Saturday 30 June 2012

KENAPA PEMIMPIN UMNO TERTENTU PERLU TAKUT NAK GUNA "PROGRAM PPSP" AKU SEBAGAI INSTRUMEN "KPI MASING-MASING"?

Assalamualaikum.


Entah ke berapa kali aku pelawa .... tapi kurang respon ... adakah :-

1.   Mereka dah ada ?
2.   Takut berubah dari SISTEM MANUAL ?
3.   Tak tau nak guna ?
4.   Takut program ini MEMAPARKAN KPI PERIBADI yang negatif ?

Jawabnya senang aje .... KERANA AKU HANYA "ORANG UMNO" .... bukannya PEMIMPIN UMNO YANG BERJAWATAN ....

TAPI .... aku tak pernah serik ...biarlah orang lain akan kata ... "HIDUNG TAK MANCUNG .... PIPI TERSORONG-SORONG" 

Ada aku kesah ....

SIAPA YANG BERHAJAT .... SILA DAPATKAN KEBENARAN DARI ... BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PERAK terlebih dahulu ...

Kerana ..... Program ini .... bukannya ... BAHAN MAINAN ... boleh diberi dengan SEWENANG-WENANGnya.

APA DIA PPSP ?

PAPARAN DAN DATA TERKINI 
DI BAWAH INI ADALAH SEKADAR CONTOH SAHAJA

N52 PANGKOR 




























SEKIAN, TERIMA KASIH


IKHLAS DARI SAYA : CIKGULIN 




Thursday 28 June 2012

PENGUMUMAN MANTAN MENTERI BESAR PERAK (1995) .... TAK PASAL-PASAL AKU TERINAYA?



Beberapa hari selepas PRU 1999 ...

Aku pelik, kenapa semua orang memandang aku semacam. Apa salah aku, sudahlah aku dihalau macam ANJING KURAP dari Majlis Jamuan Kemenangan BN PRU 1995 .... sikap kebanyakan rakanku mula berubah ... cakap yang selalunya BIASA dah berubah PERLI-PERLI yang tak tahan didengari menyebabkan aku rasa TERSISIH ... kenapa .... apa salah aku .... apa silap aku?

1.   "Bak ler sikit ..."
2.   "Takkan makan sensorang aje"
3.   "Bila lagi nak tukar kereta"
4.   Pembantu-pembantu PRU 1995 aku sering datang mengadu hal (bil-bil dan sesak). 

Itulah di antara kata-kata yang aku dengar ... itu lain dari cerita-cerita belakang. Aku kebingungan ..... dan ingin tahu apa sebenarnya yang menyebabkan mereka begitu.


Aku mula membuat penyelidikan .....

Rupa-rupanya .... Mantan Menteri Besar Perak (1995) telah membuat pengumuman semasa kunjungan Jentera PRU Parit ke Ipoh di mana Mantan telah membuat pengumuman  secara terbuka ....

TAN SERI HJ RAMLI NGAH TALIB
MANTAN MENTERI BESAR PERAK
TELAH MENGAMANAHKAN AKU
MENJADI KETUA "OPERASI GEMPUR"
KHAS UNTUK PENGUNDI CINA YANG
BERJUMLAH KIRA-KIRA 8,000 ORANG
PEMBERIANNYA HANYA RM2,500.00 SAHAJA

"Cikgu Lin tu, saya dah beri RM30,000.00 untuk menjaga Pengundi Cina di seluruh Parit"
BIASANYA DISINILAH MEREKA BERKUMPUL


Itulah lebihkurang PENGUMUMAN YANG DISAMPAIKAN KEPADAKU oleh orang yang hadir.


TERKEJUT BERUK AKU .... bila pulak aku dapat RM30,000.00 ..... 


Baru aku teringat .... ohhhhhh 


Beberapa hari sebelum Hari Mengundi, aku didatangi oleh SEORANG TERNAMA yang bergelar Dato' (selepas itu Dato' Seri) yang aku memang kenal. Masa dia datang ke Bilik Gerakan DUN Bota dia ada bertanya ....

"Nak pakai duit ker?" tanyanya pendek.

"Memang ... tadi ada Pak Ngah Lengkong datang ... dia kata MCA Bali, Nalla dan Tronoh nak guna khemah semasa Hari Mengundi. Tadi, ada Cikgu Ri (ADUN Bota 2004) dan Tan Seri Ahmad Azizuddin bagi RM200.00 seorang. Kalau boleh bagi ler mun RM200.00 lagi ... cukup le nak sewa khemah tu" jawab aku dengan ikhlas.
"Mari ikut aku" katanya sambil dia menuju ke kereta Mininya .. dibukanya beg.... FULAMAK,  
"Banyak nyer duit" bisik hatiku ... terdapat lima ikat wang kertas RM50.00 bernilai RM10,000.00 setiap ikatan.
Diambil satu ikatan .... lalu dia mengirai-ngiraikan helaian yang tersusun rapi.
"Wah! banyaknya duit" tegur Hj Shaari Lebai Awang yang kebetulan lalu di tepi kami berdua. 
"Nah ... kamu bukan orang lain dengan  aku ni" katanya sambil menyerahkan wang kepadaku. Aku ambil wang itu ... 
"Cukuplah .... tapi kenapa dia bagi banyak ini aje " bisik hatiku .... kerana yang diberi hanyalah RM200.00 sebagaimana yang aku minta.

"Lantak ler .... janji nak sewa khemah dah beres" bisik hatiku .... lalu aku berikan wang berkenaan kepada Pak Ngah Lengkong bersama Usop Umbai dan Atin Titi Gantong.

PAK NGAH ADALAH CALON DAP PRU 1978
MERUPAKAN PERANTARAAN AKU
DENGAN PENGUNDI KAUM CINA DI PRU 1995
(UMPAMA ABANG BAGIKU)

Entah berapa ribu aku dah habis ... aku tak kira masa tu BUKAN untuk belanja mereka bertiga sahaja, Ini termasuk belanja harian dan kerja-kerja lain yang aku DAHULUKAN PEMBIAYAANNYA.  "Takkan MB tak ndak ganti esok .... janji BN MENANG" kata hatiku untuk menyejukkan hati.

Setelah BN menang .... keesokan harinya, aku  terus ke Kediaman Menteri Besar untuk menghantar Laporan dan meminta mengganti kembali PEMBIAYAAN AKU.

"Ada siapa bagi duit tak?" tanyanya pendek.
"Selain dari R2,500.00 yang Dato' Seri bagi di Kg Gajah tu ... Cikgu Ismail bagi RM250.00, Cikgu Ri bagi RM200.00, Tan Seri Ahmad Azizudin bagi RM200.00 dan Cikgu Latif bagi RM200.00 .... itu aje ... Hj. Zaim dan Wan Ainon tak ada ..... " jawab aku.
"Berapa dia bagi?" potongnya ... dalam keadaan agak terkejut.
"RM200.00 .... duitnya banyak" jawabku ... aku dah mula perasan. "Adakah RM50,000.00 itu untuk aku?" kata hatiku.
"Ada apa lagi" tanyanya.
"Ada .... masa saya mewakilkan Dato' Seri berucap di Dewan Nalla malam tu, saya berjanji akan bagi Projek RM100,000.00 sebabnya UNDI di situ lebih 60% .... kena buat ler tu. Lepas, tu ...saya nak belanja deme makan .... tanda TERIMA KASIH .... " terpinga-pinga aku apabila dia terus masuk STOR di tepi tangga .... meninggalkan aku seorang diri .... tak lama dia datang kembali.
"Nah .... buat belanja" katanya.
Aku terus masuk poket dan mintak diri.

Di pertengahan jalan aku semak ... tentulah banyak .... sebabnya ... dia MB dan AMANAH YANG DIA BERIKAN KEPADA AKU DAH BERES ... BN MENANG TERMASUK sepupunya YB Ainon Khariyah Calon Parlimen Parit.
DATO' HJH AINON KHARIYAH MOHD ABAS
CALON PARLIMEN PARIT 1995
WANGNYA, RM500.00 UNTUK SAGUHATI AKU
HANYA RM100.00 DISAMPAIKAN OLEH
AZHAR ADAM (AJK BAHAGIAN SEKARANG)
SELAKU PEN. KETUA BILIK GERAKAN DUN BOTA
DI MANA AKU SETIAUSAHANYA

LAGI SEKALI AKU TERKEJUT BERUK .... kahkahkahkah ....... RM250.00 ... tak berani aku singgah ke Tronoh ... sebabnya ... Cawangan MCA saja ada 20 buah termasuk DUA Cawangan yang ahlinya SEMUA PEREMPUAN. Hingga kini aku TAK BERANI NAK SINGGAH DI TRONOH tu .... MALUUUU ..... "TAK DAPAT NAK TUNAI JANJI .... MAKAN MEE BERSAMA AJK MCA"

JADI KESIMPULANNYA .....

1.   Mantan Menteri Besar Perak (1995) tetap tidak mempercayai BAHAWA AKU HANYA MENERIMA RM200.00 dari wakilnya, kerana .... Wakilnya Dato' (lepas itu Dato' Seri) dan aku hanyalah SEORANG MARHAIN. 
Itulah sebabnya ...BELIAU SANGGUP MENGELUARKAN KENYATAAN ....  "Cikgu Lin tu, saya dah beri RM30,000.00 untuk menjaga Pengundi Cina di seluruh Parit".
- Dato' Seri berkenaan ADALAH ADUN PAS BOTA PRU 1974 dan telah meninggal dunia.

2.   Kenyataan di atas telah diterima pakai oleh Para Pendengarnya ... dan .... BOIKOT dan PERLI DIKELUARKAN oleh Rakan dan  Kenalan yang menyebabkan AKU TAK TAHAN .... LALU AKU TURUN PANGKAT (dari Guru Besar ke Penolong Kanan I) dengan tujuan BERHIJRAH KE MANJUNG hingga kini.

3.   Di Manjung, aku telah menerima Perintah Mahkamah untuk dibicarakan (8 Januari 1997) kerana HUTANG PRU 1995 (AKU TANGGUHKAN BIL BAYARAN BUKU-BUKU LEMBARAN KERJA SEKOLAH TAPI TIDAK MELIBATKAN MURID .... murid-murid semua dapat buku walau pun ada yang TAK BAYAR ... sebabnya dasar aku SEMUA MESTI ADA BUKU) tak dapat dilangsaikan .... AKU PINJAM BANK RAKYAT .... AKU BAYAR HABIS (termasuk Pesanan Kedai Buku Sekolah yang bukannya aku yang pegang akaunnya .... apa ada kisah ... untuk anak-anak bangsa) ..... SELESAILAH HUTANG PRU 1995

Sejak itu, AKU PANDAI "OVER LAPPING" apabila tiba PRU .... aku akan lakukannya .... sebabnya .... SEJARAH DAH MENGAJAR .... tapi KENAPA AKU MASIH BELUM SERIK .... HINGGA KINI termasuk PRU 2008 .... TERKENA JUGA LAGI .... (kemudian cerita).

WALLAHHUALAM



KE

KEJAMNYA, KERAJAAN BN DAH ............. KENAPA JADI BEGINI ?



Sebentar tadi tatkala aku balik dari kerja, aku melihat ramai ibubapa bersama anak-anak yang masih kecil berkumpul dengan berbagai karenah, maklum ler budak-budak.

Keluarga yang hadir itu kebanyakannya dari Kaum Tionghua sementara Kaum dan Melayu boleh dibilang dengan jari nampaknya.



Kenapa satu badan kerajaan sanggup mengumpulkan kanak-kanak dalam cuaca yang sangat terik ini. 

KEJAM BETUL.

Sepatutnya, mereka berada di rumah untuk ... berehat. Tapi kenapa berada di sini?. 

Aku bertanya kepada seorang Pegawai Kerajaan yang terlibat ..... kenapa mereka berkumpul di situ dan kenapa keluarga Tionghua lebih ramai berbanding dengan keluarga India dan Melayu?.

"Nak beri BANTUAN PRA SEKOLAH. Kalau sebulan RM60.00 ... dapatlah keluarga tu RM600.00 sebabnya KERAJAAN TANGGUNG 10 BULAN SAHAJA" jawabnya.

"Kenapa tak berapa seimbang ..... ke mana perginya Kaum Melayu?" tanya ku lagi.

"Itulah .... saya dah beri penerangan dan ada yang saya pujuk, tapi tak mahu jugak .... apa boleh buat" jawabnya dengan nada KESAL.

"KEJAMNYA" bisik hatiku. Aku berfikir, KENAPA ADA TABIKA YANG TAK MAHU MENGURUSKAN BANTUAN INI UNTUK KELUARGA YANG MENGHANTAR ANAK KE PUSAT DIDIKAN KANAK-KANAK MEREKA?.

MEMANG KEJAM ...... KERAJAAN DAH SEDIAKAN PERUNTUKAN .... AMBILLAH .... KENAPA KEJAM SANGAT?.

Macam2 TOBIAT atau RAGAM manusia ni.

Wallahhualam



Tuesday 26 June 2012

CALON BN BOTA 1995 HANYA BERI RM250 ... TOLAK RM100.00 ... HANYA RM150.00




Calon ADUN Bota 1995 adalah Cikgu Ismail Hasbollah (sekarang Dato'). Beliau adalah seorang Guru Besar macam aku juga. Merupakan bapa saudara (bau bacang) denganku ..... itu sebab aku memanggilnya KICU sebab dia adalah anak bongsu dalam keluarganya.

Kali pertama beliau menjadi Penceramah Politik adalah di PRU 1982 apabila aku jemput beliau ke Serkai Jadi, Tronoh disebabkan aku tak ada kawan nak berceramah dan juga aku masa itu baru berumur 24 tahun memang perlu ditemani oleh seseorang lebih tua .  


Beliau yang baru balik dari Sungkai (keluarganya kahwin) mengikut aku bersama-sama dengan Cikgu Norwi dan Ibrahim Kerani Pengulu Bota. Selepas itu, beliau telah diberi kepercayaan untuk bergerak sendiri di bawah arahan Cikgu Syed Mustar dan Cikgu Khadri Harun sebagai Penyelaras Bilik Gerakan DUN Bota.


Teringat aku .... selepas PRU 1982 ... aku dipanggil oleh Cikgu Khadri ... "Nah ... ini yang ada sebabnya anakanda banyak pergi beri ceramah" katanya. Aku buka sampul surat .... ada duit ... RM40.00 ...hatiku berkata "Ada upah ker?" 


Berbalik kepada cerita asal .... 


Aku sebagai Setiausaha Bilik Gerakan DUN Bota menganggap, akulah Setiausaha Calon. Tapi, dia memilih Cikgu Ismail Ali Gul sebagai PENGAPITnya .... (memang sesuai pun sebabnya .... mereka INTIM dalam MAYC).


Semua Jentera PRU akan menerima saguhati dari Bahagian semasa bertugas. Aku sebagai Setiausaha Bilik Gerakan BN DUN Bota telah diberi RM300.00

DI SINILAH BILIK GERAKAN PRU 1999
DUN BOTA (DULU KAYU)

Segala tugas dan keraian ,aku terpaksalah tanggung sendiri seperti minum, rokok dan sebagainya. Berlainan dengan Bilik Gerakan Parlimen di mana semuanya disediakan sejak mula lagi. Terpaksalah aku gunakan RM aku sendiri demi mendapatkan kerjasama dan memberi keseronokan di kalangan pembantu aku dan para pengunjung.

HIASAN SAHAJA

Kali pertama aku diberi RM100.00 dari beliau. Aku terima dengan senang hati, maklum ler aku tahu dia bukannya ada duit sebabnya ... dia pun serupa aku jugak, Guru Besar dan mungkin aku lebih sikit sebab isteri aku bekerja .... isterinya Suri Rumahtangga Sepenuh Masa.


Kali kedua, sebelum aku pergi ke Teluk Intan untuk berjumpa dengan Tan Seri Ramli Ngah Talib (atas arahan Setiausahanya) di SK Kampong Bahagia .... aku dipandu oleh En. Pilus (Pembantu Paling Setia) aku singgah dan diberinya aku RM150.00


"Tolong bagi orang minum .,.. mintak dengan Cik Meri" katanya sebelum aku berangkar pergi. Cik Meri adalah  Pekedai Kopi sebelah Bilik Gerakan DUN Bota.


"Ok" kataku kepadanya ...aku akur sebab masa itu, AKU MENGANDAIKAN... AKULAH SETIAUSAHA BELIAU.


Setelah kembali dari berjumpa Tan Seri yang mulanya di SK Kg Bahagia ..... terus diarahkan menunggu di Bilik Gerakan Parlimen Pasir Salak aku terus ke KEDAI MERI.


"Bak deposit" katanya ....


Aku beri RM100.00 kepadanya. Keesokannya, aku mulalah mengorder Kopi O dan Tea untuk minuman petang .... tak adalah aku keluar duit sendiri .... tapi jumlahnya aku rasa tak banyak pun .... bukan selalu dan selepas itu dah ada Bekalan Harian (petang dan malam)


Setelah BN menang, aku berjumpa dengannya ... sekarang bukan Cikgu lagi ... dah jadi ADUN Bota .... tujuan aku adalah untuk meminta RM100.00 yang dijadikan DEPOSIT .... tau apa jawabnya ?


"Mana ada bil-bil selepas pukul 12.00 semalam" katanya serious


Aku balik dalam keadaan TERKEJUT BERUK ... usahkan nak ucap TERIMA KASIH .... tapi empat tahun berikutnya .... aku cari beliau .... aku dapatkan juga RM100.00 itu sebabnya ... HATI SAKIT dan kebetulan aku lalu dan ter- nampak beliau sedang memegang senapang memburu tupai di dusunnya.


PRU 1999 dia pulak TERKEJUT BERUK sebabnya .... DIA KALAH di tangan USAILI ALIAS , PKR
HJ USAILI ALIAS
ADUN BOTA 1999
BERSAMA RAKANNYA

Selepas itu, aku pulak TERKEJUT BERUK sebabnya .... PRU 2004 beliau dilantik sebagai Pengarah PRU BN Parlimen Parit hinggalah  PRU 2008 .... sebabnya aku terkejut .... DIA BUKANKAH CALON KALAH PRU 1999?. 


Aku sebagai Penyelaras Operasi Tebus (lantikan Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian sejak 2002) sejak itu, kami di DUN Bota, mengambil ketetapan .... BOTA GUNAKAN SUKARELAWAN dan Jentera PRU Bahagian adalah BONUS SAHAJA.


Menanglah PARIT 3 - 0 sejak PRU 2004 lagi hingga kini dan Insya Allah PRU 13 akan datang.

KE

SAGUHATI PRU 1995 AKU DIROMPAK SEBELUM SAMPAI KE TANGAN AKU OLEH .....





Semua Jentera PRU akan menerima saguhati dari Bahagian semasa bertugas. Aku sebagai Setiausaha Bilik Gerakan BN DUN Bota telah diberi RM150.00 buat kali pertama dan RM150.00 lagi untuk kali keduanya. Jumlahnya RM300.00

Walhal, sebagai Setiausaha tempat aku adalah di Bilik Gerakan sementara Ketua dan Penolong Ketua aku TERLALU SIBUK baik siang maupun malam. Aku dikehendaki menjadi PERANTARAN di antara Bahagian dan Bilik Gerakan Cawangan yang berjumlah lebih dari 30 buah tak termasuk Bilik Gerakan Sementara.
HIASAN SAHAJA

Segala tugas dan keraian ,aku terpaksalah tanggung sendiri seperti minum, rokok dan sebagainya. Berlainan dengan Bilik Gerakan Parlimen di mana semuanya disediakan sejak mula lagi. Terpaksalah aku gunakan RM aku sendiri demi mendapatkan kerjasama dan memberi keseronokan di kalangan pembantu aku dan para pengunjung.

HIASAN SAHAJA

"Dah makan?" tanya aku kepada Ketua atau Penolong Ketua aku ketika mereka muncul.
"Sudah di Bilik Gerakan Bahagian tadi" jawab mereka. Soalan aku yang bermakna itu mungkin sengaja mereka buat-buat tak faham agaknya atau betul2 tak faham.

"Kenapa tak bawak aku sikit" bisik hatiku.

Sesudah hampir Hari Mengundi ... barulah Bilk Gerakan ini diluluskan peruntukan untuk MINUM PETANG dan MAKAN MALAM. Tak adalah lagi aku KENA TERUK.

Suatu hari ......
"Nah Cikgu .... tadi ada RM500.00 ... tau aje ler ... deme mintak2 ... tinggal RM100.00" unjuk Azhar Adam selaku Penolong Ketua Bilik Gerakan (sekarang AJK Bahagian Lantikan).

Terpinga-pinga aku mendengarnya ... aku ambil wang RM100.00 dari tangannya. Hati ku bertanya .... "SIAPA PULAK YANG MEROMPAKNYA .... JARAKNYA HANYA 16KM?".
HIASAN SAHAJA

"Bak ndak RM50.00" mintak Safri Shaharin. Aku berikan dan RM50.00 lagi aku berikan kepada Arwah Cikgu Nik (Pencen Guru) selaku Pembantu aku. "Nah Cikgu .... buat belanja harian di sebelah pagi" unjuk aku kapadanya .... 

Jadi, DALAM ERTI KATA LAIN ... AKU TAK AMBIL SEKUPANG PUN PEMBERIAN CALON PARLIMEN PARIT.
Logikkah RM500.00 yang diamanahkan oleh Calon Parlimen kepada aku boleh HILANG sebanyak RM400.00 ??????

DATO; HJH AINON KHARIYAH MOHD ABAS
MANTAN AHLI PARLIMEN PARIT 1995

Aku tak salahkan Calon Parlimen Parit (Dato' Hjh Ainon Khariyah Mohd Abas) tapi kenapa tak beri sendiri kepada aku .... kenapa mesti melalui ORANG TENGAH yang BOLEH DIPERCAYAI (hingga sekarang masih AJK Bahagian)

Diharap JENTERA PRU 13 nanti .... janganlah bersikap NEGATIF sebagaimana yang diceritakan di atas.

KE


PAS BOLEH LULUSKAN LESEN MAKSIAT .... JANGAN TANYA ALASAN ... SEBABNYA DEPA PAS ... BUKANNYA BN.









AKU BUKAN AYAHKU .....





SALAM


.AL FATIHAH 


28 SEPTEMBER  1987 PEMERGIAN ADALAH TARIKH  PEMERGIAN TAYAHANDAKU YANG TERCINTA MENGADAP ILLAHI..

Bersama Paduka Seri Sultan Perak

Lambor Kanan 25 SEPTEMBER, 1987:  

     Masa terlalu cepat berlalu, tarikh ini bersamaan dengan hari Khamis. Masa itu aku adalah Ketua Cawangan kampungku setelah mengalahkan Ketua Kampung dalam Pemilihan Cawangan di Tahun 1986 ketika aku baru berumur 29 tahun. beliau telah mengalahkan bapaku dalam pemilihan sebelumnya. TAK ADA SESEN PUN AKU KELUAR BELANJA UNTUK MENANG.

     Malamnya (Malam Jumaat) aku diarahkan oleh ayahandaku mengemaskan kabinet besinya yang dah sekian lama tak pernah terusik. Mana yang perlu disimpan di ketepikan dan mana yang tak perlu dimasukkan ke dalam bekas sampah.

     Sambil menyemak dia berpesan-pesan lagi kepadaku  kepadaku. Di antara pesanannya sebelum dan sehingga malam itu yang aku ingat adalah :-

1.   "Tengkok kamu tu ada tahi lalat ... selalunya jadi hamba orang. Jaga-jaga".
2.   "Jangan jadi ayam betina, jadilah ayam jantan tapi bertambat kaki".
3.     "Dalam buku semua ada".
4.    " Buku tebal belum tentu boleh baca. Rumah besar belum tentu boleh duduk. Duit banyak belum tentu makan sedap. Isteri cantik belum tentu dapat cinta. Kereta besar belum tentu boleh bawak".
5.     "Jangan tunjuk kuat ... nanti jadi KULI".
6.     " 10% dari gaji atau pendapatan kamu bukan hak kamu. kalau gaji, pulangkan kepada anak murid. Kalau lain bagilah kepada kawan-kawan yang membantu".
7.     "Jika saudara atau kawan kena tangkap ... pergi tebus, walaupun bergadai golok atau terjual tanah limbah ... kecuali kes DADAH, MENCURI DAN BETINA".
8.     "Jaga-jaga dari lelaki LOMPAT GAGAK".
9.     "Jaga-jaga dari lelaki KEPALA GONDOL tapi DADA SETOMPOK BERBULU". 
10.     "Jaga-jaga  dari orang yang KETIKA BERSEMBANG DENGAN KITA .... KITA ASYIK MENGETUK MEJA atau KAKINYA BERGOYANG-GOYANG".

     Itu saja yang aku masih ingat hingga kini tetapi SERING AKU TERLANGGAR pesanan-pesanannya ini maklumlah kita HANYA MANUSIA BIASA.

     Kami terus menyemak .... lalu terjumpa dengan BIODATA EN. NASARUDIN HASHIM (tulisan Jawi) .... lalu dia berpesan padaku malam tu.

1.     " Satu hari esok, kamu pastikan Man Buti ni (nama panggilan YB Dato' Nasarudin Hashim,  DUN Bota) dan Cikgu Ri (Dato' Che Ri Md Daud .. ADUN Bota 2004 - 2008) jadi  calon .... kalah menang itu cerita lain ". 
-     Ternyata kedua-duanya jadi Calon BN di PRU 2004 .... Nasaruddin Hashim Calon P069 PARIT sementara   Cikgu Ri Md Daud Calon N39 BOTA. Alhamdulillah ... kedua-duanya menang.

YBhg Dato' Che Ri Md Daud

YB Dato' Nasarudin Hashim
2.     " Besok ..... kamu pergi jumpa Najib ...sebelum tu kirimkan SALAM APAK kepada dia ... apak rasa ... dia akan ganti ayahnya satu hari nanti .... ajak dia balik ke  ??????? .... 
-     Hingga kini aku belum ada kesempatan untuk berjumpa secara peribadi dengan YAB PM hingga kini kerana aku adalah Golongan Marhain.

PESANAN TERAKHIRNYA MALAM TU

     " Esok kamu pergi bawak balik anak bini kamu ... apak nak jumpa ".
-     Masa itu isteri dan anakku tinggal di Ipoh kerana isteriku masih menuntut di Maktab Perguruan Hulu Kinta (KURSUS DALAM CUTI).
-     Malam esoknya ayahandaku bermain-main sambil menyanyi dengan anak sulongku yang baru berumur 1 tahun 10 bulan.

SERANGAN JANTUNG.

     Bapa aku adalah Wakil Pekebun Kecil Perak Tengah. Bermesyuarat di KL pada 28hb September 1987 .... bersama Allahyarham YBhg. OBJ Perak Tengah Dato' Setia Wahab. Ketika dalam dewan ayahandaku mengalamI SERANGAN JANTUNG.... lalu meninggal di Hospital.

     Beliau dikebumikan pada Hari Selasa bersamaan 29hb Sept 1987 setelah DIBENARKAN oleh Allahyarham YBhg OBJ Kinta Dato' Seri Azizul Hasan kira-kira pukul 10.30 pagi.
-     Aku telah bertekad .... pukul 11.00 pagi tak ada sesiapa yang sampai ... aku akan teruskan persemadian ayahandaku itu. Nasib baik WAKIL PADUKA TUANKU sempat hadir.

     Mantan Menteri Besar Perak (YBhg Tan Seri Ramli Ngah Talib) berkunjung kira-kira pukul 3.00 petang. Kira-kira 30 minit beliau dan isterinya beredar.
-     BAGAIMANA MEREKA DATANG, BEGITULAH MEREKA PULANG. Itulah perumpamaan yang dapat ku berikan kepada mereka sekelamin.

YBhg Tan Seri Ramli Ngah Talib dan Keluarga

BEKAS ASKAR MELAYU DIRAJA 

      Allahyarham ayahandaku adalah BEKAS ASKAR MELAYU (NO: 3405) dari BATALION KE 3. Masuk tentera disebabkan oleh "ABANGNYA DITANAM HIDUP-HIDUP OLEH MPAJA/PKM ketika mereka memerintah 14 hari (puncanya adalah disebabkan Allahyarham Datuk aku melarang gerombolan Komunis cuba merompak rumah jirannya. Kejadian itu berlaku di belakang SK Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Kg. Gajah".

Regimen Askar Melayu Di Raja

-     Banyak cerita berkenaan dengan Komunis yang diceritakannya kepada aku (aku adalah kawan dia bersembang berkaitan dengan politik dsbnya ... sejak aku berumur 10 tahun (1967) .... aku dah jadi pembantunya ... dia adalah Setiausaha Cawangan ... tak berapa cekap menulis RUMI.

-     Antara ceritanya :

     " Kami mengiringi  Tuan Abdul Razak bin Husin (PEGAWAI KERAJAAN .... sama ada Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang atau Pegawai Daerah Temerloh)  mudik Sg Pahang dengan menaiki BOT PENERANGAN ... tiba di suatu kawasan ... keadaan amat mencurigakan .... semua diarahkan menjaga diri (berlindung) .... tetapi ... Tuan Abdul Razak masih duduk atas kerusinya .... ayahanda ku terus menyepak kerusi yang sedang didudukinya .... tak semena-mena sebutir peluru Komunis singgah ke kerusi berkenaan .... tapi Tuan Abdul Razak sudah jatuh lalu berlindung diri. SEJAK ITU AYAHANDAKU BERSAHABAT DENGAN ALLAHYARHAM TUN HJ ABDUL RAZAK BIN HUSIN .... MANTAN PERDANA MENTERI KE 2, MALAYSIA.

( Rujukan : Sebelum pengkebumian  Allahyarham Tun .... para pemimpin luar negara dan dalam negeri menziarahi jenazahnya .... "ORANG TUA" yang menemani JENAZAH TUN (berada di sisi jenazah sepanjang masa) ... ITULAH AYAHANDAku).
  
Allahyarham Tun Hj Abdul Razak bersama Keluarga
 
" JIKA KEKANDA YAB DATO' SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK TERBACA PAPARAN INI, SAYA INGIN BERJUMPA DAN MENYAMPAIKAN WASIAT AYAHANDA SAYA .... SEBELUM TERLAMBAT ".
  
 Seluruh Negara Terharu Apabila Mendengar Berita
Permergian Allahyarham Tun Hj Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia ke 2
 
BEKAS ORANG BESAR PERAK

     Allahyarham Ayahandaku adalah BEKAS Orang Besar Perak yang bergelar TOK KOHOR ALAM. Pernah berkhidmat KE BAWAH DULI AL-MARHUM SULTAN IDRIS dan PADUKA SERI SULTAN AZLAN SHAH.


-     Ketika berkhidmat Ke Bawah Duli Al Marhum Sultan Idris, baginda pernah menitahkan ayahandaku menghalakan dadanya. Ayahandaku terus berbuat demikian dan Baginda terus MENGHALAKAN  PISTOLnya dan terus menembak. Rupa-rupanya ... PISTOL SUKAN (PELURU KAPUR). Baginda terus gelak .... bapaku TENTULAH PUCAT MUKAnya.


     Mana-mana yang terbaca PAPARAN ini, saya memohon HALALkan apa yang TERMAKAN, TERMINUM, TERKASAR BAHASA, KETERLALUAN BICARA yang dilakukan oleh Allahyarham Ayahanda saya.


ALLAHYARHAM AYAHANDAKU
KETIKA BERADA DI PANGKUAN BONDANYA

     SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA. 


AL- FATIHAH . Amin.