN membodik para pengundi untuk mengundi BN dalam PRU 13 nanti. Ini tidak dinafikan tetapi bukanlah boleh dianggap dapat meraih undi yang besar. Tanggapan ini berdasarkan kepada Anugerah Kerajaan kepada kakitangan kerajaan sebelum PRU 12 dengan memberi kenaikan gaji 10% - 20%. Kalau dinilai kepada BONUS, kakitangan kerajaan telah meraih 120% - 240%. Walau pun telah diberi kenaikan gaji, masyarakat negara kita masih mahukan BONUS wqalhal jumlah kenaikan gaji agak besar. Teringat saya kepada beberapa orang Pak Cik yang beratur untuk mengambil Sumbangan Hari Raya dari Paduka Sultan walhal kebanyakan yang beratur untuk adalah kanak-kanak. Apabila ditanya "Tahukah pakcik berapa jumlah sumbangan yang akan diterima". "Pakcik tak kisah berapa jumlahnya .yang penting, pakcik dapat bersalam dengan Paduka Tuanku" jawabnya selamba. Kalau kita ubah jawapn pakcik ini kepada :" Saya tak kisah berapa BONUS yang hendak diberi ..janji dapat BONUS ... kenaikan gaji itu cerita lain ... itu HAK KAMI SEBAGAI KAKITANGAN KERAJAAN".

     Tiga negeri HANYUT disambar Pembangkang, ini tidak termasuk Wilayah Persekutuan. Jadi, kesimpulannnya Kenaikan Gaji DAN Pemberian Bonus bukanlah faktor utama dalam meraih undi. Kita anggaplah ia sebagai Pemangkin sahaja kerana banyak faktor-faktor lain yang perlu difikirkan oleh Kerajaan BN, Pemimpin BN dan Penyokong BN.

     Saya berani menyatakan bahawa FAKTOR UTAMA yang dapat membantu BN kembali menang dengan jayanya adalah JATIDIRI. Sekiranya Penyandang Kerajaan BN, Pemimpin dan Penyokong Bn mempunyai JATIDIRI, nescaya BN akan menang dalam PRU 13 nanti. Sikap dan Tindakan JATIDIRI ini dapat menghindarkan sengketa sesama Pemimpin dan Penyokong BN. Selalunya, pemimpin-pemimpin BN khasnya UMNO akan menjadi KETAM DALAM RAGA .apabila hampir PRU yakni ketika BN/UMNO ingin menilai mereka adakah LAYAK UNTUK DIJADIKAN CALON. Mereka mula berusaha membuat fitnah sesama sendiri, memburukkan rakan seperjuangan untuk menonjolkan diri atau pemimpin yang mereka hajati. Sikap JATIDIRI diletakkan ke tepi dan akan digunakan hanya DALAM CERAMAH sahaja.



           Tanpa memikirkan usia, kelulusan, sokongan akar umbi para pemimpin dan kuncu-kuncunya mula melakukan gejala-gejala Negatif yang sudah menjadi DARAH DAGING kepada sebahagian dari Pemimpin BN/UMNO. Perlu diingat, walaupun ramai pemimpin yang menyandang jawatan dalam Bahagian tetapi adakah mereka sudah mengukur kemampuan diri mereka, bagaimana mereka menang dalam pemilihan tempoh hari dan yang paling penting ADAKAH KPI MEREKA melayakkan mereka menjadi CALON?.




      Pucuk pimpinan BN perlu peka dan hendaklah mengenepikan personel yang sering MEMBODIK, SERING MERAYU, SERING MENONJOLKAN DIRI di dalam majlis rasmi BN. Adakah mereka ini sesuai yakni MESRA PENGUNDI?. Selalunya para pemimpin tidak memikirkan kepentingan parti kerana mereka lebih mengtamakan kepentingan diri dan kelompoknya sahaja. Walaupun mereka tidak mampu tetapi mereka tetap cuba membuat helah, tipu muslihat, membuat fitnah agar pemimpin yang lain tidak terpilih. Perasaan kecewa para pemimpin yang disebotaj diluahkan dengan cara MENUMBANGKAN Calon yang terpilih itu dalam PRU, kadang-kadang suara ini diluahkan oleh Pqara Penyokongnya.


      Jadi, saya mengharapkan agar Pihak Atasan BN/UMNO semestinya menggunakan Instrumen KPI sepenuhnya dalam usaha mencari PERSONEL YANG SESUAI UNTUK DIJADIKAN CALON DALAM PRU 13 nanti. Instrumen Pencerapan Sikap Pemilih perlu dikeluarkan ke akar umbi di setiap Daerah Mengundi. Pencerapan ini bukan sahaja dilakukan oleh UMNO/BN disetiap Bahagian tetapi oleh Badan-badan Berkecuali yang TIDAK DIPENGARUHI oleh individu-individu tertentu.  Jalur Lebar hendaklah digunakan sepenuhnya dalam merealisaikan Pencerapan ini.


      BN/UMNO hendaklah menggunakan Personel PRO BN yang sentiasa melayari IT agar memberi kerjasama sepenuhnya di setiap Daerah Mengundi, DUN dan Parlimen. Kita tidak boleh mengharap dan memberi kepercayaan dan kemudahan semuanya kepada Agensi Rasmi BN/UMNO kerana adakalanya mereka akan bertindak "PLAYSAVE", dengan mendiamkan diri agar tidak diSERANG oleh Pihak Lawan atau pihak Pro Lawan.

Terima kasih,






     

No comments:

Post a Comment