CONTOH SEBUAH SEKOLAH SABK
Sebelum itu ..... sila rujuk Paparan di bawah dan seterusnya.
RUJUKAN GOGGLE HARI INI
(MUKA SURAT 1)
INILAH YANG TERPAPAR DI PAGE 1 GOGGLE
Berapakah bilangan SABK (mengikut Negeri), berapa ramai Guru dan Muridnya sekarang?
SABK TAHUN 2009
(Bilangan Sekolah Mengikut Negari)
SABK TAHUN 2009
(Bilangan Murid dan Guru)
BERAPA PERUNTUKAN YANG DIKELUARKAN OLEH KERAJAAN PUSAT
BAGI MENAMPUNG SELURUH SABK
Mari kita tengok berapakah peruntukan di bawah ini sebagai contoh.
PERUNTUKAN TAHUN 2009 DAN 2012
(SELURUH NEGERI SELANGOR)
RUJUKAN MAKLUMAT PERUNTUKAN
PETIKAN MAKLUMAT
Menteri Pelajaran memberitahu, bagi tempoh
2006 hingga 2010, sebanyak RM216.2 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan
Persekutuan kepada SABK di negeri ini.
Jumlah itu katanya, termasuk bantuan
perkapita sebanyak RM10.3 juta, penyelenggaraan bangunan (RM12.9 juta), makanan
asrama (RM72.5 juta) dan pembayaran gaji (RM87 juta).
''Bantuan ini adalah untuk memastikan
usaha memperkasakan SABK di Selangor dapat dilaksanakan dengan jayanya.
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)
Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR)
dan Sekolah Agama Negeri adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan
memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan
pada tahun 2002 oleh YB Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh
Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.
1. Berdaftar dengan Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Ditadbir oleh KPM
3. Pemilika tanah dan bangunan
dikekalkan
4. Kurikulum agama negeri dikekalkan
5. Menerima pelbagai kemudahan
1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan
pentadbiran
2. Mempertingkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran
3. Mempertingkatkan kualiti pengurusan
sumber manusia
4. Mempertingkatkan kualiti prasarana
dan kemudahan
KELEBIHAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SABK
1. Kepada sekolah
a.Menerima bantuan sumbangan bagi urusan
pentadbiran sekolah
b.Menerima bantuan modal bagi menampung
keperluan pembangunan fizikal sekolah
c.Meneriama bantuan isentif (SAR sahaja)
setelah Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani
d.Menerima guru terlatih sekiranya guru
sedia ada tidak mencukupi
e.Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil
Tinggi Agama (STAM) dikekalkan
2. Kelebihan kepada guru dan kakitangan
a.Berpeluang diserap ke dalam
perkhidmatan kerajaan
b.Berpeluang menikmati gaji dan elaun
yang setaraf dengan kelayakan
c.Berpeluang mendapat kenaikan pangkat
d.Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan
e.Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas
f.Berpeluang melanjutkan Pelajaran
g.Berpeluang untuk ikut serta dalam
aktiviti KPM
3. Kelebihan kepada murid
a.Berpeluang mendapat bantuan
b.Berpeluang bersaing dengan murid-murid
aliran perdana
c.Berpeluang untuk ikut serta dalam
aktiviti anjuran KPM
d.Berpeluang melanjutkan pelajaran ke
sekolah-sekolah KPM yang terbaik
e.Berpeluang mendapat pendidikan yang
lebih berkualiti
1.Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama
Negeri (JAIN)
2.Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh
masa
3.Menggunapakai dwi-kurikulum (kurikulum
agama dan kurikulum kebangsaan)
4.Mempunyai murid sendiri yang mengambil
peperiksaan awam KPM
5.Mendapat persetujuan semua pihak yang
berkepentingan terhadap sekolah
6.Mempunyai bangunan sendiri
7.Bangunan dibina di atas tapak tanah
yang berstatus wakaf
8.Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan
dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan
9.Bilangan murid melebihi 150 orang
10.Tidak menanggung hutang
1.Menghantar surat permohonan dan
salinan keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) atau
pihak berkuasa agama negeri kepada BPI(Bahagian Pendidikan Islam)
2.Menghantar profail sekolah, senarai
nama ahli lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan
dokumen geran tanah, pelan sekolah dan Sijil Pendaftaran sekolah yang
disahkan
3.Menyemak dan mempersetujui draf MoU
yang dimemukakan oleh KPM
4.Menghantar surat persetujuan terhadap
draf MoU kepada KPM
5.Menandatangani dokumen MoU
6.Mengisi borang pendaftaran sekolah
JADI, MANA-MANA SEKOLAH AGAMA YANG MEMPUNYAI
SYARAT-SYARAT DI ATAS ELOKLAH MEMOHON.
DAN MUHASABAH DIRILAH WAHAI ANDA YANG BERKENAAN.
ADAKAH KERAJAAN PUSAT TIDAK PERIHATIN?
WALLAHU 'ALAM