Thursday 30 August 2012

SIAPA NAK TOLONG KIRA ..... 1 BILLION USD UNTUK APPLE DARI SAMSUNG UNTUK BAYARAN SAMAN






30 BUAH LORI TELAH DIHANTAR OLEH SAMSUNG


Padan muka ..... SIAPA TIRU SIAPA?
Bila mahkamah memutuskan SAMSUNG yang bersalah disebabkan APPLE TELAH MEMPATERNKANNYA .... satu tindakan PADAN MUKA telah dilakukan oleh SAMSUNG.


Kesimpulannya .... JANGAN INGAT ORANG LAIN TAK TAU BAGAIMANA NAK BALAS DENDAM ....

HUBAYA-HUBAYA

Sunday 26 August 2012

MCA TAK SYOK SENDIRI KETIKA MENGHADAPAI PRU 13 NANTI ..... BAGAIMANA KOMPONEN YANG LAIN?



Sebelum ini, terdapat kawasan Pilihanraya yang majoritinya Kaum Melayu diserahkan kepada Parti Komponen bukan UMNO berdasarkan PERSEFAHAMAN DALAM BN.

Kesannya, di PRU 12 (2008) telah menyebabkan berlakunya KEKALAHAN TERUK di kawasan berkaitan.

Hari ini, Presiden MCA telah mengingatkan kepada MCA dan juga PARTI KOMPONEN yang lain "AGAR JANGAN SYOK SENDIRI" dalam ertikata lain ... BERPIJAKLAH DI ATAS KENYATAAN.


Kenyataan Presiden MCA ... KLIK DI SINI

Jadi, diharapkan .... di PRU 13 ini kita akan agar PARA PEMIMPIN PARTI KOMPONEN berfikir beberapa kali agar MEMPASTI KEMENANGAN .... BUKANNYA SEKADAR HANYA NAK BERTANDING SAHAJA DEMI MENJAGA MARUAH PARTI TANPA MEMIKIRKAN KEMENANGAN BN.

Apakata Presiden Gerakan dan MIC?





Wednesday 22 August 2012

ANAK BELANDA DI PULAU PANGKOR DILARIKAN ORANG ..... BUKANNYA DIBAHAM HARIMAU


Belanda cuba menutup cerita sebenar .... menyatakanbahawa "ANAKNYA DIBAHAM HARIMAU".
Batu Bersurat Belanda di Pulau Pangkor menyatakan bahawa .... ANAKNYA DIBAHAM HARIMAU, akan tetapi ... menurut CERITA LISAN Penduduk di Tepi Sg Perak .... ANAKNYA DILARIKAN OLEH ORANG MANONG.

Jadi, jika sekiranya terdapat Penduduk-penduduk Manong yang mempunyai IRAS-IRAS BELANDA .... itulah dia keturunannya 


BATUBERSURAT 03


batu bersurat


BATUBERSURAT 02

PETIKAN CATATAN 


Batu Bersurat terletak di Kampung Teluk Gedung, Pulau Pangkor iaitu berhampiran dengan kawasan perumahan nelayan di tepi pantai dan berhadapan dengan Kota Belanda.

Lakaran yang diukir pada permukaan Batu Bersurat tersebut ialah berbentuk seekor harimau yang sedang menyerang sesuatu (dipercayai seorang budak lelaki) dan terdapat dua bulatan berbentuk daun dan perkataanperkataan Belanda serta Inggeris iaitu ‘If Carlo 1743’ dan lambang VOC (Veerenigde Oostindische Compagnie) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda. Tahun yang tercatat dikatakan sebagai tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor selepas diusir oleh penduduk tempatan yang diketuai oleh Panglima Kulup pada sekitar tahun 1690an.

Batu Bersurat tersebut dikatakan menceritakan perihal anak kepada pembesar Belanda yang telah hilang dan dipercayai telah dibaham oleh seekor harimau. Walaubagaimanapun, menurut penduduk tempatan, kisah ini merupakan rekaan semata-mata oleh orang Belanda untuk menutup malu kerana sebenarnya anak pembesar Belanda tersebut telah dilarikan oleh lanun.



Wallahualam.

Thursday 16 August 2012

PERANAN SYIAH DI BUMI SYRIA .... BAGAIMANA PULA PERANAN MEREKA DI MALAYSIA?



IRAN adalah sebuah Negara Islam yang berfahaman SYIAH diberitakan telah menghantar "ANGKATAN"nya ke Bumi Syria. Apa akan berlaku nanti?

KEKEJAMAN DI SYRIA
OLEH GOLONGAN MINORITI INI

APA PERANAN IRAN TERHADAP SYRIA
DAN
SIAPAKAH YANG MENGIKTIRAF
"PEMIMPIN SYRIA"
YANG MEWAKILI 8% SAHAJA

IRAQ juga diperintah oleh Golongan Ini dan rata-rata kita mendengar RINTIHAN UMAT ISLAM yang TIDAK SEALIRAN dengan mereka.

Jadi, kehadiran GOLONGAN INI ke Syria saya menjangkan .... mereka AKAN MERATAH umat islam yang tak sealiran dengan mereka.

INILAH SEBAHAGIAN DARI ASASNYA





Salah seorang dari Penyokongnya 
di Malaysia adalah
KLIK DI SINI


ADAKAH GOLONGAN MINORITI INI
CUBA MELEBARKAN SAYAPNYA
DI MALAYSIA
MELALUI PENGIKUTNYA
YANG DIKATAKAN SEDANG MENYELINAP
DI DALAM 'PAKATAN PEMBANGKANG"?


WALLAHHUALAM


Thursday 9 August 2012

IKAN MASAK STEAM


 















Seekor ikan siakap ( saiz sederhana)
Bawang Merah 3-4 biji
Bawang Putih - 3-4 biji
Halia Muda - 2-3 inci
Limau Nipis - 2 biji

Chili Merah - 2 biji
Cabai Melaka - ikut rasa

Bunga Kubis
Lobak Merah
Capsicum(Bell Pepper)
Cendawan Segar

Garam ikut rasa
Gula ikut rasa

1. Ikan di cuci dan di toskan .Letakkan dalam satu bekas yang tahan panas. Ambil sedikit garam dan gula kemudian digaulkan dengan ikan. biar seketika.

2. Bawang merah , bawang putih dan halia muda dimayang halus kemudian di taburkan di atas ikan tadi.

3. Potong limau nipis tadi dan perahkan di atas ikan sambil mengaulkan bahan-bahan hirisan. Kalau anda suka masam, anda boleh menambah lagi air perahan limai tadi.

4. Chili merah dan cabai melaka boleh ditambahkan keatas ikan tadi mengikut tahap kepedasan yang anda mampu

5. Bunga kobis, lobak merah , cendawan dan capsicum bolehlah dipotong kecil dan diletakkan di sekeliling ikan tadi.

6. Taburkan garam gula secukup rasa.

7. Sekarang ikan anda sudah siap untuk di kukus. Bagi yang ada periuk pengukus, itu tidak menjadi masalah. tetapi bagi yang tiada pengukus boleh mencuba teknik ini.

- carikan satu periuk yang lebih besar dari bekas ikan kita tadi
- dapatkan 4-5 biji ubi kentang(basuh dan masukkan kedalam periuk tadi.
- tuang sedikit air agar menutupi ubi tadi
- letakkan bekas ikan anda ke dalam periuk
-tutup periuk

8. Kukus ikan anda selama 25 minit

Selamat Mencuba. 



Tuesday 7 August 2012

NAK DUIT KER SEBELUM HARI RAYA INI .... CEPAT JANGAN TERLAMBAT.




PALING MINIMA RM500.00


Kalau anda Kakitangan Kerajaan atau Pesara Kerajaan tak kira ANDA PENYOKONG BN ATAU PEMBANGKANG TEGAR ... JIKA INGIN DUIT HARIRAYA .... IKUTILAH LANGKAH-LANGKAH INI ...

1.   Tunggu tarikh 9 Ogos 2012
2.   Pergi ke mana-mana bank berdekatan.
3.   Terus ke ATM dan beratur (jika ramai)
4.   Masukkan KAD ATM anda.
5.   Keluarkanlah BONUS ANDA.

Anda tak perlu BERTERIMA KASIH atau BERSYUKUR .... kerana ANDA MEMANG BERPERANGAI BEGITU (SEBAHAGIANNYA DAH JADI TOBIAT) 
.... akan tetapi .... 
JIKA ANDA BERTERIMA KASIH DAN BERSYUKUR .... ALANGKAH INDAHNYA.

ITULAH DUIT YANG SAYA MAKSUDKAN

Sekian .... bagi yang BUKAN KAKITANGAN KERAJAAN .... INSYA ALLAH ANDA AKAN MENERIMA BAHAGIAN YANG LAIN.

TUNGGULAH

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA.




DAPATKAN SOALAN UPSR SETIAP NEGERI DI SINI SEBAGAI LANGKAH TERAKHIR UNTUK ANAK DIDIK ANDA. SHAREKAN DI FB ANDA




Labun Cikgulin (BN Perak Cemerlang)
GAMBAR KENANGAN
KETIKA MENJADI GURU BESAR

Beberapa minggu lagi .... anak-anak didik kita akan menghadapi UPSR. Bagi saya .... 5 anak-anak saya suami isteri telah pun menempuhnya dan Alhamdulillah ..... itu yang mereka mampu.

No 1 : 4A (Belum wujud Sains)

- Sekolah Menengah Sains
No 2 : 5A (Kelas Lompat)
- Sekolah Menengah Harian
No 3 : 4A1B (Sains) (Kelas Lompat)

- Sekolah Menengah Harian
No 4 : 5A
- Sekolah Menengah Harian
No 5 : 4A1B (Sains)
- Sekolah Menengah harian

Hari ini .... saya ingin berkongsi maklumat yang diperolehi dari Rakan PPD Manjung iaitu  SOALAN UPSR NEGERI SELURUH SEMENANJUNG (ada yang menyeluruh dan ada yang tidak menyeluruh SUBJEKnya).

Gunakanlah sebaik mungkin .... dan tumpukan kepada SUBJEK YANG MENJERAT ANAK DIDIK ANDA.

Selamat Berusaha dan Semoga Berjaya.
Insya Allah.


KONGSIKAN/SHAREKAN SOALAN INI  DENGAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN.

TERIMA KASIH 
EN ZAZALY RAMLI


Sunday 5 August 2012

PENUBUHAN SK FELCRA NASARUDIN .... NAMA AKU DAN PENCETUSNYA TAK TERCATAT LANGSUNG?



ASRAMA PESERTA FELCRA BELIA 
YANG DJADIKAN SEKOLAH

Mungkin kerana aku hanya seorang MARHAIN di mana namaku LANGSUNG TAK TERCATAT tetapi kenapa pula nama Pengarah Pendidikan Perak yang meluluskannya JUGA TAK TERCATAT LANGSUNG?.

Biarlah aku ceritakan kisah ASAL PENUBUHANnya .....

Aku dilantik sebagai Guru Besar pada Tahun 1989 (di antara yang paling muda di Perak Tengah masa itu) dan ditempatkan di SK Suak Padi (Perkampungan Orang Asli) yang jaraknya hanya beberapa km dari Petempatan FELCRA NASARUDIN dan Cikgu Ismail Hasbollah (Mantan ADUN Bota adalah Guru Besar Tok Paduka Raja, Tlk Sareh) .


SK SUAK PADI (SEKARANG)
TEBING TANAH YANG AKU TAMBAK DI AWAL 1990AN
DIJADIKAN TEMPAT LETAK KERETA

PADANG BOLA SK SUAK PADI
(AKU TANAM RUMPUTNYA HANYA MENGGUNAKAN TAHI LEMBU SAHAJA)

Disebabkan ketiadaan sekolah ..... ibubapa di sini terpaksa menempatkan anak-anak mereka ke SK Bota Kanan (jaraknya lebih 10km) dan SK Padang Changkat (jaraknya lebih 5km dan melalui sekolah aku). 

Masa aku di sekolah berkenaan ... aku telah membawa sekolah itu SEBAGAIMANA SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN LAIN. Keadaan ini rupanya diperhatikan oleh Peserta FELCRA dan Pekerja Kilang Sawit di situ hingga aku dikunjungi oleh beberapa orang penjaga murid (ramai anak) yang ingin menukarkan anaknya ke sekolah aku (SK Suak Padi) disebabkan tak mampu nak menghantar anak mereka disebabkan terlalu jauh.

Disebabkan sekolah KEKURANGAN BILIK DARJAH dan KETIADAAN KEMUDAHAN AIR DAN ELEKTRIK aku telah berjanji untuk cuba menyelesaikan maslah mereka.

Kebetulan di masa itu, Pengarah Pendidikan  Perak adalah Dato' Hj Ghazali Uda Umar yang merupakan Penduduk Tempatan (Bota Kanan) .... lalu aku memohon .... di antara permohonan aku :-
1.   Penubuhan SK FELCRA Nasarudin (Cawangan SK Bota Kanan)
2.   Asrama SMK Lambor Kiri (bangunan banyak .... tapi pelajar tak ramai).

Hasilnya .... kedua-kedua permohonan aku dipertimbangkan dan DILULUSKAN. Pada hari pertama sekolah itu dibuka .... AKU, DATO' GHAZALI UDA UMAR, CIKGU SYED MUSTAR DAN TN HJ MUBIN HARUN (MANTAN PPD PERAK TENGAH) ke sekolah berkenaan dan seterusnya ke sekolah aku selepas itu.

Teringat aku apabila mereka masuk ke kelas Tahun 1 di sekolah aku ....
"BANGUN" kata PPD ..... seorang pun tak bangun.
"KUS" kata Cikgu Zulkifli Ali ... sederap mereka bangun ..... aku tersenyum sahaja .... TAPI Mantan Pengarah Pendidikan Perak (Dato' Hj Ghazali Uda Umar) tergelak besar ..... rupa-rupanya dia teringat zaman silamnya dimana beliau juga pernah mengajar di sekolah ini sebelum menjejakkan kaki ke universiti.

SEJARAH YANG DICATAT OLEH PIHAK SEKOLAH .... KLIK DI SINI

SK FELCRA NASARUDIDIN (SEKARANG)


Sekarang aku hanya sebagai PK Kokurikulum sahaja ..... JANGAN DITANYA KENAPA (SENSITIF).


SEKIAN



DINASIHATKAN KEPADA PENGURUSAN FELCRA BERHAD.... JANGAN PINGGIRKAN PENDUDUK TEMPATAN.



YB PARLIMEN PARIT 
DAN
YB PARLIMEN PASIR SALAK MRKP PENGERUSI FELCRA BERHAD

Semasa Perak dinasihati oleh Inggeris (sebelum Merdeka), satu percubaan British untuk MEMILIKI TANAH DI MUKIM BOTA DAN LAMBOR di Daerah Kecil Parit telah ditentang oleh penduduk tempatan yang diketuai oleh Allahyarham Nasarudin Rais dan Al Marhum Sir Raja Chulan di mana Allahyarham meninggal dunia (kapal terbang terhempas) ketika ke GOA, INDIA untuk berjumpa dengan Gabenor di sana. Jalan raya telah dibina hingga ke pinggir tanah berkenaan dan sebuah Padang Kapal Terbang (12 penumpang) telah di bina di Lambor bagi tujuan PEMILIKAN.


Sebagai mengenang jasa ... kawasan berkenaan dinamakan FELCRA NASARUDIN.

Juga, di tahun 1970an, satu lagi kejadian di mana KERAJAAN NEGERI ingin memberikan kepada FELCRA untuk dimajukan telah mendapat tentangan dari Arwah En. Sabran Munir dan Allahyarham Ayahandaku .... TETAPI GAGAL .... terserahkan RIBUAN EKAR TANAH DI MUKIM BOTA DAN LAMBOR KEPADA FELCRA.

ALLAHYARHAM AYAHANDAKU
SELAKU KETUA UMNO CAWANGAN BATU 16, LAMBOR KANAN
(GAMBAR HIASAN)

ALLAHYARHAM EN SABRAN MUNIR
KETUA UMNO CAWANGAN TLK BAKONG



Masa itulah Allahyarham Dato' Asri selaku Menteri Tanah memasukkan PESERTA PILIHAN MEREKA yang rata-rata PENYOKONG PAS. Selepas itu, apabila PAS keluar dari Barisan Nasional .... Daerah Mengundi (Jalan Tronoh) terkenal dengan KAWASAN PEMBANGKANG.

Tak selesai di situ sahaja ... semasa Pemerintahan Mantan Tan Seri Ramli Ngah Talib menjadi MB Perak .... kemasukan Peserta dari BUKAN BOTA DAN LAMBOR tak dapat dielakkan.

Bukan itu sahaja .... tanah FELCRA yang tiada berpenghuni .... hasilnya dijadikan LADANG RAKYAT di mana pernah bersusun-susun bas dari LUAR BOTA DAN LAMBOR mengambil dividen di Dewan SMDARY yang kebanyakannya dari dari kawasan Parlimen Pasir Salak (PRU 1995). Ada juga "MAMI JARUM" yang datang menerima dividen dalam Projek Rakyat Termiskin berkenaan.

Baru-baru ini, aku mendapat satu PANGGILAN TELEFON .... memberitahu bahawa ... PENGURUSAN FELCRA AKAN MEMASUKKAN PESERTA LAGI UNTUK PERINGKAT YANG BELUM ADA PESERTA.

Aku takut .... sejarah akan berulang ... di mana dalam RATUSAN PESERTA YANG DIMASUKKAN ..... HANYA ADA DUA (2) ORANG SAHAJA PESERTA DARI MUKIM BOTA DAN LAMBOR .... LAINNYA DARI LUAR TERUTAMA DARI PASIR SALAK  DAN LARUT.

Jadi, saya ingin menasihatkan kepada KERAJAAN NEGERI DAN PENGURUSAN FELCRA ..... AGAR 
1.   HORMATILAH TUAN TANAH
2.   JANGAN UTAMAKAN KRONI SAHAJA TANPA PERLU MEMIKIRKAN KESANNYA TERHADAP PENDUDUK TEMPATAN.

Aku teringat di masa PEMBUKAAN TANAH DI FELCRA SEBERANG PERAK .... di mana masa itu ayahandaku cuba memasukkan beberapa penduduk dari Parlimen Parit sebagai peserta TETAPI DITOLAK DENGAN ALASAN .... 
1.  HANYA UNTUK PESERTA KAWASAN PASIR SALAK SAHAJA dan
2.  PESERTA DARI KAWASAN BENDANG (UTARA PERAK) UNTUK DIJADIKAN "GURU".

....... meloponglah Penduduk Parlimen Parit yang berhajat nak jadi peserta walaupun berjiran. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku apabila memasukkan peserta di FELCRA NASARUDDIN di mana ORANG LUAR dimasukkan .... melopong lagi penduduk tempatan.

Jadi .... kalau BERITA INI BENAR .... JANGANLAH BERI PENDUDUK MUKIM BOTA DAN LAMBOR "MELOPONG" BUAT KE SEKIAN KALINYA dan JANGANLAH ANGGAP PENDUDUK TEMPATAN DI SINI "BINGUNG" ATAU DIBINGUNGKAN SEBAGAIMANA "SEJARAH PAK KADUK" .... DI MANA BELIAU MENYERAHKAN TANAHNYA TETAPI "DIDONGENGKAN" SEBEGITU RUPA SELEPAS ITU.

Juga, saya syorkan juga agar PEGURUSAN FELCRA menyemak kembali PRESTASI PESERTA RAKYAT TERMISKIN yang dipilih ..... RELEVAN ker lagi?

Wallahhualam.

J

Saturday 4 August 2012

UNIFORM KAMI HANYA "T-SHIRT YANG DAH LUSOH", TIDAK MELUNTURKAN "JATIDIRI" KAMI, INSYA ALLAH


INILAH SATU-SATUNYA T-SHIRT 
YANG SERING AKU PAKAI KE SANA KE MARI
KERANA INI SAJA YANG ADA "SEBAGAI UNIFORM"


Beberapa minggu yang lalu, entah macamm mana aku telah memberanikan mulutku mengeluarkan "KELUHAN HATIKU" kepada SAHABATKU dan selang beberapa hari selepas itu  ......
"Ada lebih ker selindang tu. Kalau ada bagi satu pada Cikgu ni untuk isterinya" arah sahabatku. Mereka pun mengambil dan memberikan kepadaku.Itulah kali pertama aku menerima cenderahati untuk kuberikan kepada isteriku. Apabila sampai di rumah aku berikan kepada isteriku.

"Dah hampir 30 tahun kita kahwin .... inilah pertama kali yer" katanya kepadaku.
"Tadi Si Polan bagi" jawabku pendek.

Itulah kenyataannya ..... kadang-kadang aku tak tau nak pakai apa apabila ada jemputan berkaitan dengan politik/parti sebabnya .... aku sememangnya tak mempunyai sehelai "UNIFORM" pun sebagaimana PARA TETAMU YANG LAIN yang aku nampak SILIH BERGANTI ..... sesuai dengan majlis/program yang dianjurkan.

Aku hanya mempunyai beberapa helai UNIFORM yang aku terpaksa gunakan apabila ke program tertentu ... kerana itu sahaja yang ada.

1.   T-Shirt Himpunan Rakan Media Sosial.
2.   T-Shirt Konvensyen Media Sosial KLCC
3.   T-Shirt Perak Cyber Troppers
4.   T-Shirt Konvensyen Media Sosial Perak

Jadi, itu sebabnya .... jika aku bergambar .... hanya itu sajalah baju yang aku selalu pakai tak sebagaimana MEREKA yang tertentu.

Aku pernah menguji .....

1. Pernah aku ke satu program yang dianjurkan oleh seorang Menteri .... aku ke sana ke mari merakam gambar dan vedio. Aku rakam gambar rakan yang menjad AJK agaknya (sebabnya .... banyak topi yang dikepitnya selain yang dipakai oleh dia dan rakan-rakannya yang lain). Aku mengharapkan DICAMPAKKAN satu topi kepadaku .... TAPI ..... seperti biasa .... berpanaslah kepalaku.

2.   Aku paparkan dalam MEDIA SOSIAL .... berkenaan dengan BAJU KOPERAT .... ramai rakan yang menjawab ....
2.1    Ramai yang TAK ADA LANGSUNG
2.2    Ramai yang SUDAH ADA tapi mahu lagi

Itulah CONTOH .... INSAN YANG SEMACAM AKU (tiada mempunya SEBARANG JAWATAN dalam Organisasi).

Jadi, saya mengharapkan ..... AGAR SEMUA AJK YANG MEMPUNYAI UNIFORM .... AGAR MENULIS NAMA DI DADA UNIFORM BERKENAAN ..... AGAR MENUNJUKKAN BAHAWA ..... UNIFORM ITU "HAK RASMI" MEREKA YANG BERJAWATAN APABILA TIBA PRU NANTI .... jangan ditanya KENAPA .... kerana ANDA YANG MEMILIKINYA .... TAKKAN FAHAM PERASAAN KAMI yang "TAK ADA UNIFORM" INI.

Mungkin ada yang menyatakan ... APA ADA PADA BAJU .... tapi ... SALAHKAN AKU MELUAHKAN KELUHAN HATIKU?

Sekian, sekadar LUAHAN sahaja.





Thursday 2 August 2012

RM500,000.00 DIAGIHKAN OLEH AHLI PARLIMEN LUMUT .... SIAPA AGAKNYA YANG TELAH TERPILIH?


Kalau kita tanya kepada Penyokong BN .....  jawapannya
Inilah  tanggungjawab kerajaan kepada Rakyat yang memerlukan bantuan.

Kalau kita tanya kepada PENERIMA .... jawapannya 
1.   Terima kasih > 50%
2    Mana cukup RM5,000 .... patutnya berilah lebih .... > 25%
3.   Patut dah lama dah .... baru sekarang dapatnya > 10%
4.   Lain-lain jawapan .... 15%

Kalau ditanya kepada PEMBANGKANG ..... jawapannya
1.   Itu duit Rakyat ,.... bukan duit BN
2.   Peruntukan PRU ..... mengabui mata rakyat
3.   Kalau Pakatan yang memerintah ... bukan setakat RM5,000 tapi lebih legi
4.   Kroni yang dapat ..... pilih kasih betul

MANA SATU YANG BETUL?

Walau bagaimana pun ..... TQ Dato' Seri YB Kong Cho Ha dan kepimpinan BN Lumut kerana dapat MENYERONOKKAN SEBAHAGIAN BESAR dari Rakyat yang betul-betul memerlukannya TANPA MEMILIH KAUM DAN FAHAMAN POLITIK.


Petikan dari METRO



Wednesday August 1, 2012

The needy get RM5,000 aid for house repairs

Story and photos By EDMUND NGO
edmundngo@thestar.com.my 


THIS Hari Raya will be different for 100 poor families in Lumut as their dilapidated houses are being renovated with a RM5,000 aid each from 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Whenever it rained, 77-year-old housewife Zaharah Harun used to tremble at the mere thought of having to move pails to contain the leaks at her home in Kampung Serdang, Sitiawan.
It was no easy task for someone her age.
“The leaking roof used to result in puddles of water on the floor and made it very slippery to walk on and it also damaged my furniture.
“This had been going on for the past 10 years until repairs were carried out by 1MDB contractors last month.
For the better: Saringah looking at a worker installing new zinc panels on the roof of her house in Kampung Serdang, Lumut.For the better: Saringah looking at a worker installing new zinc panels on the roof of her house in Kampung Serdang, Lumut.
“The zinc panels of my roof, which have been replaced, used to get blown away by the strong winds and the rain will just pour into my house,” she told The Star.
Hardly able to put food on the table, Zaharah said she was extremely grateful to Lumut MP Datuk Seri Kong Cho Ha for his help in applying for the aid in order to get her house repaired in time for Hari Raya.
“Most importantly, I am able to sleep peacefully now. The repairs have alleviated my suffering,” she said, holding back tears.
Her relief was shared by fellow villager, Bibi Khadijah Md Yusoff, 63, who previously had to change the linoleum flooring in her house three times due to water seepage from the front of her house until the kitchen at the back.
To make matters worse, Bibi Khadijah’s kitchen was infested by termites to the point that its beams had given way.
“Last month, a contractor from 1MDB came to replace my roof. They also broke down the kitchen wall and replaced it with zinc panels,” she said.
Widow Saringah Ismail’s house in the same village is currently being repaired.
Dilapidated: Yaacob pointing at a termite-infested beam in his house.Dilapidated: Yaacob pointing at a termite-infested beam in his house.
“The roof has been leaking from the time I was young.
“I still remember my father trying to replace the zinc roof panels from time to time.
“We never knew why it leaked until the 1MDB contractor came to check the house and told us that the problem was caused by the height of our roof, which was too low,” said the 67-year-old.
Saringah said she had given up hope on getting her house repaired after her husband died.
“Hence, I was overjoyed when I received the aid to have the repairs carried out.
“It will be a good Raya. I’m looking forward to having my children back with me in our ‘new’ home,” she said.
Looking at fellow villagers’ houses being repaired was an encouragement to pensioner Yaacob Mohd Ali, 73, to apply for the 1MDB aid.
Shiny wall: Bibi Khadijah pointing to the zinc wall which now replaces her previously crumbling wall.Shiny wall: Bibi Khadijah pointing to the zinc wall which now replaces her previously crumbling wall.
“My house has been under attack by termites for years but there was no way I could afford to pay exterminators to get rid of them.
“They have eaten through the beams and we fear our roof may collapse on us, especially during a thunderstorm,” he said.
Yaacob added that he did not replace parts of his roof that were blown away for fear that the beams would break when he nailed the zinc panels.
“Each time, I can only try to put one panel on top of each other but there are still leaks at the front portion of the house.
“My entire family is very grateful for the aid and also to Kong for his help as we could not have done it on our own,” said Yaacob, who retired early as a civil servant due to asthma and kidney disease.
“I eagerly await the repairs to be carried out and to be completed in time for Raya,” he added.

SELAMAT BERPUASA
DAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
AIDIL FITRI