Monday 21 April 2014

PINGAT KEBESARAN PERAK DARUL RIDZUAN





KATEGORI PINGAT





 

DARJAH KERABAT DIRAJA YANG AMAT DIHORMATI (D.K.) 
Kurniaan dikhas kepada Raja Pemerintah, Raja Permaisuri dan Bakal Sultan Negeri Perak.

 

DARJAH KERABAT SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK YANG AMAT DIHORMATI (D.K.S.A.) 
Kurniaan khas ahli-ahli keluarga Diraja. 


 

DARJAH KEBESARAN SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK YANG AMAT DIMULIA (S.P.S.A.) 
Darjah kebesaran yang bergelar "Dato' Seri DiRaja" dikurniakan sebagai suatu penghormatan yang amat istimewa, mempunyai kedudukan yang amat berpengaruh dan bertanggungjawab. 


 

DARJAH SERI PADUKA CURA SI MANJA KINI (S.P.C.M.) 
Darjah Kebesaran yang bergelar "Dato' Seri" peringkat pertama dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa menandakan rekod kejayaan besar yang telah dicapai dan kepada mereka yang telah menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri ini. 


 

DARJAH DATO' PADUKA CURA SI MANJA KINI (D.P.C.M.) 
Peringkat Kedua Darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan telah mencapai sekurang-kurangnya Gred 1. 


 

DARJAH PADUKA CURA SIMANJA KINI (P.C.M.) 
Dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang menyandang pangkat tidak rendah dari gred 2 atau setaraf dengannya; dan kepada anggota-anggota Pasukan Tentara dan Polis yang berpangkat Kolonel (Tentera Darat), Kapten (Tentera Laut), Kolonel Udara (Tentera Udara), Penolong Pesuruhjaya (Pasukan Polis) dan ke atas.


Kurniaan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.) diberi kepada mereka yang berkelayakan lebih mutunya daripada Darjah Paduka Mahkota Perak.




 

DARJAH AHLI CURA SIMANJA KINI (A.C.M.) 
Peringkat Ke-4 darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dan dikurniakan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri dan kepada pegawai-pegawai Kerajaan sekurang-kurangnya dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 3.





 

DARJAH SERI PANGLIMA TAMING SARI (S.P.T.S.) 
Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang berpangkat Leftenan Jeneral ke atas dan keapda anggota-anggota pasukan polis yang berpangkat Timbalan Ketua Polis Negara ke atas.





 

DARJAH DATO' PAHLAWAN TAMING SARI (D.P.T.S.) 
Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentara yang berpangkat Brigedier Jeneral hingga Mejar Jeneral dan kepada anggota-anggota pasukan polis yang berpangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya hingga Timbalan Pesuruhjaya.





 

DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA PERAK (S.P.M.P.) 
Darjah Kebesaran yang bergelar "Dato' Seri" peringkat kedua, Kelayakan bagi kurniaan darjah S.P.M.P. ini sama dengan kelayakan S.P.C.M. tetapi taraf darjah ini adalah lebih rendah daripada Seri Paduka Cura Si Manja Kini. 


 

DARJAH DATO' PADUKA MAHKOTA PERAK (D.P.M.P.) 
Peringkat Kedua Darjah Kebesaran Mahkota Perak.  Syarat-syarat penerimaannya sama dengan kelayakan D.P.C.M.





 

DARJAH PADUKA MAHKOTA PERAK (P.M.P.) 
Dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang menyandang pangkat tidak rendah dari Gred 2 atau setaraf dengannya.


Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera dan Polis yang berpangkat Kolonel (Tentera Darat), Kapten (Tentera Laut), Kolonel Udara (Tentera Udara), Penolong Pesuruhjaya (Pasukan Polis) dan ke atas.




 

DARJAH AHLI MAHKOTA PERAK (A.M.P.) 
Peringkat Ke-4 Darjah Kebesaran Mahkota Perak dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan sekurang-kurangnya dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 3 yang berkebolehan istimewa dan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri.


Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera dan Polis yang berpangkat Kapten dan Mejar (Tentera Darat), Leftenan dan Leftenan Komander (Tentera Laut), Kapten Udara dan Mejar Udara (Tentera Udara), Penolong Penguasa dan Timbalan Penguasa (Pasukan Polis).




 

PINGAT KEBERANIAN HANDAL (P.K.H.) 
Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah berbuat dalam Negeri Perak, sesuatu keberanian yang tersangat handal dan keberanian itu dilakukan dalam keadaan yang mendatangkan bahaya yang besar kepada dirinya sendiri.





 

PINGAT PEKERTI TERPILIH (P.P.T) 
Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah melakukan dalam Negeri Perak, satu perbuatan atau perbuatan-perbuatan yang bersifat kelakuan yang cemerlang dan berani.


Dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Sokongan ke atas dan;
Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera dan Polis yang berpangkat sekurang-kurangnya Leftenan Muda (Tentera Darat, Laut dan Udara) dan Inspektor di dalam Pasukan Polis.




 

PINGAT JASA KEBAKTIAN (P.J.K.) 
Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah berbuat jasa yang cemerlang kepada Negeri dan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera dan Polis yang berpangkat Pegawai Waren (Tentera Darat, Laut dan Udara), Sub Inspektor (Pasukan Polis) dan ke bawah.





 

PINGAT LAMA PERKHIDMATAN (P.L.P.) 
Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang dengan lama dan taat setia kepada Negeri Perak tidak kurang daripada 25 tahun dan perkhidmatan itu menunjukkan kebolehan yang memberi teladan yang baik serta kecekapan dan taat setia.



PINGAT JAKSA PENDAMAI (J.P)
Mereka yang terpilih untuk ditauliahkan lantikan JAKSA PENDAMAI ini hendaklah terdiri daripada mereka yang benar-benar layak samada dari segi pendidikan, ilmiah dan kelakuan yang boleh memberi contoh teladan. 
Merupakan penganugerahan berupa watikah.




No comments:

Post a Comment