Monday 22 April 2013

LAPORAN OLEH ABN NEWS BERSAMA CALON BN N39 BOTA, DATO' NASARUDIN HASHIM SEMALAM



PETIKAN DARIABN News (Klik Di sini)




EKSKLUSIF : Drama 10 hari 2009, strategi Nasa untuk BN

Datuk Nasaruddin yakin penduduk Bota masih bersama beliau dalam Pilihanraya Umum kali ini
Datuk Nasaruddin yakin penduduk Bota masih bersama beliau dalam Pilihanraya Umum kali ini




    Gambar oleh: Mohd Nor Syafiq Safian
    Oleh Azizul Osman (azizul@abnxcess.com)
    BOTA—Penyandang kerusi N39 Dun Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang mencetuskan kontroversi pada 2009 berkata bahawa “tragedi 2009” adalah strategi beliau agar BN melakukan perubahan drastik demi kepentingan parti itu.
    Nasaruddin berkata sesuatu harus dilakukan bagi memberi isyarat kepada pucuk pimpinan yang sudah tiba masanya BN menjalani perubahan kearah yang lebih baik.
    “Apa yang berlaku dalam episode 10 hari itu adalah satu strategi saya supaya BN ini membuat perubahan drastik untuk meyakinkan rakyat bahawa BN ini benar-benar parti yang menjaga kepentingan rakyat disamping Umno itu sendiri parti yang membuat perubahan drastik supaya parti ini disukai oleh generasi muda.”
    Tindakan Nasaruddin keluar BN dan menyertai PKR adalah strategi beliau untuk pucuk pimpinan BN kukuhkan parti
    Tindakan Nasaruddin keluar BN dan menyertai PKR adalah strategi beliau untuk pucuk pimpinan BN kukuhkan parti
    Pada 25 Januari 2009, Nasarudin menyatakan beliau meninggalkan BN dan menyertai PKR dan kembali menyertai BN setelah 11 hari menyertai parti diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    Tindakan beliau nyata berbaloi apabila Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan perubahan yang drastik baru-baru ini apabila menyenaraikan calon muka-muka baru dalam PRU13 akan datang.
    Untuk Pilihanraya Umum 13 (PRU13) kali ini, beliau selaku calon BN akan memfokuskan kepada pembangunan ekonomi dan pendidikan bagi melestarikan penduduk di kawasan ini supaya selari dengan pembangunan ekonomi negara.
    Antaranya menjadikan Bandar Seri Iskandar sebagai hub pendidikan dengan adanya dua  institut pendidikan iaitu Universiti Teknologi Mara dan Universiti Teknologi Petronas.
    Ditanya mengenai sokongan penduduk Bota ke atas beliau, jelas Nasaruddin beliau percaya bahawa masyarakat kini jelas dengan tindakan beliau dan akan terus memberikan sokongan untuk terus menerajui DUN Bota.
    “InsyaAllah dengan sokongan padu penduduk Dun Bota dan lebih2 lagi penyokong BN saya mempunyai keyakinan pengundi-pengundi di kawasan Bota akan terus memberikan sokongan kepada calon BN kerana mereka sangat yakin kemampuan BN untuk memerintah negara ini samada di peringkat nasional mahupun negeri,” katanya.
    Nasaruddin ditemui ABN News dalam kempen pilihanraya sempena lawatan ke bilik gerakan BN di Lambor Kanan dan cawangan Kampung Pendiat semalam.

    LAPORAN : BNPC




    No comments:

    Post a Comment