Sunday 26 February 2017

TAHUKAH ANDA : SEJAK 2012 PROTON BUKAN LAGI MILIK KERAJAAN .. APA PERLU BISING?


KENAPA KECOH NI ....
Heboh 1MALAYA .. 
walhal 
"ADAKAH PRTON MILIK KERAJAAN LAGI?"
 



Petikan dari : 
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1583823798324549&set=gm.413174825703053&type=3

1) Kecoh di media beberapa hari ini apabila mereka yang tidak tahu atau buat-buat tahu menuding jari dan menyerang kerajaan apabila Proton bercadang untuk melepaskan 51% pegangan kilang pembuatannya di Tanjung Malim kepada syarikat dari China, Geely.

2) Proton bukan lagi milik kerajaan apabila pada awal tahun 2012, DRB-Hicom telah membeli kepentingan 42.7% milik Khazanah. DRB-Hicom merupakan syarikat milik Syed Mokhtar Al-Bukhary. Menteri MITI, Dato’ Sri Mustapa Mohamed dalam sidang parlimen pada November 2015 telah menjelaskan pengurusan dan hala tuju Proton ditentukan sendiri oleh syarikat tersebut dan ianya bukan lagi urusan kerajaan.

3) Proton mempunyai dua kilang pemasangan iaitu di Shah Alam dan Tanjung Malim yang boleh memasang 380 ribu unit kereta setahun (230k Shah Alam, 150k Tanjung Malim).

4) Kilang di Tanjung Malim yang siap pada tahun 2003 boleh mengeluarkan sehingga 1 juta unit kenderaan jika digunakan sepenuhnya dan Proton pada tahun 2011 lagi telah menyatakan mereka masih mempunyai ruang pemasangan lebih 50% dari kilang ini yang tidak digunakan sepenuhnya dan sememangnya mencari rakan strategik untuk menggunakan kilang ini.


5) Mengikut laporan portal paultan.org, sehingga November 2016, jumlah keseluruhan kereta Proton terjual bagi tahun 2016 adalah sebanyak 65,067 unit, iaitu hanya 18% dari keseluruhan jumlah yang boleh dikeluarkan kilang Proton setiap tahun. 


6) Untuk rekod, pada awal tahun 2013, Proton menyasarkan jualan sebanyak 500 ribu unit menjelang 2018.


7) Prestasi perniagaan dan kewangan Proton seperti yang diketahui umum sememangnya membimbangkan. Walaupun milik swasta, kerajaan pada tahun lalu tetap membantu Proton dengan menyuntik dana pinjaman sebanyak RM1.5 bilion.

8) Proton sememangnya sudah lama mencari rakan strategik perniagaan bagi membantu mereka keluar dari kemelut ini. Buat masa ini, terdapat tiga syarikat luar yang bersedia untuk menjadi rakan strategic Proton iaitu Geely dari China (pemilik syarikat Volvo dan London Taxi), PSA Group dari Perancis (pemilik Peugeot dan Citroën) serta Renault juga dari Perancis. Geely dan PSA masing-masing mengintai 51% pegangan kilang Proton di Tanjung Malim yang tidak digunakan sepenuhnya dan dikhabarkan Geely sedang mendahului persaingan ini.

9) Isu kononnya kerajaan hendak menggadaikan Proton kepada syarikat luar, terutamanya kepada China sebenarnya tidak timbul dan berniat jahat memburukkan kerajaan kerana Proton kini bukan lagi milik kerajaan dan keputusan ini dibuat oleh Proton sendiri yang merupakan syarikat swasta. Manakala cadangan untuk mencari rakan strategik Proton untuk menggunakan kilang mereka di Tanjung Malim secara bersama telah lama dibuat iaitu pada tahun 2011 lagi.





No comments:

Post a Comment