Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara Datuk Kapt (B) Ab Karim Sulaiman hari ini menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

   
Ab Karim, 65, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Melaka membuat keputusan itu atas faktor kesihatan dan telah menghantar surat rasmi kepada Pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada sebelah tengah hari.
   
Sehubungan itu, Mohd Ali ketika ditemui di kediamannya di Seri Bendahara di sini mengumumkan pesara guru, Md Rawi Mahmud, 60, yang juga anggota jawatankuasa Umno Bahagian Masjid Tanah menggantikan tempat Ab Karim selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
"Surat tauliah akan diperolehi petang ini...beliau (Md Rawi) dikenali oleh pengundi di Masjid Tanah," katanya.
   
Pada PRU12, Ab Karim mengalahkan calon Pas Imran Abdul Halim dengan majoriti 3,383 undi.

TAHNIAH ... SATU DALAM 100,000