Wednesday, 29 February 2012

INI LEBIH "BAHAYA" DARI LYNAS ..... JANGAN RAPAT

Dah getik aku nengok nyer berkaitan dengan isu LYNAS ni. Macam-macam citer ..... semuanya BERKAITAN DENGAN POLITIK tanpa menggunakan AQAL yang diKURNIAkan oleh Allah.


Oleh itu, maafkan aku ..... aku rasa .... INI LAGI "BAHAYA" ... kikikikiki ...


AMARAN DARI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT.
JANGAN HAMPIRI 
JIKA ADA DEMONTRASI INI.

WAKIL RAKYAT DIDAPATI BERSALAH OLEH MAHKAMAH



Ahli Parlimen Sabak Bernam didapati bersalah buat tuntutan palsu 

2012/02/29

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri didapati bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, empat tahun lalu. 

BERITA HARIAN ONLINE.

PETIKAN KISAHNYA



Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri (BN) dan pembantunya Ramli Busro akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam kira-kira pukul 8.30 pagi nanti.
Mereka adalah antara lima orang yang diseret ke muka pengadilan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung kesalahan rasuah.
Menurut kenyataan SPRM Ahli Parlimen dan pembantunya itu ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran palsu semasa menjadi ADUN Selangor.
Berikut kenyataan penuh SPRM:

Bekas ADUN dan pembantu ditangkap SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap seorang bekas ADUN dan pembantunya atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.
Bekas ADUN tersebut yang kini seorang Ahli Parlimen ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan. Manakala itu, pembantu beliau ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas ADUN berkenaan dalam membuat tuntutan bagi program yang sama.
Kedua-dua mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).

Bekas pegawai MB Selangor ditangkap SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap seorang bekas Pegawai Menteri Besar Selangor pada 2 November 2009 atas kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
Beliau ditangkap kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan. Nilai yang terlibat adalah sebanyak RM50,000.00.
Beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).

Pembantu khas exco Selangor dituduh SPRM (Wong Chuan How)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menuduh seorang pembantu khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 dan Kanun Keseksaan.
Beliau akan dituduh atas kesalahan mengemukakan invois yang mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Sepang bagi membekalkan barangan sempena program Hari Kemerdekaan tahun 2008 yang mana tidak dibekalkan. Beliau juga akan dituduh di atas dua (2) kesalahan pecah jenayah amanah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan kes ini akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).

Pengarah syarikat dituduh membuat tuntutan palsu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor akan menuduh seorang pengarah syarikat atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.
Beliau akan dituduh atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Hulu Langat bagi membekalkan barangan dan keperluan bagi program-program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Selangor pada tahun lepas sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan.
Pertuduhan kes ini akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).

kucing-selalunya pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tak pernah lupakan pelanduk..

Saturday, 25 February 2012

PEMIMPIN PKR DITANGKAP KHALWAT ?

SAYA TAK MAHU KOMEN APA-APA ..... SEKADAR MEMAPARKAN PETIKAN DARI MEDIA SOSIAL.


PETIKAN 1

PEMIMPIN PKR DITANGKAP KHALWAT 

Oleh: Wartawan Sinar Harian 


KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap berkhalwat bersama seorang wanita, yang dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.



PETIKAN 2


berdasarkan maklumat Badrul Amin bersama pasangannya ditangkap jam 3 pagi di sebuah bilik di SwiBs Garden, Balok Kuantan oleh suami kepada pasangan khalwat Badrul. 
Menurut sumber, Pasangan Badrul bernama Zati Iwani isteri kepada Fazli Pungut, Zati bertugas sebagai juruteknik Kolej Komuniti Rompin. 
Berdasarkan maklumat daripada saksi, Jabatan Agama Islam Pahang terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum pintu bilik dibuka.Apabila pintu dibuka Badul Amin hanya bertuala bersama pasangannya...  
Baca selanjutnya di PISAU.NET



PETIKAN 3


Berikut SMS yang dihantar oleh Badrol Amin kepada beberapa ahli PKR :
"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula"



WALLAHHUALAM

Tuesday, 21 February 2012

ADAKAH ANDA SEPERTI YAHUDI INI ?

BACALAH .... MAAFKAN AKU .... JIKA PAPARAN AKU INI KETERLALUAN .... KERANA AKU SEKADAR ... INGIN MENASIHAT DIRI AKU DAN JUGA ANDA



KEPADA ALLAH KITA MEMOHON
TETAPI KENAPA
MASIH TIDAK MAHU MENERIMA  KETENTUANNYA


DAH BERAPA KALI ANDA BERSEMBAHYANG HAJAT DAN SEBAGAINYA  YANG KONONNYA UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN
TAPI TIDAK DIMAKBULKAN 
HINGGALAH ANDA BERSEKONGKONG 
DENGAN PUAK YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN
KEWIBAWAANNYA
BARULAH MENAMPAKKAN SEDIKIT PERUBAHAN ?





Add caption
Pihak yang ANDA DOAKAN KECELAKAANnya
masih dalam KEADAAN BIASA akan tetapi dipihak anda SUDAH GOYAH dari masa ke semasa.

ADAKAH ANDA AKAN MEMOHON DARI ALLAH S.W.T BUAT KE SEKIAN KALINYA BAGI TUJUAN YANG SAMA IAITU
" ROAD TO PUTRA JAYA"


DAN APA PULAK YANG ANDA AKAN LAKUKAN LAGI JIKA KEPUTUSANNYA TETAP SAMA DALAM ERTIKATA LAIN "ALLAH TIDAK MERESTUINYA


HINGGA SANGGUP KITA MENIDAKKANNYA
DENGAN MENCARI DALIH
AGAR
JAWAPANNYA BERSAMAAN DENGAN
PERSEPSI ANDA SEBELUMNYA


Begitu juga sekarang ini di Malaysia....
Disebabkan KEMARUK KUASA @ ROAD TO PUTRAJAYA
ramai yang MEMBUTAKAN DIRI agar hasrat itu tercapai.

Sila baca Petikan di bawah ..... MUHASABAH DIRILAH

“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.
Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.
Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.
Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.
Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.
Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.
“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.
“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.
“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”
“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.
“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.
Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.
“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.
“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.
“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.
“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.
“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.
“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.
“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.
“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.
“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.
“Ya benar. Kamu tidak percaya?”
“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.
“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.

ADAKAH ANDA SEUMPAMA YAHUDI INI

WALLAHUALAM

Monday, 20 February 2012

UMNO MASIH TAK SEDOR LAGI ... BILAKAH NAK SEDORNYA ?

Kalau ditengokkan GELAGAT PARA PEMIMPIN dan AHLI-AHLI UMNO dalam MAJLIS/PROGRAM ..... bagai nak rak LAGAKnya .... tapi ... RUPA-RUPANYA ..... 
MASIH  RAMAI LAGI YANG TAK BERDAFTAR ?.
APA KOME BUAT .... ALAHAI .... INSAF LER 

DALAM MAJLIS .... BUKAN MAIN BERSEMANGAT LAGI
TAPI KENAPA MASIH ADA YANG "CACAT" ?


INILAH MATLAMAT KITA SEBENARNYA
BUKANNYA SORAK YANG DIUTAMAKAN .... NANTI KAMPUNG TERGADAI

BACA DI BAWAH NI SEBAGAI PENGAJARAN
(TAHNIAH KEPADA YANG TELAH BERTINDAK)

KALAU MASIH TAK SEDOR LAGI ... TERIMALAH AKIBATNYA ... JANGAN NANTI .... TERGADAI SELURUH NEGARA DISEBABKAN "KEALPAAN".
PARA PEMIMPIN PERLU AMBIL IKTIBAR

KALAHNYA PERAK KERANA UMNO SENDIRI

     BN Perak  hanya memperolehi 28 kerusi sahaja dari 59 kerusi yang dipertanding. Majoriti kekalahan yang diterima oleh BN adakalanya sedikit saja.

      Apabila dibuat POST MORTEM, berbagai faktor diberikan yang kebanyakannnya MENUDING ke pihak tertentu demi menjaga EMEJ masing-masing.


     Tanpa kita sedari, kita MELUPAKAN satu faktor penting iaitu AHLI UMNO YANG TIDAK MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI PEMILIH.

     Berikut disenaraikan JUMLAH AHLI UMNO BERKENAAN untuk makluman dan tindakan pihak tertentu sebagai GARIS PANDUAN agar tidak berlaku lagi.

     Apabila kita rujuk JUMLAH AHLI UMNO YANG TIDAK MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI PEMILIH dengan MAJORITI BN KALAH di DUN atau PARLIMEN, maka didapati KEKALAHAN INI BOLEH DIHINDARKAN.

     Adakah kita INGIN "PISANG BERBUAH DUA KALI" ?. Oleh itu, Jentera UMNO/BN Bahagian perlu peka dengan segera mengambil tindakan bukan sahaja MENDAFTARKAN AHLI-AHLI BERKENAAN bahkan KESELURUHAN PERMASTAUTIN di DUN/PARLIMEN masing.


     Contoh : DUN Lubok Merbau, Changkat Jong  dan beberapa DUN lain , BN boleh menang jika AHLI UMNO Berkenaan mendaftar dan mengundi BN masa PRU 12 dulu.


Faktor lain yang lebih merupakan AGENDA PERIBADI kepada PEMIMPIN YANG BERHASRAT UNTUK KE TAPAK YANG LEBIH TINGGI DALAM BAHAGIAN adalah dengan melakukan SEBOTAJ terhadap Calon BN/UMNO.

Sekian, terima kasih.


PARLIMEN DUN TIDAK DAFTAR
GERIK PENGKALAN HULU 468
GERIK TEMENGOR 774
LENGGONG KENERING 1016
LENGGONG KOTA TAMPAN 609
LARUT SELAMA 854
LARUT KUBU GAJAH 697
LARUT BATU KURAU 1213
PARIT BUNTAR TITI SERONG 1277
PARIT BUNTAR KUALA KURAU 1037
BAGAN SERAI ALOR PONGSU 1017
BAGAN SERAI GUNONG SEMANGGOL 738
BAGAN SERAI SELINSING 860
BUKIT GANTANG KUALA SAPETANG 907
BUKIT GANTANG CHANGKAT JERING 971
BUKIT GANTANG TRONG 536
TAIPING KAMUNTING 630
TAIPING POKOK ASSAM 331
TAIPING AULONG 313
PADANG RENGAS CHENDEROH 722
PADANG RENGAS LUBOK MERBAU 494
SUNGAI SIPUT LINTANG 820
SUNGAI SIPUT JALONG 175
TAMBUN MANJOI 1387
TAMBUN HULU KINTA 876
IPOH TIMOR CANNING 213
IPOH TIMOR TEBING TINGGI 296
IPOH TIMOR PASIR PINJI 344
IPOH BARAT BERCHAM 416
IPOH BARAT KEPAYANG 793
IPOH BARAT BUNTONG 471
BATU GAJAH JELAPANG 277
BATU GAJAH MENGLEMBU 226
BATU GAJAH TRONOH 375
KUALA KANGSAR BUKIT CHANDAN 638
KUALA KANGSAR MANONG 954
BERUAS PENGKALAN BAHARU 907
BERUAS PANTAI REMIS 322
PARIT BELANJA 834
PARIT BOTA 928
KAMPAR MALIM NAWAR 226
KAMPAR KERANJI 82
KAMPAR TUALANG SEKAH 529
GOPENG SUNGAI RAPAT 676
GOPENG SIMPANG PULAI 295
GOPENG TEJA 565
TAPAH CHENDERIANG 606
TAPAH AYER KUNING 1078
PASIR SALAK SUNGAI MANIK 1188
PASIR SALAK KAMPONG GAJAH 1898
LUMUT SITIAWAN 157
LUMUT PASIR PANJANG 917
LUMUT PANGKOR 358
BAGAN DATOK RUNGKUP 978
BAGAN DATOK HUTAN MELINTANG 1202
TELOK INTAN PASIR BEDAMAR 501
TELOK INTAN CHANGKAT JONG 1409
TANJONG MALIM SUNGKAI 291
TANJONG MALIM SLIM 665
TANJONG MALIM BEHRANG 505

WAHAI PARA PEMIMPIN UMNO
SEMAKLAH DATA PEMILIH ANDA
DAN
BERTINDAKLAH DENGAN SEGERA
AGAR
"PISANG TAK BERBUAH DUA KALI"

INSYA ALLAH KITA BERJAYA.

Sunday, 19 February 2012

DEMI PRU 13 .... ANWAR LAKUKAN APA SAJA

MAAF KEPADA RAKAN "BERAGAMA HINDU" ..... paparan ini bukan untuk menghina ANDA atau AGAMA ANDA
 tetapi 
ia ditujukan kepada ANWAR IBRAHIM 
DAN 
PENYOKONGNYA YANG BEGITU TAKSUB.


Aku tak mahu komen banyak .... sila tengok .... kemudian buatlah penilaian sendiri.




JIKA ANDA KURANG BERPENGETAHUAN TENTANG HUKUM HAKAM .... ELAKKAN MEMBERI KOMEN KERTERLALUAN KERANA INI MELIBATKAN AQIDAH
SEBAGAI SEORANG ISLAM 

SEBELUM ITU LIHATKAN PAPARAN INI

SEBAHAGIANNYA DIPETIK DARI
BLOG DI BAWAH INI








MUHASABAH DIRI LER 
WAHAI ANWAR
DAN
ANDA

WALLAHUALAM

PARA AHLI/PEMIMPIN UMNO .... "BILA NAK LEKAT LOGO UMNO DI KERETA TU" ?

Dah berapa lama Ahli UMNO ni takut or malu nak letak/lekatkan LAMBANG/LOGO UMNO di kenderaan masing-masing.

Kalau dulu .... AJK Cawangan pun MEGAH dengan melekatkan Lambang/Logo UMNO di kenderaan masing-masing.


Sejak kebelakangan ni ... sudah tak berapa nampak lagi Lambang/Logo UMNO tu ... baik di kalangan AJK Cawangan mau pundi kalangan AJK Bahagian ..... BAHKAN juga di kalangan Para Pemimpin Bahagian.


LOGO INI DAH LAMA DIEDARKAN
UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN UMUM


Adakah Para Pemimoin dan AHLI UMNO ...... TAKUT atau MALU atau TAK MAHU DIKENALI atau ... atau apa juga alasan YANG TAK DITERIMA AKAL.

Akan tetapi, APABILA DALAM MAJLIS/PROGRAM RASMI UMNO/BN ..... terpampang GAMBAR mereka dengan UNIFORM UMNO .... or .... SONGKOK TINGGI ..... kerana HENDAK MEMBEZAKAN di antara .... AHLI dan PEMIMPIN UMNO.

Tetapi adakah Para Ahli dan Pemimpin UMNO tu ingat bahawa ADA RAMAI LAGI "AHLI UMNO" yang TAK ADA LAMBANG/LOGO berkenaan TETAPI BERANI MEMAPARKANNYA ?

Aku menjangkakan DALAM SEMINGGU DUA NI .... akan berlaku PERUBAHAN DRASTIK .... sebabnya ... NAK JADI CALON .... kenalah BUBUH LAMBANG/LOGO tu .. tanda AKU AHLI UMNO .... ADA JATIDIRI ....

JADI, MULAI BULAN MAC NI ..... MARILAH KITA LEKATLAH KEMBALI LOGO/LAMBANG UMNO TU ...... JANGAN MALU ..... DAN BAGI LER KAT KAMI NI YANG HANYA DIKENALI SEBAGAI "ORANG UMNO" SAMA.

SSS

Saturday, 18 February 2012

KE MANA PULAK LAGI YB DR HASAN ALI NAK NGELEWOR NYER ...... MOH KITE TERJAH ?


TARIKH
27 FEBRUARI 2012 (ISNIN)

MASA
8.00 MALAM


STADIUM
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

TIKET
PERCUMA SELURUH KELUARGA




DATANG ....JANGAN TAK DATANG
TERUTAMA PENYOKONG TEGAR
PAS DAN PKR TU ...

TAK PERLU BAWA DUIT UNTUK
"TABUNG JIHAD"

SELAMAT DATANG



10 SEBAB KENAPA DR HASAN MOHD ALI DIPECAT DARI PAS

ADAKAH INI ALASANYA KENAPA PAS PUSAT MEMECAT YB DR HASAN MOHD ALI SERTA MERTA ?





KENAPA PAS TAK BOLEH TERIMA
MAKNANYA ..... PAS ADALAH ...
Parti Angkuh Se Malaysia


Ceramah Dr Hasan Ali di Pengkalan Pegoh





WARNING KEPADA ANGGOTA PAS 
"JANGAN USIK PEMIMPIN KOME"
nanti .....

"YOU ARE FIRED"


Itu saja dari AKU

Sekian.

Friday, 17 February 2012

PARTI BARU AKAN WUJUD SEBELUM PRU 13 ?

Disebabkan ramai Penyokong Pakatan Rakyat yang sudah MUNASABAH DIRI kemungkinan akan berlaku PERGOLAKAN DALAMAN lagi.

Dari PKR wujudnya KITA dan dari PAS wujudkan JATI.

Jangan hairan pulak .... jika PKR akan mengadakan UNDI TAK PERCAYA yang menyebabkan ADA PEMIMPIN YANG KELUAR PARTI lalu menubuhkan satu parti baru.

Aku mencadangkan parti itu dinamakan sempena FAHAMAN dan SOKONGAN mereka selama hari ini iaitu PARTI SUKA SAMA SUKA atau singkatannya S.S.S PARTY.


Cuba anda fikirkan .... SIAPAKAH YANG PALING SESUAI MENERAJUInya.

Aku dah siapkan FB GROUP BERKENAAN .... silalah ke sana 


Sekian.