Tuesday 28 February 2017

DR ZAMBRY BUAT HAL LAGI .. KALI NI KE MEDAN SELERA IPOH PULAK .




BIARKAN GAMBAR BERBICARA


Maklum balas beliau sebentar tadi ... melalui Page nyer.

Susulan maklum balas di laman sosial, sebentar tadi saya membuat lawatan tanpa makluman awal di Taman Kanak-Kanak Jalan Tawil - kawasan yang dianggap cukup nostalgik. Keadaan kawasan yang sudah lama, longkang berbau busuk bila hujan lebat turun, tempat mainan yang tidak terjaga, gerai-gerai yang tidak sempurna tempat bahan buangan, tandas awam yang uzur, memerlukan tindakan segera baik pulih dilakukan. Gerai-gerai makan di sini sedap seperti popiah Ali, Ais Jagung, Satay Endut, nasi ayam, sup kambing dan ayam Darus. Terima kasih atas maklum balas rakyat yang disampaikan kepada saya.



Di Medan Selera Ipoh, Perak.







Sebelum ni, beliau menjadi Buruh Lori Sisa Pepejal DBI. Kalau beginilah yang dilakukan .... terkejut beruk pihak yang bertanggungjawab.

Kita jangan berfikir secara negatif ... anggaplah kunjungan mengejut beliau ini merupakan SATU SUNTIKAN kepada mana-mana pihak yang merasakan KURANG EFISYEN tak kira Jabatan Kerajaan ker .... Badan Berkanun ker ... Swasta ker .... jangan sampai meniru Dato' Jamal udah ler ... biorlah Dato' Jamal dengan caranya sendiri.



Lepas ni beliau ke mana pulak?

Teman cadangkan ... pergi Pasar Borong ... tengok HARGA BORONG IKAN DAN SAYUR .... manalah tau ... kot2 di Pasar Borong Ikan Pelaling harganya < RM10.00 tapi kenapa dijual > RM15.00 .... beliau tentu lebih arif sebabnya ... beliau pernah menjadi NELAYAN di kampungnya ... Pulau Pangkor.

Walau bagaimanapun ... TAHNIAH dan SYABAS kerana sanggup turun padang. 


No comments:

Post a Comment