Pages

Saturday, 13 August 2011

ADAKAH LOGIK, MANGSA LEMAS HANYUT KE HULU

Salam

     Saya teringat satu Cerita yang pernah diceritakan oleh guru saya semasa saya bersekolah rendah dulu. Saya pernah menyatakan .... INI CERITA TIPU, BOHONG ... hahahahaha.

     Ceritanya lebihkurang berikut :-

      Setelah penat sehari suntuk orang kampung mencari mangsa-mangsa lemas ketika menaiki sebuah rakit yang dibuat secara PAKAT-PAKAT oleh RAKYAT TEMPATAN, mereka telah memanggil seorang pawang untuk mendapatkan khidmat nasihat. Pawang pun membaca mentera lalu berkata "JANGAN CARI DI SEBALAH HILIR, SEKARANG CARI PULAK DI SEBELAH HULU". Tercengang semua orang kampung. "APA TUNGGU LAGI, PERGILAH CARI CEPAT, NANTI DIMAKAN DIK BUAYA". Semua orang bergegas turun kembali ke sungai lalu MUDIK mencari mangsa-mangsa yang dah seharian lemas.

     "Saya dah jumpa" kata salah seorang kampung yang turut sama mencari. Seorang demi seorang mangsa lemas itu dijumpai. Sehingga lewat senja, hanya beberapa orang sahaja yang tidak dijumpai. "YANG BELUM JUMPA TU, TAK USAH DICARI LAGI, BIARKAN ... ITU DAH JADI HABUAN BUAYA" kata Pawang kepada penduduk kampung.

     Masa itu saya tak faham apa yang dmaksudkan guru saya kerana ADAKAH HANYUT ITU KE HULU, SEPATUTNYA HANYUT ITU KE HILIR. Jadi, saya anggap sebagai SATU CERITA DONGENG SAHAJA.

     Rupa-rupanya, setelah 30 tahun kemudian, barulah saya dapati CERITA ITU BENAR. Di mana sejak Tahun 1998, terbitlah satu Pakatan yang diberinama BARISAN ALTERNATIF dan sekarang ini diberi nama PAKATAN RAKYAT.

     Sikap KUMPULAN PAKATAN RAKYAT ini ... SENTIASA MEMBANGKANG APA SAJA YANG BERKAITAN DENGAN KERAJAAN, walhal jika mereka memerintah BELUM TAHU mereka AKAN MAMPU MELAKUKANNYA.

      PERSOALANNNYA SEKARANG.

1.     Siapakah yang karam itu ?.
2.     Siapakah yang dijumpai ?
3.     Siapakah yang tidak dijumpai ?
4.     Kenapa Pawang mengarahkan agar tidak mencari lagi mangsa yang lain?.
5.     Kenapa Pawang mengarahkan demikian ?.
6.     Apa PENGAJARAN yang kita dapat dari cerita gugu saya ini ?.
7.     ADAKAH KITA TERMASUK DALAM KATEGORI YANG LEMAS ITU ?.



Sekian, terima kasih.

Wallahhualam.


No comments:

Post a Comment