Wednesday 12 June 2013

PEMIMPIN MIC BERKENAAN! JANGAN GANGGU YAB MB PERAK LAGI




MUNGKIN PAPARAN SAYA INI AGAK MENYINGGUNG MANA-MANA INDIVIDU (BUKAN UNTUK MENGHINA ATAU SEBAGAINYA)
TETAPI INI ADALAH KENYATAAN IKHLAS SAYA YANG PERLU KITA SEMUA SEDAR DAN TERIMA, TERUTAMA PARA PEMIMPIN MIC.


1.   SOKONG KAUM INDIA LEBIH KEPADA PAKATAN RAKYAT.


SA YA DAN SEBAHAGIAN PEMIMPIN KAUM INDIA DI N54 HUTAN MELINTANG
EN. SUPRAMANIAN (kanan) SELAKU CALON BN,
KALAH DI TANGAN CALON PKR, YB KASEVAN

Semua DUN yang diperuntukan kepada Calon India mengalami kekalahan seperti DUN N30 Buntong, N54 Hutan Melintang dan N57 Sungkai.


Begitu juga BN mengalami kekalahan di PDM di mana Kaum India adalah di antara yang tertinggi majoritinya mengalami kekalahan.

Seperti di DUN N51 Pasir Panjang, di PDM Pundut, PDM Kampong Baharu, PDM Kg Sitiawan, PDM KDSK dan PDM Lumut, BN mengalami kekalahan.

Ini bermaksud, Kaum India kurang memberi sokongan berbanding sokongan sebelum PRU 12 (PRU 2004). Mereka lebih menyokong Pakatan Pembangkang. 


Walau demikian, masih terdapat segelintir PDM yang memberi sokongan padu kepada BN seperti PDM Sungai Wangi dan PDM Ldg Sg Wangi tetapi "BERANI SAYA NYATAKAN" bahawa "BUKAN DISEBABKAN PERANAN PEMIMPIN MIC TEMPATAN" tetapi disebabkan "PERANAN PEMIMPIN INDIA SETEMPAT".

PDM SG WANGI DAN PDM LDG. SG WANGI
(BILANGAN PENGUNDI KAUM INDIA ADALAH TINGGI)
MEMBERI SOKONGAN KEPADA BN
BERBANDING PDM-PDM LAIN DI N51 PASIR PANJANG
YB RASHIDI IBRAHIM, ADUN N51 PASIR PANJANG 
BERSAMA
(Kiri sekali) " MR TANGGA" (SEORANG PEMIMPIN SETEMPAT)
YANG BUKAN PEMIMPIN MANA-MANA PARTI
MENGAMBIL INISIATIF SENDIRI BERTINDAK MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA BN



2.   BUKANKAH YAB MENTERI BESAR TELAH MEWAKILI MASYARAKAT KAUM INDIA (RUJUK KESULTANAN MELAKA)?


Sebagaimana SEJARAH MELAKA, Mamak Bendahara (Dari Benua Kling) telah diterimapakai sebagai Penasihat (Perdana Menteri). Begitu juga di negeri Perak sekarang ini. Saya selaku "MELAYU JATI' Perak mengalu-alukan Perlantikan YAB Dr Zambry Abd Kadir selaku Menteri Besar dengan ikhlas hati tanpa ada "RUNGUTAN".

BUKANKAH MEREKA INI DARI "BENUA KLING"?

Oleh itu, mari kita kaji .... KETURUNAN di Malaysia ini sebelum kita BERFIKIR dan BERTINDAK selanjutnya.

Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:-

ANAK JATI
Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia.
Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-
  • Orang Melayu Kedah
  • Orang Melayu Beruas
  • Orang Melayu Manjung
  • Orang Melayu Grik
  • Orang Kelang
  • Orang Melayu Melaka
  • Orang Melayu Kelantan
  • Orang Melayu Terengganu Pantai
  • Orang Melayu Ulu Terengganu
  • Orang Melayu Bentong
  • Orang Melayu Lipis
  • Orang Melayu Temerloh
  • Orang Melayu Johor
  • Orang Melayu Brunei
  • Orang Melayu Kedayan
  • Orang Melayu Cocos
  • Orang Melayu Sarawak

ANAK DAGANG
Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Pulau Hainan (China). 
Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:-
  • Aceh
  • Ambon
  • Banjar
  • Batak (tidak termasuk Mandailing)
  • Bawean (Boyan)
  • Bugis
  • Cham
  • Jawa
  • Kerinci
  • Mandailing (dianggap sebagai )
  • Melayu
    • Melayu Asahan (Batubara).
    • Melayu Bengkulu.
    • Melayu Deli.
    • Melayu Jambi
    • Melayu Palembang.
    • Melayu Patani
    • Melayu Riau
    • Melayu Siak
  • Minangkabau
  • Nias
  • Ocu (Kampar)
  • Rao (Rawa)
  • Utsul

PERANAKAN
Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka adalah:-
  • Peranakan Parsi
  • Peranakan Arab
  • Jawi Peranakan / Jawi Pekan / * Peranakan Kling
  • Peranakan Cina
  • Peranakan Turki
  • Peranakan Siam / Samsam
  • Peranakan Eropah
* KLING = KAUM INDIA


MAKA, APA PRESIDEN MIC MAHU LAGI?


Oleh itu, biarkanlah YAB Menteri Besar dan ADUN-ADUN BN Negeri Perak yang menentukan SIAPA SPEAKER Negeri Perak.


JANGAN CUBA NAK KACAULAH KALAU SEKADAR NAK CARI POPULARITI DALAM MIC.


HUBAYA-HUBAYA




No comments:

Post a Comment