Pages

Wednesday, 30 December 2009

PAPARAN PERTAMA : CORETAN HATIKU



SIAPAKAH AKU DI SISIMU ?


Setelah aku berumur 52 tahun ku beranikan diri untuk meluahkan perasaanku. Ku catatkan beberapa peristiwa sekadar tatapan bersama untuk dijadikan teladan. sempadan atau garis panduan ketika anda beragenda. dalam politik. Sebarang tindakan anda akan menjadi sejarah dalam hidup kita dan kesannya kepada diri dan keluarga anda dan tak ketinggalan agama, bangsa dan tanah air.

Untuk maklkuman aku tidak pernah secara peribadinya menerima sebarang penghargaan pun dari UMNO khasnya UMNO Bahagian Parit untuk dijadikan kenangan oleh diriku, anak isteriku dan juga mungkin cucu-cucuiku. Yang ada hanyalah kenangan. Oleh itu, di sini saya akan coretkan pengalaman pahit manis masa dalam politik. Jika baik jadikanlah teladan dan jika buruk jadikanlah ia sebagai sempadan.

Penglibatanku tidaklah seberapa, tetapi aku juga hairan kenapa aku boleh tercicir dalam segala-galanya oleh UMNO khasnya UMNO Bahagian Parit. Di antara penglibatanku adalah :-

BERMULA di Tahun 1967 .... aku baru berumur 10 tahun dah dipaksa membantu Arwah Ayahandaku (Setiausaha Cawangan) untuk mengisi segala Borang, Resit Yuran dsbnya yang berkaitan dengan Parti.

Kadang-kadang aku dijemput sama ke dalam Mesyuarat JK Cawangan atau perbincangan kecil parti.


1. 1982 = Mula memberi ceramah dalam Pilihanraya.

2. 1986 = Ketua UMNO Cawangan ( Perwakilannya – 6 orang).

3. 1995 = Setiausaha Bilik Gerakan DUN Bota.

4. 1995 = Ketua Operasi Gempur – Lantikan YAB MB Perak.

5. 1999 = Penyelaras Bilik Gerakan BN Lumut – lantikan KB UMNO Lumut.

6. 2002 = Penyelaras Operasi Tebus UMNO Bahagian Parit - lantikan KB Parit

7. 2004 = Penyelaras PRU Parlimen Parit khasnya DUN Bota - lantikan Calon

8. 2008 = PA Calon BN DUN Pantai Remis – Lantikan Calon DUN Pantai Remis

9. 1986 = S/U Biro Ekonomi Per Pemuda UMNO Bah. Parit - lantikan Nasarudin Hashim

10. 1993 = S/U Biro Pendidikan UMNO Bahagian Parit - lantikan Dato; Ghazali

11. 2008 = Ketua Operasi ........... Negeri Perak - lantikan YB Dato' Nasa


KINI ..... BN KALAH DI PERAK ..... SALAH/SILAP SIAPA?


IKUTILAH PAPARAN SAYA SETERUSNYA.........mana yang terbabit... maaf dipinta kerana SEJARAH TETAP SEJARAH.


HUBAYA-HUBAYA



No comments:

Post a Comment