Monday, 13 March 2017

ANDAIAN CALON PRU 14 : N16 KAMUNTING


DUN INI SEDANG DALAM PERHATIAN


ADUN Kamunting sekarang disandang oleh YB Dato' Mohammad Zahir Mohd Khalid. Beliau sudah menyandang selama 2 penggal.

Sayangnya, kewibawaannya agak tergugat apabila adiknya Azmeer Khalid sedang membawa Bendera PPBM di Parlimen Padang Rengas. Ini mungkin akan menyebabkan beliau tidak lagi terpilih di PRU 14 nanti.

AZMEER (KIRI) dan YB ZAHIR (Kanan)

Sebagai alternatifnya, kemungkinan Ketua UMNO Bahagian Taiping akan menggantikan tempatnya. Dato' Shalimin Shafie merupakan Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar.   

Jika ini berlaku, DUN N16 Kamunting akan menjadi bertambah KRITIKAL di mana para penyokong ADUN Kamunting sekarang kemungkinan akan melakukan SEBOTAJ semasa PRU 14 nanti.

Bagaikan menarik rambut dalam tepung perlu dilakukan oleh Pucuk Kepimpinan BN agar tidak memalapetakan BN di DUN ini khasnya dan Negeri Perak amnya.

YAB MB Perak (kiri) dan Dato' Shalimin Kanan)






No comments:

Post a Comment