Wednesday 17 April 2013

DONG ZONG TELAH MELAHIRKAN APA MASYARAKAT KAUM CINA MAHU DARI NAJIB SEBELUM MENGUNDI BN DI PRU 13?



Sebagai tanda terima kasih kepada Najib, PERTAMA KALINYA SEORANG PERDANA MENTERI dijemput ke majlis seumpama ini. Kemungkinan membenarkan Universiti Xiamen membuka cawangannya di Malaysia membuatkan SOKONGAN MASYARAKAT TERPELAJAR CINA memberi ruang kepada Najib selaku PM dan juga selaku Pengerusi BN.


Persoalannya :-
1.   Adakah ini HANYA SANDIWARA?
2.   Jika BUKA
N SANDIWARA, kita mahu lihat SOKONGAN MASYARAKAT CINA khasnya DONG ZONG MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA BN DI PRU 13 INI.

 

 Masyarakat Cina Nyatakan Sokongan Pada PM Di Majlis Dong Zong

pm2

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad melakar sejarah menjadi perdana menteri pertama menghadiri aktiviti anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sejak 59 tahun penubuhan persatuan itu. Kehadiran Najib pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong di sini pada kira-kira pukul 9.45 pagi disambut Pengerusi Dong Zong Dr Yap Sin Tian serta wakil-wakil persatuan lain.
Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.Perdana Menteri turut menyertai acara "Lao Shang" dan menulis kaligrafi yang membawa makna "menyambut tahun baharu bersama-sama".

PM in Kajang CNY

Acara kaligrafi berkenaan juga disertai Dr Yap, Timbalan Pengerusi Dong Zong Chow Siew Hon, Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) Ong Chiow Chuen dan Pengerusi Merdeka University Berhad Foo Wan Thot.Najib bersama tetamu kemudiannya menikmati hidangan sambil dihiburkan dengan persembahan pentas.

Lebih 5,000 tetamu turut hadir pada majlis itu dan mereka dihiburkan dengan persembahan tarian singa, persembahan muzik dan nyanyian tradisional Tionghua.Orang ramai rata-rata teruja dengan kehadiran perdana menteri serta tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu semasa beliau hendak meninggalkan majlis kira-kira pukul 10.30 pagi.

Majlis tersebut dianjurkan bersama Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Merdeka University Berhad, Persekutuan Persatuan-Persatuan Tiong Hua daerah Hulu Langat, Dong Jioa Zong Higher Learning Center, Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina setiap negeri dan Kolej New Era.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Dong Zong Chow Siew Hon ketika ditemui pemberita berkata kehadiran perdana menteri memberi satu permulaan baik kepada penambahbaikan sekolah aliran Cina.

"Jelas kelihatan keikhlasan perdana menteri ketika hadir pada majlis hari ini dan kami gembira dengan kehadiran beliau," katanya

Universiti Xiamen buka cawangan luar negara pertama di Malaysia

2013/01/21
SEPANG: Malaysia dipilih sebagai venue pertama bagi kampus cawangan luar negara Universiti Xiamen pada 2015.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kampus cawangan itu akan dibina di tanah seluas 60.72 hektar di Salak Tinggi, dekat sini dan dijangka beroperasi pada September 2015.

“Kerajaan Malaysia sudah memberi kelulusan secara prinsipnya kepada Universiti Xiamen untuk menubuhkan cawangan kampus luar negaranya yang pertama di sini.


"Jemputan ini begitu bersejarah kerana inilah kali pertama kerajaan China membenarkan sebuah universitinya menubuhkan kampus di luar negara,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan 30 minit dengan Presiden Universiti Xiamen, Prof Zhu Chongshi dengan anggota delegasinya seramai 20 orang di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini. 


Najib juga menyaksikan majlis penyerahan surat jemputan daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Zhu. Hadir sama Duta Khas Perdana Menteri ke China merangkap Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China, Tan Sri Ong Ka Ting


 SEKIAN, TERIMA KASIH

 

No comments:

Post a Comment