Monday 1 April 2013

TEMPOH PEMERINTAHAN DAN TARIKH PRU MALAYSIA SEJAK TAHUN 1959 HINGGA KINI







Sepintas Lalu Pilihan Raya Umum



Maklumat Pilihan Raya Umum Yang Telah Diadakan

Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi negeri-negeri di Semenanjung telah sebanyak dua belas (12) kali diadakan bermula dari tahun 1959 hingga sekarang (2008). Manakala Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat bagi Negeri Sabah dan Sarawak ialah sebanyak  sepuluh (10) kali bermula dari tahun 1969 hingga sekarang (2008). Bagi Dewan Undangan Negeri pula bagi negeri Sabah ialah sebanyak sebelas (11) kali dan  Negeri Sarawak pula ialah sebanyak sepuluh (10) kali. Jadual ringkas maklumat tersebut adalah seperti berikut :-
DEWAN RAKYAT  Semenanjung1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986,1990,1995, 1999, 2004, 2008
  Sabah1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008
  Sarawak1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008
DEWAN UNDANGAN NEGERI  Semenanjung1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, 2008
  Sabah1967, 1971, 1976, 1981, 1985, 1986, 1990, 1994, 1999, 2004, 2008
  Sarawak1969, 1974, 1979, 1983, 1987, 1991, 1996, 2001, 2006, 2011
Keanggotaan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri

Bilangan kerusi Dewan Rakyat adalah ditetapkan oleh Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan manakala bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri pula ditetapkan oleh peruntukan yang berkaitan di dalam Perlembagaan Negeri-negeri berkenaan.

Pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa apabila Dewan Rakyat dibubarkan, Pilihan Raya Umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaranya. Peruntukan yang serupa terkandung juga di dalam Perlembagaan Negeri-negeri bagi tujuan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri.

Tarikh pembubaran parlimen serta tarikh pengundian pillihan raya umum semenjak tahun 1959 yakni selepas negara kita merdeka hingga yang terkini ialah seperti berikut :-

Tahun Pembubaran ParlimenTarikh PengundianTempoh Pemerintahan
 1959 Julai 195919 Ogos 19594 Tahun
1964Mac 196425 April 19644 Tahun 7 Bulan
1969Mac 196910 Mei 19694 Tahun 11 Bulan
1974Ogos 197424 Ogos 19745 Tahun 3 Bulan
1978Jun 19788 Julai 19783 Tahun 11 Bulan
1982Mac 198222 April 19823 Tahun 8 Bulan
198619 Julai 19863 Ogos 19864 Tahun 4 Bulan
19905 Oktober 199020 & 21 Oktober 19904 Tahun 2 Bulan
19956 April 199524 & 25 April 19954 Tahun 6 Bulan
199910 November 199929 November 19994 Tahun 6 Bulan
20044 Mac 200421 Mac 20044 Tahun 4 Bulan
200813 Februari 20088 Mac 20083 Tahun 11 Bulan


Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri juga menetapkan bahawa Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, kecuali dibubarkan lebih awal, adalah terbubar dengan sendirinya setelah tamat tempoh lima (5) tahun daripada tarikh persidangan pertama Dewan yang berkenaan selepas satu-satu Pilihan Raya Umum.

No comments:

Post a Comment