Monday 22 April 2013

SIAPA DIA DAN BAGAIMANA BELIAU MENJADI CALON PAS N5 SELAMA, PERAK?





PETIKAN ASAL : KLIK DI SINI


MOHD AKMAL KAMARUDDIN ‘ALMENANTUNYA’ – CALON PAS DUN N05 SELAMA AKAN DIKUBURKAN.

Selesai sudah proses penamaan calon PRU13. Sah Akmal Kamaruddin menjadi calon PAS N.05 Selama menentang calon BN Dato’ Haji Mohamad Daud bin Haji Mohd Yusoff yang akan mempertahankan kerusi beliau. Untuk itu, kita cuba mengenali sedikit siapa Akmal Kamaruddin calon PAS ini.

Akmal Kamaruddin adalah menantu kepada YDP PAS Pusat, Haji Hadi dan anak kepada bekas pesuruhjaya PAS Perak iaitu Kamaruddin Awang Basir yang berkali-kali kalah bertanding Kerusi Parlimen Larut. Oleh kerana bapanya dah berkali-kali kalah merebut Ahli Parlimen Larut, maka timbullah rasa dihatinya untuk membalas dendam kekalahan bapanya dan merampas kerusi Parlimen Larut.

Hasratnya pada awalnya diperstujui oleh pihak PAS Pusat, dan dicanangkanlah beliau sebagai calon Parlimen Larut pada PRU13. Namun panas tak sampai ke petang, tiba-tiba muncul polis pencen, Dato’ Fauzi Shaari menjulurkan kepalanya masuk PAS. Disebabkan Fauzi Shaari ini bekas Pengarah JSJ, dinampak oleh penyokong-penyokong PAS bahawa Fauzi Shaari lebih layak sebagai calon Parlimen berbanding Akmal Kamaruddin yang hanya berstatus ‘ustaz’. 

Pihak PAS Pusat pun meletakkan Fauzi Shaari sebagai calon Parlimen walaupun Fauzi Shaari baru 4 bulan menyertai PAS. 

Setelah Fauzi Shaari diletakkan sebagai calon Parlimen, maka mengamoklah Akmal Kamaruddin kerana tempatnya telah dirampas. Akmal Kamaruddin telah menulis sepucuk surat kepada PAS Pusat meminta supaya Fauzi Shaari digugurkan dari calon Parlimen, seterusnya dari calon PAS. Beliau mencatatkan didalam surat tersebut bahawa akar umbi menolak pencalonan Fauzi Shaari dan meletakkan nama beliau sebagai yang paling layak sebagai calon Parlimen. Tak cukup dengan itu, beliau juga mengadakan sidang akhbar menolak Fauzi Shaari sebagai calon Parlimen dan mendedahkan salahlaku Fauzi Shaari semasa bertugas sebagai polis dengan memiliki sebuah mahligai yang berharga RM5 juta.

Pihak PAS Pusat menyiasat dan mendapati benar Fauzi Shaari mempunyai mahligai bernilai RM5 juta. Fauzi Shaari sendiri mengaku kepada pihak akhbar, mahligai tersebut adalah milik beliau. 

PAS Pusat telah dengan segera mengambil keputusan menggugurkan Fauzi Shaari sebagai calon Parlimen Larut dan menggantikan kembali Akmal Kamaruddin sebagai calon Parlimen. 

Keadaan ini menimbulkan perasaan marah pada Fauzi Shaari. Fauzi Shaari mengumumkan keluar dari PAS dengan memberi alasan tidak sanggup melakukan Bai’ah menceraikan isteri talak tiga jika mahu meninggalkan PAS. 

Tindakan Fauzi Shaari ini mengejutkan pihak PAS. PAS mengambil keputusan memujuk Fauzi Shaari supaya tidak meninggalkan PAS dan memberikan semula calon Parlimen Larut kepada Fauzi Shaari.

Tindakan pihak pusat ini telah menyebabkan Akmal Kamaruddin tiada tempat untuk menjadi calon PRU13 kerana telah ditetapkan Nazri Din sebagai calon DUN Kubu Gajah dan Dr Dhari YDP Pas Perak sebagai calon DUN Selama. 

Akmal Kamaruddin pun mengadap bapa mertuanya merayu untuk menjadi calon kerana katanya dia pasti menang dan teringin sangat2 menjadi YB. Oleh kerana itu, bapa mertuanya telah mengarahkan PAS Larut agar meletakkan anaknya sebagai calon dimana-mana kerusi didalam Parlimen Larut. PAS Larut pening. Nak buang Nazri Din tak boleh. Nazri Din dianggap seorang yang hebat kerana kalah tipis masa PRU12 lalu ditangan Dato’ Seri Raja Ahmad di DUN Kubu Gajah dan dijangka akan menang pada PRU13 ini. Akhirnya PAS Larut mengambil keputusan menggugukan Dr Dhari yang pada PRU12 lepas kalah dalam perebutan kerusi Parlimen Larut menentang Dato’ Hamzah Zainuddin. Rekod Dr Dhari juga tak bagus sebab sebelum ini kalah di DUN Selama kepada Dato’ Mohamad Daud pada PRU11. 

Keputusan diambil, Akmal diletakkan sebagai calon di DUN Selama mengambil tempat Dr Dhari. Penyokong Dr Dhari tidak bersetuju. Satu mesyuarat khas dengan ketua-ketua cawangan PAS DUN Selama diadakan. Dalam mesyuarat tersebut diadakan undian bagi memilih calon PAS bagi DUN Selama. Keputusan mesyuarat, Dr Dhari mendapat 14 undian dan Akmal Kamaruddin mendapat 9 undian. Secara mutlaknya, Dr Dhari sepatutnya dilantik sebagai calon DUN Selama. Namun begitu atas desakan Haji Hadi, PAS Pusat telah meletakkan Akmal Kamaruddin sebagai calon DUN Selama, menentang keputusan mesyuarat yang telah diadakan.

Kerana hal inilah, 14 cawangan PAS DUN Selama yang menyokong Dr Dhari telah mengumumkan keluar dari PAS dan meyokong BN. Mereka digelar ‘Kumpulan 14’.

Rintitan ini mengesahkan:
1. PAS parti anak beranak.
2. Akmal Kamaruddin gila kuasa
3. PAS memang mengamaklan Bai'ah cerai isteri talak 3
4. Berlaku perebutan kuasa dalam PAS
5. Akmal sebenarnya kaki tipu.
6. Akmal bukan anak jati Selama. 
7. Pemimpian PAS kuar merajuk (contoh Fauzi Shaari)
8. Fauzi Shaari ada salahguna kuasa semasa menjadi Polis
9. Berlaku perpecahan yang besar dalam PAS Larut.
10. Banyak lagi.......

http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/12/krisis-pas-larut-semakin-kritikal.html

http://taipingcentral.blogspot.com/2012/12/menantu-hadi-awang-di-tolak-jadi-calon.html

http://brojinggo.blogspot.com/2013/01/mahligai-mewah-pemuda-pas-larut-desak.html

http://taipingmali.blogspot.com/2013/04/kenali-calon-pas-dun-selama-perak-ustaz.html

http://taipingmali.blogspot.com/2012/12/pas-larut-bergelora-dalam-isu-calon.html

http://cikgulin57.blogspot.com/2012/12/bekas-pengarah-jabatan-siasatan-jenayah.html?spref=fb
 — 

No comments:

Post a Comment