Monday 29 April 2013

CALON PARLIMEN P74 LUMUT PAKATAN PEMBANGKANG KALAH BERTANDING .....





Inilah yang berlaku ke atas Laksamana (B) Imran Abdul Hamid apabila dia tewas dalam perebutan jawatan Naib Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Manjung.
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kerusi Parlimen Lumut itu tewas kepada pemimpin Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Sitiawan, Tajul Ashikin Tajol yang merupakan pesara TLDM.

Imran, bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, hanya mendapat 21 undi atau tidak sampai suku daripada jumlah 100 perwakilan yang mengundi dalam pemilihan yang berlangsung hari ini.

Sumber persatuan itu memberitahu, tindakan Imran untuk merebut jawatan dalam persatuan tersebut adalah mengejutkan kerana beliau sedang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sementara itu, jawatan pengerusi persatuan tersebut dimenangi oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Ahmad Zamri Shamsuddin.

Pada PRU-13, Imran berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Kong Cho Ha yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Lumut

No comments:

Post a Comment