Saturday 31 March 2012

KENAPA ANDA TINGGAL DI MALAYSIA ?

BIARKAN GAMBAR INI BERBICARA
BAHAWA 
MALAYSIA ADALAH TERBAIK










HARUSKAN KITA
MENGHANCURKANNYA

RAKAMAN PERKARANGAN KILANG BESI VALE PADA 31 MAC 2012 (1.00PM) SEMPENA PERHIMPUNAN BANTAHAN PENGWUJUDANNYA.

Hasrat aku untuk melihat DERETAN KENDERAAN PESERTA BANTAHAN di sepanjang 1km terakhir tidak kesampaian, lalu aku rakamkan pula PERKARANGAN PINTU HADAPAN KILANG BESI VALE.







LIHATLAH APA YANG AKU RAKAMKAN.

1.   Tiada seorang peserta yang masih berada di situ.
2.   Hanya terdapat beberapa POSTER yang digantung di    
      persekitarannya.
3.   POSTER YANG TERGANTUNG, ada yang MEMBANTAH,  
      ada yang MENYOKONG wujudnya Kilang Besi VALE ini.
4.   Tiada SAMPAH SARAP yang ditinggalkan.Ini bermakna 
      kemungkinan :-
      a)  PARA PESERTA PRIHATIN terhadap sampah sarap?
      b)  TELAH DIKUTIP agar nampak BERSIH ?
      c)  TELAH DISEDIAKAN BEKAS SAMPAH ?
      d)  KURANG MENDAPAT SAMBUTAN ?
      e)  HUJAN/GERIMIS YANG BERLARUTAN


KEMUNGKINAN AKU TERLAMBAT lalu aku terus ke menuju MARKAZ mereka (KEDAI ABANG BAHAROM di Kunci Air Sematang) .... hanya tinggal beberapa orang sahaja di sana.

Lalu aku order "Nescafe Panas Susu Lebih Jangan Tarik" yang menjadi MINUMAN RASMI AKU sejak sekian lama. Aku habiskan dua batang rokok hinggalah anak aku telefon untuk mengambilnya di SMK CONVENT kerana beliau masuk Pertandingan Public Speaking di sana.

ITU SAHAJA LAPORAN "KILANG BESI VALE" untuk kali ini. Berjumpa di lain paparan ... ingin saya coretkan :-

" LAKUKANLAH SEIKHLAS MUNGKIN DAN ELAKKAN DIRI DARI DIPERALATKAN OLEH PIHAK TERTENTU".

Sekian, WALLAHHUALAM.

PERJALANAN KE KILANG BESI VALE TLK RUBIAH PADA 31 MAC 2012 (12.45PM)

Hasrat aku nak JOIN SEKALI Perhimpunan Bantahan Kilang Besi VALE Tlk Rubiah yang berlangsung pada pagi Sabtu ini (31 Mac 2012), malangnya kereta aku ROSAK dan isteriku gunakan keretanya untuk urusan keluarga. Perjalanan ke situ dari rumahku kira-kira 10 minit sahaja.







Pukul 12.30 t/hari isteriku kembali. Cepat-cepat aku keluar menuju ke sana. Aku rakam perjalanan ku ke sana bermula dari jarak 1km terakhir (mahu melihat deretan kenderaan) jika masih lagi ada.


Mungkin aku lambat .... sebabnya tiada deretan kenderaan yang aku bayangkan dari rumah.

Walau bagaimana pun, aku dimaklumkan TIADA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU.

WALLAHHUALAM.

Friday 30 March 2012

PERCUBAAN PAKATAN GUNAKAN ISU "KILANG BESI VALE" UNTUK MERAIH UNDI DI P074 LUMUT, N51 PASIR PANJANG DAN N52 PANGKOR.

Pagi tadi aku menerima arahan dari Bos aku untuk menggantikan beliau hadir ke PERJUMPAAN BEKAS PESERTA OBSL anjuran OBSL dengan kerjasama KILANG BESI VALE. Konon ceritanya lebihkurang 500 peserta telah pun menjalankan Kursus Motivasi di situ.

Aku paparkan di dalam Laman FB aku dan telah mendapat respon sebegini dari Rakan FB yang sememangnya PENYOKONG PAKATAN RAKYAT.

SESUAIKAH GAMBAR INI DIPAPARKAN UNTUK PROGRAM INI
APA PANDANGAN IBUBABAPA/PENJAGA PESERTA-PESERTA ITU

Jadi, terpanggil aku meninjau KILANG BESI VALE ini dan apakah IMPAK kepada MASYARAKAT dengan kewujudannya.

Hasilnya .... 

Wujudnya KILANG VALE ini melalui beberapa peringkat :-

1.   PERINGKAT MERISIK (PERBINCANGAN)
      Zaman YB Tan Seri Tajol Rosli (Mantan MB)

2.   PERINGKAT MEMINANG (TETAPKAN SYARAT DSB)
      Zaman YB Dato' Seri Mohd Nizar (Mantan MB)

3.   PERINGKAT KAHWIN (PEMBINAAN)
      Zaman YAB Dato' Seri Dr Zambri (MB sekarang).

Selalunya, dari ketiga2 peringkat ini, Peringkat Kedualah yang paling penting ... di mana syarat dan perjanjian dimetrikan. Tak tau ler pulak ..... kalau Projek Kilang Besi Vale ini terlalu berani mengeluarkan perbelanjaan BERJUTA-JUTA RM tanpa mengambil kira KELULUSAN DSBNYA terlebih dahulu.

Bak kata Orang Tua2 ....."Kalau dah tak ada jodoh .... dah bertunang pun kahwin tak jadi".... merabanlah GOLONGAN TERTENTU kesan dari peringkat-peringkat ini.

Selain itu, aku GAMBARKAN seperti di bawah ini untuk menunjukkan bahawa PERHIMPUNAN 31 MAC 2012 (ESOK) ini seolah-olah "ADA UDANG DI SEBALIK MEE".

KONONnya CCCP yang diketahui oleh Zainal Abidin Osman (ramai yang tak kenal siapa orangnya) adalah penganjurnya akan tetapi POSTER dan SEUMPAMAnya datangnya dari GROUP PAKATAN RAKYAT sekitar Manjung, jadi saya beranggapan bahawa INI ADALAH PROGRAM PAKATAN RAKYAT UNTUK MERAIH UNDI SEBELUM PRU 13.

Sebagai Rakyat Awal Negeri Perak dan Warga Manjung sejak 1997 saya menampilkan diri untuk menjawab beberapa soalan yang sering dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu dalam MEDIA SOSIAL sejak sekian lama hingga kini.

PERSOALANNYA.

1.   Kenapa TAK BUAT BANTAHAN (tak nampak pun link bantahan dalam media sosial) dilakukan semasa pentadbiran Pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan itu?.

2.   Kenapa HANYA KILANG VALE sahaja yang DITITIK BERATKAN untuk dibantah sementara PROJEK HILIRAN yang lain dibiarkan begitu sahaja seperti Ternakan Ayam dan Babi yang setiap hari mengeluarkan bau dan HURUNGAN LALAT boleh dikatakan di Seluruh Manjung.

3.     Kenapa tidak diPAPARKAN program-program yang telah disumbangkan oleh Kilang Besi VALE ini dan alangkah sedihnya apabila terdapat satu PAPARAN YANG TIDAK SEPATUTNYA DIPAPARKAN kerana Program Motivasi itu dianjurkan oleh NGO bukan ada kait mengaitkan dengan BN atau Kerajaan Negeri.

OLEH ITU, DENGAN INI  ATAS RASA TANGGUNGJAWAB
IZINKAN SAYA MEMAPARKAN DAPATAN SAYA SEBAGAIMANA DI BAWAH INI

(Perlu dingat bahawa PAPARAN dan KENYATAAN di bawah adalah KENYATAAN PERIBADI AKU dalam ertikata lain ... AKU PUNYA STATEMENT).









JADI, FIKIR-FIKIRKAN LAH MANA YANG BAIK DAN MANA YANG BURUK KERANA
YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH
DAN 
YANG BURUK ITU DATANGNYA DARI ??????.

WALLAHHUALAM



Thursday 29 March 2012

ADAKAH INI YANG DIHAJATKAN OLEH DONG JIOU ZONG

Ini ada satu cerita TAPI (tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada hidup atau mati).

Di satu pertandingan Ratu Cantik Tahun Baru Cina 2012 di Pulau Pinang .... terdapat empat gadis masuk peringkat akhir. Di peringkat akhir, beberapa soalan dikemukakan untuk menguji tahap kecerdasan dan kemampuan masing. 


1.   Apakah makanan kesukaan anda ?

G1 :  Mee Goreng
G2 :  Nasi Lemak
G3 :  Bihon Sup
G4 :  LOJAK

2.   Apakah buah-buahan Malaysia.

G1 : Rambutan
G2 : Manggis
G3 : Langsat
G4 : LULIAN

3.   Sebutkan Ibu Negeri di Malaysia.

G1 : Alor Star
G2 : Kuantan
G3 : Ipoh
G4 : SELEMBAN

4.   Sebutkan salah satu anggota badan yang sangat berguna.

G1 : Kepala
G2 : Kaki
G3 : Tangan
G4 : Ermmmm (menggaru kepala) .................

Juruacara : G4 ... sila ambil masa .... berikan tumpuan .... 
G4 : Aiyaaaa ...wa sulah lapat .... (sambil mengangkat tangan)
Juruacara : Apa jawapan anda.

G4 : LANCAU (jawabnya dengan yakin).

Penonton bersorak sambil bertepuk tangan ..... G1, G2 dan G3 tersipu malu.

Tak lama selepas itu  keputusan diumumkan ......
Juruacara :  Berikut diumumkan keputusan Pertandingan Ratu Cantik sempena Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Ketiga         : G1 dengan hadiah bernilai RM 2,500.00
Naib Johan : G3 dengan hadiah bernilai RM 5,000.00
Johan         :  G2 dengan hadiah bernilai RM 7,500.00

GAMBAR SEKADAR HIASAN SAHAJA

G4 kelihatan sedih kerana tidak terpilih untuk memenangi Pertandingan tersebut. Dia tunduk sambil menyapu air matanya yang mula berlinang sambil dalam hatinya berkata "Gua punya semua mutut ..... tatak salah maaaa"

Majlis dikejutkan dengan satu pengumuman oleh Juru Acara.

Juru Acara : DI ATAS NAMA KETULINAN DAN JATIDIRI ..... PIHAK JURI TELAH MEMUTUSKAN SATU ANUGERAH KHAS YANG BERNILAI RM10,000.00 KEPADA PEMENANG BERIKUT.

GAMBAR INI SEKADAR HIASAN SAHAJA

Penonton terkejut dan tertanya-tanya di antara satu sama lain.

Juru Acara : Pemenangnya adalah G4

GAMBAR SEKADAR HIASAN SAHAJA

G4 terkejut lalu DIA BERLALI KE JULU ACALA KELANA HADIAHNYA ATAK LI TANGAN JULU ACALA.

Tak lama kemudian .... penonton mula bangun dan bertepuk tangan .... SEBAGAI TANDA HORMAT kerana HANYA G4 SAHAJA YANG MEMPUNYAI  IDENTITI DONG JIOU ZONGNYA YANG PIHAK TERTENTU PERTAHANKAN.




"VALE" TLK RUBIAH .... BAKAL MENJANA EKONOMI DAN SOSIAL MASYARAKAT TEMPATAN

Beberapa hari ini aku ternampak beberapa JEMPUTAN oleh RAKAN PEMBANGKANG untuk mengadakan satu perhimpunan di hadapan pintu masuk projek berkenaan.


Beberapa poster telah diwujudkan di Laman FB untuk menjemput siapa yang berminat hadir dengan alasan YANG DIKATAKAN MUNASABAH. BETUL KER ?

Terpanggil aku menelitinya lalu aku jumpa beberapa petikan serta memberikan jawapannya berdasarkan apa yang aku fikirkan sebagai PENDUDUK TEMPATAN dan PENDUDUK AWAL NEGERI PERAK.
Berkat kenalan yang ramai. aku telah meminta bantuan kawan aku di OBML untuk mendapatkan gambaran tentang isu VALE. Melalui beliau, telah mendapat no telefon untuk dihubungi dengan orang yang lebih arif tentang VALE.


Aku pun berhubung dengan sahabat yang bertugas dengan sebuah NGO iaitu SAHABAT ALAM MALAYSIA yang merupakan NGO yang memperjuangkan soal alam sekitar.

Melalui sembang ditelefon yang hampir sejam, aku mendapat maklumat serta pandangan beliau tentang VALE.

Antara perkara yang menjadi kebimbangan beliau ialah:

1. Pihak VALE tidak mengikut apa yang dijanji iaitu tidak menggunakan jalan utama. Namun sehingga ke hari ini, lori-lori yang mengangkut barang dari tapak kilang VALE masih terus menggunakan jalan utama. Ia menjadi kebimbangan penduduk tempatan kerana jalan telah mulai mendap akibat lori2 yang besar dan menjadi kebimbangan akan berlaku kemalangan melibatkan keluarga mereka.

JAWAPANNYA.

a)   Sebentar tadi saya melalui jalan berkenaan didapati TIADA YANG MENDAP dan didapati syarikat telah melakukan kerja pembersihan jalan di sekitar hadapan tapak projeknya.

b)   Urusan Jalan Utama di bawah kelolaan JKR dan bukan syarikat ini saja yang menggunakan jalan ini.

c)   Sejak projek dimulakan, belum pernah didengari ada kemalangan yang berlaku melibatkan syarikat ini.

d)   Gerai-gerai dah nampak bertambah dalam ertikata lain ... EKONOMI  TEMPATAN DAH MULA TERJANA ..... (ada masyukkkk).

2. Meminta supaya 'buffing zone' diserah kembali kepada penguatkuasa tempatan untuk dikawal selia.

JAWAPANNYA.

a)   Siapa yang menyelia itu tidak penting tetapi PENEGASAN DARI PIHAK PENGUASA ADALAH PENTING.

b)   Pihak syarikat memberi jaminan dan telah mula melakukan PENANAMAN dan PENGAWALAN UNTUK PENGEKALAN "KEHIJAUAN".

c)   Beberapa sesi PENGHIJAUAN telah pun dirancang bersama-sama dengan NGO Tempatan seperti penanaman pokok pilihan dan sebagainya.

3. Memperjuangkan hak-hak nelayan yang akan kekurangan mata pencarian akibat dari pembinaan Jeti untuk kapal-kapal besar VALE yang akan berlabuh.

JAWAPANNYA.

a)   Selama beberapa bulan saya menjadi Nelayan di sekitar kawasan ini, hanya terdapat beberapa buah sampan kecil sahaja yang beroperasi di sini iaitu di celah-celah batu di pinggir pantai.

b)   Sebagaimana Jeti Jana Manjung (bersebelahan), jeti ini telah membantu para nelayan tempatan. Tiang-tiang jeti berkenaan UMPAMA TUKUN TIRUAN bagi para nelayan dan juga dijadikan tempat berteduh apakala HUJAN, RIBUT dan seumpamanya.

c)   Panjang jeti yang akan dibina hanyalah 1.8km dari pantai tidak memberi kesan apa-apa terhadap laluan kapal dagang dan TLDM (rujuk skala) berbanding dengan Projek Marina Islands yang menjadi TUMPUAN SEKARANG ini termasuk Pihak Pembangkang untuk BERAGENDA.

JANA MANJUNG YANG TERLETAK BERSEBELAHAN TAPAK PROJEK
(AGAKNYA .... INILAH RUPA LEBIHKURANG NANTI)

4. Mempertahankan status kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan dan tidak perindustrian.

JAWAPANNYA.

a)   Saya pernah bertanya kepada Warga Tempatan berkenaan dengan kawasan ini sebagai KAWASAN PELANCONGAN.

Soalan  1    :  Pernahkah pergi ke Tlk Rubiah sejak kebelakangan ini ?
Jawapan 1 :  Aku bukan ada kayu golf.
Jawapan 2 :  Aku pernah pergi sekali .... pantainya kurang cantik.
Jawapan 3 :  Aku pergi Tlk Senangin ... tapi di sana banyak lalat ... itu saja yang cacatnya.
Jawapan 4 :  Bukankah dah jadi Tapak Kilang Besi .... banyakkah kerja kosong ?

Dalam ertikata lain .... seorang pun tak kisah sama ada kawasan itu PELANCONGAN ataupun PERINDUSTRIAN.

RAMAINYA PENGUNJUNG ........ HINGGA TAK TERBILANG (2004)

YANG BERKUNJUNG KE SINI KEBANYAKANNYA GOLONGAN INI

INILAH PEMINAT SETIA TLK RUBIAH
SIAPA DIA NI ... 
TAK ADA SEPATAH PUN KOMENNYA 
DALAM BAHASA MELAYU

b)     Takkanlah syarikat ini berani membina projek yang begitu besar jika TIDAK MENDAPAT KELULUSAN DARI JABATAN ALAM SEKITAR?.

Saya akan cuba mendapatkan penjelasan dari Pihak Syarikat melalui Program Hari Terbuka VALE yang dikatakan akan bermula April ini.

KALAU NAK IKUT JOM LER .... MARI KITA DENGOR SENDIRI DARI PIHAK SYARIKAT .... BUKANNYA DARI CELOTEH PIHAK YANG SAYA RASA ADA BERKEPENTINGAN TERSENDIRI.


TARIKH PRU 13 ADALAH .......

AKU SEDANG MEMIKIRKANNYA ..... BILA?


TUNGGULAH YAB PM UMUMKAN.

Tuesday 27 March 2012

APA DIA MEMORANDUM DONG JIAO ZONG 2011


MUTAKHIR (1.10pm, Mac 27):

DAP mengadakan sidang akhbar hari ini 



Diberitakan bahawa kira-kira 7,000 orang menyertai ‘Perhimpunan 325 menyelamatkan pendidikan Cina’ di ibu pejabat Dong Zong pagi tadi. Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong yang turut hadir diejek (di’boo’) dan diberikan ‘thumbs down’ oleh orang ramai serta ditunjukkan buku lima.
Seorang awam juga dilaporkan telah cuba menumbuknya tetapi dia mujur sempat dihalang oleh pegawai polis yang membentuk benteng manusia untuk melindungi timbalan menteri MCA itu.
Wee kemudian dipetik sebagai berkata bahawa cemuhan-cemuhan terhadap beliau hasil daripada “hasutan oleh pihak tertentu pembangkang”.
                                               Wee diusir oleh "hostile crowd". Gambar 
Permintaan Dong Jiao Zong supaya “beratus-ratus” guru dipindah keluar adalah atas alasan mereka tidak mempunyai kelulusan SPM dalam bahasa Cina.
Yang memilih kerjaya guru pada lazimnya majoriti orang Melayu, seperti juga di lain-lain cabang perkhidmatan awam umpamanya kakitangan pejabat kerajaan, polis, bomba, dsb.
Memang ada Melayu yang bersekolahkan SRJK (C). Akan tetapi 90 peratus lepasan sekolah rendah Cina akan menyambung pelajaran ke SMK.
Lantaran itu, walaupun budak Melayu mungkin pernah belajar bahasa Cina sampai UPSR namun sebenarnya tidak ramai yang akan mengambil Bahasa Cina pada peringkat Tingkatan 5. Yang menduduki kertas Bahasa Cina-SPM adalah penuntut sekolah menengah swasta Cina dan SMJK (C).
Umum tidak dimaklumkan senarai nama guru yang terbabit untuk kita mengetahui pecahan etnik mereka. Yang kita tahu hanya mereka adalah guru-guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.



Lepas kemeja hijau Lynas, ini gerakan T-shirt merah pula? 


Memorandum Dong Jiau Zong 2011 adalah memorandum rasa tidak puas hati Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), iaitu Dong Jiao Zong (DJZ) kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka senaraikan 15 isu yang meliputi 43 kehendak yang gagal dilaksanakan dari 2008-2011.

Tuntutan

1.      Pada tahun 1999 hingga 2008, kerajaan telah meluluskan pembinaan 16 buah SJKC baru dan perpindahan 75 buah SJKC sedia ada.Sehingga 15 Julai 2011, hanya lapan buah SJKC baru dan 54 SJKC yang dipindah siap dibina. Kini, terdapat tiga buah SJKC baru masih dalam pembinaan, manakala pembinaan lima buah SJKC baru masih belum dimulakan. Selain itu, terdapat 21 buah SJKC yang dipindah berkenaan masih belum siap dibina.

2.      DJZ mendapati pada setiap Rancangan Malaysia, kerajaan telah membina banyak Sekolah Kebangsaan mengikut keperluan pembangunan, akan tetapi, kerajaan tidak membina SJKC yang mencukupi.

3.      Kerajaan masih tidak mengumumkan bilangan SJKC baru yang akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (Tahun 2011-2015).

4.      Kerajaan masih tidak memberi maklumat berkenaan tempat pembinaan SJKC baru, peruntukan pembangunan, agihan tanah rizab sekolah dan jadual waktu pembinaan sekolah SJKC.

5.      Peruntukan pembangunan yang diagihkan oleh kerajaan kepada SJKC juga adalah tidak adil dan tidak mencukupi.

6.      SJKC terpaksa mengutip derma daripada masyarakat Cina bagi menampung perbelanjaan pembinaan dan penyelenggaraan sekolah dan sebagainya.

7.      Terdapat juga SJKC yang membuat permohonan kerusi meja tidak diluluskan atau menghadapi pelbagai rintangan, sehingga terpaksa meminta Sekolah Kebangsaan memberi kerusi meja yang berlebihan kepada SJKC.

Permasalahan lain

1.      Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek membangkitkan tentang beberapa SMJK yang asalnya Sekolah Persendirian Cina sebelum ditukar menjadi sekolah bantuan kerajaan.

2.      MCA berbincang dengan lembaga pengelola dan guru besar SMJK yang membabitkan 78 sekolah dan 125,000 pelajar.Semua SMJK mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima waktu bagi mata pelajaran Mandarin setiap minggu.

3.      SMJK berdepan masalah kekurangan guru besar memandangkan ada di antara mereka tidak dapat dinaikkan ke jawatan itu kerana gred mereka hanya DG48 sedangkan gred bagi guru besar ialah DG52.Menteri Pelajaran bersetuju bahawa masalah ini akan diselesaikan mulai 2012 dengan semua guru besar SMJK akan dinaikkan ke gred DG52. Jadi, masalah kekosongan yang tidak diisi disebabkan gred tidak akan timbul lagi.

4.      Isu dua buah sekolah yang beroperasi sebagai sekolah cawangan iaitu SMJK Chan Wa di Seremban dan SMJK Jit Sin 2 di Pulau Pinang dan bukannya dibenarkan beroperasi di bawah pentadbiran sendiri.Bagi SMJK Jit Sin 2, kementerian mahu MCA membantu mengenal pasti lokasi. Kami berpendapat lokasinya perlu strategik dan tidak menyusahkan guru atau pelajar.

Penjelasan dan tindakan kerajaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah memberi keutamaan bagi membina sekolah rendah kebangsaan dan menengah kebangsaan.Kerajaan tidak menyekat atau menghalang terhadap pembangunan SJKC dan SJKT bagi membolehkan Malaysia menjadi hab pendidikan. 26 % daripada Belanjawan tahunan disalurkan kepada bidang pendidikan. Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) turut menekankan usaha meningkatkan pendidikan pra-sekolah dan lain-lain.

1.      Kementerian menyalurkan bantuan RM1 juta kepada Sekolah Tinggi Chung Hwa Muar.

2.      Pada 22 Oktober 2011, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah meluluskan dua lagi tapak sekolah untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kajang Utama dan Sungai Long, dekat Kajang,Selangor.Kerajaan memperuntukkan RM4.5 juta setiap sekolah itu.

3.      Kerajaan meluluskan peruntukan RM3.5 juta untuk pembinaan dua blok baru SJKC Sungai Chua di Kajang bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.Beliau turut melawat sekolah itu.Turut serta ialah Puan Sri Noorainee Abdul Rahman,Datuk Seri Noh OmarPresiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Timbalan Menteri Kewangan DatukDonald Lim Siang Chai yang juga Pengerusi MCA Selangor.

4.      Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong menjawab soalan Teo Nie Ching(DAP-Serdang) bahawa Selangor ada lapan bidang tanah tetapi dua sahaja sesuai diluluskan iaitu di SJKC Sg Long dan SJKC Kajang Utama.SJKC Bukit Serdang sedang diteliti.SJKC Kulai Dua, dana dari kerajaan bawah RMK-9 sudah siap. SJKC Yong Peng Dua, 98 peratus siap dan akan beroperasi awal tahun 2012.

5.      Pada 15 September 2011 , Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa Kerajaan telah membina 1,200 Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan 600 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil setakat ini. Pembangunan ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. 


LINK RUJUKAN
http://helenang.wordpress.com/2012/03/22/perhimpunan-dong-jiao-zong-perkembangan-terkini/

http://helenang.wordpress.com/2012/03/15/implikasi-dong-jiao-zong-duduk-semeja-dengan-dap/

http://helenang.wordpress.com/2012/03/14/lepas-lynas-dap-kini-akan-menyertai-demo-dong-jiao-zong/

http://helenang.wordpress.com/2012/03/21/guan-eng-as-dong-jiao-zongs-linguistic-role-model/

http://helenang.wordpress.com/2012/03/27/comparison-of-dong-jiao-zong-rally-and-anti-lynas-protest/

Saturday 24 March 2012

EMPAT HARI EMPAT MALAM BERBALAS PANTUN

TARIKH : 21 MAC 2012 (RABU)
MASA MULA : 6.45 AM



·                                 Ayuni Inuya 
    Singgah sekejap di Pekan Sari,
Beli rokok berkartun-kartun,
Bulan tidak bersinar lagi,
Mari kita berbalas pantun....

moh le kite.......hehehehehe....
Wednesday at 6:45am ·  ·  2
·                                
anak itik terkedek-kedek , 
anak ayam menari-nari , 
siapa kata bulan tak cantek , 
tunggu PRU pasti ia nya bersinar lagi....................
Wednesday at 10:39am ·  ·  2
·                                
Baba Gandhi Ayam makan nasi berkari.
Ayam tua dagingnya liat,
Kita tetap menunggu hari,
Kita sokong Perikatan Rakyat.
Wednesday at 7:47pm ·  ·  2
·                                
Budin Mat Derus Nana Manjung pakai pelikat,
Tapi sayang warnanya kusam,
Pru 13 dah makin dekat,
Nasib BN nampaknya kelam
Wednesday at 11:06pm ·  ·  1
·                                
Namad Natun Nala hmmm...
asyik bersembang tersesat jalan,
berpatah balik mengubah haluan;
piyem tipiyem kerap berjalan,
kenapa perak jadi tumpuan...
·                                
Labun Cikgulin Tumpang sekaki.
One two three,
Satu dua tiga,
Cuba kira dengan jari,
Fahaman pun pecah tiga.
·                                
Moshe Dayan tiga..tiga jadi enam,
harga borong beli pukal,
kira undi...enam jahanam,
jari penting nak calit dakwat kekal....
Thursday at 2:41am ·  ·  2
·                                
Namad Natun Nala hmmm...,
bercelak bersanggul orang perempuan,
diselit sekuntum si bunga cina;
parit buntar menjadi tumpuan,
orang pangkor bercadang ke sana...
Thursday at 5:14am ·  ·  1
·                                
Namad Natun Nala hmmm...,
pendekar lama lima sahabat,
kepada raja amat berjasa;
pastinya perak gelanggang terhebat,
biyen seram terlepas kuasa...
·                                
Namad Natun Nala hmmm...,
cempedak langsat serta rambutan,
habis diborong sekeluarga nyonya;
pengkalan bharu jadi rebutan;
tuah nasib siapa yang punya...
·                                
Pasang jaring d sini d sana.... 
Lebih bijaksana bekerja Bersama2, 
InsyALLAh dapat Tangkapan sempurna 
Kerana ALLAH jua bakal Menentukanya......:}
·                                
Labun Cikgulin ‎.
Pat-pat siku lipat,
Siapa cepat dia dapat.
·                                
Nana Manjung oiiitt...dekat sebulan x masuk...berbalas pantun pulak...
·                                
Nana Manjung ha...dengax mai pantun aku...
·                                

Budin Mat Deris pergi ke Kelantan, Siren berbunyi bersiap siaga lah anda; ...See More

·                                
Buah pulasan buah moktan,
Masukkan buah ke dalam gundi,
Pengkalan Baru jd rebutan,
Manaf, Azhar, Ali dan Pakngah Hamdi... 

jawab le????
Thursday at 5:34pm ·  ·  1
·                                
Nana Manjung buah moktan....kah..kah...kah...tegelak sat aku....ha...dengax cek no...dengax mai pantun nana ni baik2
·                                
ikan seludu si ikan pelotan, 
angkat bubu ikan terlepas; 
Pangkalan Bharu jadi rebutan, 
aku ingat depa tu semuanya 'MELEPAS'.
·                                
Ayuni Inuya P Kedah P tanjung,
Tolong belikan ikan selangat;
Pesanan untuk Nana Manjung,
Bila bancuh air jangan gelak sangat.
Thursday at 5:42pm ·  ·  1
·                                
Nana Manjung kah...kah...kah...boleh aihh...pakai mask la....kah...kah...kah...
Thursday at 5:43pm ·  ·  1
·                                
Ribut Manjung MARI MENJALA ANAK PUYU,
PUYU MENYOROK DALAM LUMPUR,
TAK SABAR RASANYA MENANTI PRU,
UNTUK MELIHAT UMNO TERSUNGKUR..........
Thursday at 6:09pm ·  ·  3
·                                
Baba Gandhi Haram..harus dan wajib,
Putih bersih mcm kapas;
Tunggulah pengumuman dari Najib,
Undilah PKR..DAP dan PAS.
Thursday at 6:20pm ·  ·  2
·                                
Namad Natun Nala hmmm...,
anak keridik si anak lipas,
mana nak sama si anak gagak;
pakngah hamdi tak mau lepas,
azhar manaf ali azman pun mau jugak...
·                                
Namad Natun Nala hmmm... Nana Manjung,
ke teluk sera mencari rotan,
rotan saga di atas para;
pengkalan bharu jadi rebutan,
pasir panjang turut bergelora...?
·                                
Labun Cikgulin ‎.
Nuar Brahim terkena cabuk,
Kurap panau lekat di telinganya,
Hangpa semua awat nak sibuk,
Pantai Remis hangpa ngundinya.
Thursday at 10:37pm ·  ·  1
·                                
Namad Natun Nala hmmm...,
kepala hantaran si sirih junjung,
ditatang saja usah dijunjung,
usah ditinggal adat lama;
group manjung kisahkan manjung,
pengkalan dan pantai di dalam manjung,
kisah negara diselit sama...
17 hours ago ·  ·  1
·                                
buah mempelam si buah mangga, 
dibeli di kedai Pak Shukur; awas... 
cikgu Lin berjaga-jaga, DUN Belanja , 
DUN bota...harus ikut tersungkur.
5 hours ago ·  ·  1
·                                
malam jumaat perasap keris, 
jangan dilangkah batang gaharu; 
sungguh pun aku anak pantai remis, 
aku ngundi pangkalan bharu. (bukan apa...boleh ngundi PAS...kah...kah...kah)
5 hours ago ·  ·  1
·                                
Labun Cikgulin Nana Manjung ....
Baik-baik memegang pisau,
Terkena kaki tentulah dengkut,
BOTA aku tak risau,
BELANJA aku tak takut.
about an hour ago ·  ·  1
·                                
Labun Cikgulin Nana Manjung
Jangan suka menongkat dagu,
Melihat orang menuju jeti,
Pangkor sudah tentu menunggu,
Pasir Panjang dah sedia menanti.
·                                
Labun Cikgulin Nana Manjung dll
Sungguh cantik puteri kayangan,
Siang malam dalam ingatan,
Changkat Jering dalam bayangan,
Trong pulak dalam lipatan.
·                                
Zakaria Abdul Kadir apa cerita yeop gendang belum di palu tapi angan-angan dah tinggi teman rase perak dapat kat pakatan lagi.
·                                
Labun Cikgulin Dun mana pulak yekkkk.
Kalau tuan pergi Selama,
Jangan lupa bawa tenggiri
Lubuk Merbau bakal menjelma,
Kuala Kurau menunggu hari.
·                                
menongkat dagu cuma berfikir, 
Pangkor n Pasir Panjang sedia menunggu, 
usah gusar jauh sekali khuatir, 
WANITA BN SEDIA MEMBANTU.
·                                
·                                
Saripah Fatimah Syed Ismail INSYALLAH .....:}
·                                
Labun Cikgulin Nak bagi tau YB Nizar ... tolong sampaikan

Besar sungguh buah kundur,
Besar lagi buah nangka,
Sebelum tumbang baik berundur,
Nanti mana nak letakkan muka.
·                                
Pasang pelita di tengah rumah, 
Asapnya hitam masuk ke hidung, 
Bukan nak kata,bukan nak tohmah, 
PR 13 ni nasib BN...mendung....
·                                
Labun Cikgulin Budin Mat Derus .... dengor yek

Asapnya hitam masuk ke hidung,
Jangan dikorek di bulan puasa,
Pakatan Rakyat dah mula condong,
Rebahlah ia menunggu masa.
·                                
Sayang Serawak sungainya sempit,
Tempat mandi si anak Iban,
Jangan diikut pikiran yang sempit,
Kelak nanti merana badan
·                                
pergi selama mencari lokan, 
Masak tumis buat hidangan,
InsyALLAH Wanita akn usahakan,
BN akan beroleh Kejayaan.
·                                
·                                
Labun Cikgulin Budin Mat Derus ..... ini jawabnya.

Tempat mandi Si Anak Iban,
Si Bujang Senang sedia menanti,
Nizar kononnya nak kena tereban,
Hj Imran cuba nak ganti.
·                                
Budin Mat Derus Ini jawabnye............ 
Kalau tebang pohon meranti, 
Jangan terkena si pohon kempas, 
Biorr sape pon yang jadi pengganti, 
Asalkan calonnye PAS.
54 minutes ago · 
·                                
anak ikan terlompat-lompat,
d jadikan mainan si anak2,
InsyAllah mereka x dapat tempat,
Kami sedia menggempur bersama Shahrizat.
49 minutes ago ·  ·  1
·                                
Zulkifli Ismail jgn lupa bawak lembu sekali
43 minutes ago ·  ·  1
·                                
Kes NFC sudah jadi bualan, 
Ramai rakyat merasa pilu, 
Buat apa hang nak sokong org yang nak kena tereban, 
Tidak kah hangpa merasa malu?
42 minutes ago · 
·                                
Labun Cikgulin Apa pulak korang nyer ......

Sudah terang lagi bersuluh,
Takkan sampa nak nampak tanah,
Satu dunia dah tentu heboh,
Kes Nuar dikatakan FITNAH.
37 minutes ago · 
·                                
Kebaya pendek pakaian nyonya, 
Jahitannya beliku berlipat-lipat, 
Biar si Nuar dengan halnya, 
Asalkan dia tak rembat duit rakyat.
32 minutes ago · 
·                                
Zulkifli Ismail dan tak beli cincin dan beg tangan
30 minutes ago · 
·                                
Beg tangan berharga beribu-ribu, 
Cincin pula 24 juta, 
Yang dok memerintah, penipu, 
Yang dok sokong ,buta...!!!
27 minutes ago · 
·                                
Zulkifli Ismail mahkamah Perancis nak bersidang....komisyen....hati2...
22 minutes ago · 
·                                
Sungguh harum bunga kesidang, 
Pokoknya menjalar di atas sabut, 
Mahkamah Perancis dah nak bersidang, 
Ramai jugak yang kecut perut.
15 minutes ago ·  ·  1
·                                
Pergi ke Grik singgah di Pendiat,
Durian di bawa ke dalam lori. 
Siapa sj calun Pakatan Rakyat
Tetap berwibawa n berintergriti
12 minutes ago via mobile · 
·                                
Zulkifli Ismail jgn lupa iman dan takwa
11 minutes ago · 
·                                
Labun Cikgulin Kikikiki ....

Sayang Mat Sabu ditangkap KHALWAT,
Dalam bilik ..... 5 minit lamanya,
Saksi dipinggir siapa yang buat,
Terlepas dia adakah selamanya?.
10 minutes ago · 
·                                
Budin Mat Derus Cekgu tanya susah nak jawab, Sebab saya tiada di sana, Di akhirat kelak dia yang jawab, Kita tidak kena mengena.
4 minutes ago · 
·                                
Labun Cikgulin Hihihihi

Pabila telunjuk mencucuk mata,
Tersadung akar terpaksa dipimmpin,
Memang itulah yang akan di kata,
Takkan itu dijadikan pemimpin?.
·                                
Zulkifli Ismail kes tak lekat...pilih pemimpin yg bininya tahu tutp aurat, anaknya pula tak ada kereta sport mewah, pilih juga pemimpin yg tahu didik anak tak jadi samseng
a few seconds ago · 
·                                
Labun Cikgulin ULANG BALIK PANTUN INI.

Pabila telunjuk mencucuk mata,
Tersadung akar terpaksa dipimmpin,
Memang itulah yang akan di kata,
Takkan itu dijadikan pemimpin?.
2 seconds ago · 

PANTUN TERAKHIR (MASIH BERPANTUN LAGI NI)

TARIKH : 24 MAC2012 (SABTU)
MASA    : 12.45 AM