Friday 22 March 2013

APA JADI DENGAN "UMB" PERAK SELEPAS DILANCARKAN . TAKKAN NAK SURUH YAB MB OPERASIKAN SENDIRI KOT?



Tun Faisal Ismail Aziz adalah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan 
Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.\



LAMAN WEB PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PERAK
MASIH BERFUNGSI
(UMNO BAHAGIAN BAGAIMANA?)


Alangkah sedihnya apabila didapati BAHAN YANG BEGITU BERGUNA ini dibiarkan begitu sahaja oleh Pihak Yang Berkenan.

Adakah kerana terlalu sibuk atau sengaja menyibukkan diri hingga TAK MAMPU UNTUK MENGURUSKANNYA?.

Susah bebenor ker ... 

Lejangkan aje GAMBOR AKTIVITI UMNO/BN  di bahagian masing-masing tu.


Kalau 1 minggu 10 paparan darab 50 minggu , setiap Bahagian ada 500 paparan aktiviti.

Bahagian UMNO ada 24, jadi 500 X 24 = 12,000 paparan di seluruh negeri Perak (tak termasuk Perhubungan Negeri). Bukan ker banyak tu?

Berikut di bawah ini, dipaparkan semula petikan pelancaran semasa mewujudkannya.


Pelancaran Laman Web Umno Perak dan 24 Blog Bahagian

mediabaru4Bertempat di dewan kediaman rasmi Menteri Besar Perak yang Sah telah berlangsung satu majlis yang penuh bermakna buat blogger Perak dan juga Umno Perak. Majlis yang ringkas dan sederhana tetapi penuh bermakna buat rakyat Perak khususnya Umno.

Peserta seminar dan jemputan yang hadir ialah Ketua-Ketua Bahagian Umno Bahagian untuk menerima kata laluan laman web bahagian, selain dari itu sekretariat unit media baru bahagia dan 30 bloggers yang dijemput khas untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut.

Dua kertas kerja telah dibentangkan oleh Yang Berbahagia Bekas Adun dan Exco Merbuk Kedah Dato Rosnah Majid yang juga merupakan bekas editor Utusan Malaysia dan kertas kerja yang kedua di bentangkan oleh tak lain dan tak bukan Dato A Kadir Jasin yang merupakan seorang blogger yang menghadapi kes saman dari pihak Pakatan Rakyat.

Lewat malam bloggers yang establish mengadakan sesi meja bulat bersama MB di kediaman rasminya. Suasanamadiabaru3 berjalan penuh mesra sambil menikmati juadah dan minuman teh tarik sebagai supper.

Dr Zamry berkongsi banyak isu-isu semasa dan soalan-soalan yang dilontar oleh bloggger mengalahkan wartawan. Antaranya ialah isu Zamry vs Nizar yang mana umum mengetahu pihak Pas telah mewar-warkan kemenangan 4-1 berpihak kepada Nizar. Ini adalah satu perbuatan yang menghina kredibiliti Hakim dan Mahkamah.

Isu yang lain ialah isu peladan limau tambun. Bila Dr Zamry meluluskan pajakan tanah selama 99 tahun, Nizar pula menyatakan jika dia jadi MB semula dia boleh bagi hak milik kekal. Bagaimana pun ia ditolak mereka denagan .menempelak Nizar kenapa dulu tak bagi.

mediabaru1Yang paling ekskusif ialah bila Dr Zamry mengakui yang beliau telah di tawarkan jawatan MB lebih awal lagi jika menyertai PKR selepas PRU 12. Anwar berharap dapat menguasai kerusi MB melalui Dr Zamry. Ini kerana Undang-undang tubuh negeri Perak tidak membenarkan bukan Melayu memegang jawatan tersebut.

Anwar tidak mahu jawatan tersebut terlepas kepada Pas, bagaimana Anwar kecewa kerana Dr Zamry menolak pelawaan Anwar.

Walaupun sehari suntuk dengan program dan tugas rasmi beliau dari pagi sehingga lewat malam , namum beliau masih mampu untuk meraikan bloggers yang datang dari jauh dengan suasana penuh ceria dan penuh mesra sehinggakan kami terlupa bahawa kami sedang berdepan dengan seorang Ketua Negeri bergelar Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato Seri dan semua tenaga kerja UMNO yang telah berjaya menjalankan program tersebut.





OPERASIKANLAH SEMULA.

HUBAYA-HUBAYA





3 comments: