Saturday 29 December 2012

ADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT MASIH DI TAHAP "HIDUP SEGAN, MATI TAK MAU" KENAPA PULAK KERAJAAN PUSAT (BN/UMNO) DIPERSALAHKAN?





CONTOH SEBUAH SEKOLAH SABK


Sebelum itu ..... sila rujuk Paparan di bawah dan seterusnya.


RUJUKAN GOGGLE HARI INI
(MUKA SURAT 1)


 
INILAH YANG TERPAPAR DI PAGE 1 GOGGLE



Berapakah bilangan SABK (mengikut Negeri),  berapa ramai Guru dan Muridnya sekarang?

SABK TAHUN 2009
(Bilangan Sekolah Mengikut Negari)





 SABK TAHUN 2009
(Bilangan Murid dan Guru)







BERAPA PERUNTUKAN YANG DIKELUARKAN OLEH KERAJAAN PUSAT
BAGI MENAMPUNG SELURUH SABK

Mari kita tengok berapakah peruntukan di bawah ini sebagai contoh.

PERUNTUKAN TAHUN 2009 DAN 2012
(SELURUH NEGERI SELANGOR)

RUJUKAN MAKLUMAT PERUNTUKAN


PETIKAN MAKLUMAT


Menteri Pelajaran memberitahu, bagi tempoh 2006 hingga 2010, sebanyak RM216.2 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada SABK di negeri ini.

Jumlah itu katanya, termasuk bantuan perkapita sebanyak RM10.3 juta, penyelenggaraan bangunan (RM12.9 juta), makanan asrama (RM72.5 juta) dan pembayaran gaji (RM87 juta).
''Bantuan ini adalah untuk memastikan usaha memperkasakan SABK di Selangor dapat dilaksanakan dengan jayanya.

SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)
Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan pada tahun 2002 oleh YB Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.


1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Ditadbir oleh KPM
3. Pemilika tanah dan bangunan dikekalkan
4. Kurikulum agama negeri dikekalkan
5. Menerima pelbagai kemudahan


1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran
2. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
3. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia
4. Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan


KELEBIHAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SABK
1. Kepada sekolah
a.Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah
b.Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah
c.Meneriama bantuan isentif (SAR sahaja) setelah Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani
d.Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi
e.Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan

2. Kelebihan kepada guru dan kakitangan
a.Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan
b.Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan
c.Berpeluang mendapat kenaikan pangkat
d.Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan
e.Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas
f.Berpeluang melanjutkan Pelajaran
g.Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti KPM

3. Kelebihan kepada murid
a.Berpeluang mendapat bantuan
b.Berpeluang bersaing dengan murid-murid aliran perdana
c.Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM
d.Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik
e.Berpeluang mendapat pendidikan yang lebih berkualiti


1.Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri (JAIN)
2.Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa
3.Menggunapakai dwi-kurikulum (kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan)
4.Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM
5.Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah
6.Mempunyai bangunan sendiri 
7.Bangunan dibina di atas tapak tanah yang berstatus wakaf
8.Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan
9.Bilangan murid melebihi 150 orang
10.Tidak menanggung hutang

1.Menghantar surat permohonan dan salinan keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS)  atau pihak berkuasa agama negeri kepada BPI(Bahagian Pendidikan Islam)
2.Menghantar profail sekolah, senarai nama ahli lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan Sijil Pendaftaran sekolah yang disahkan 
3.Menyemak dan mempersetujui draf MoU yang dimemukakan oleh KPM
4.Menghantar surat persetujuan terhadap draf MoU kepada KPM 
5.Menandatangani dokumen MoU
6.Mengisi borang pendaftaran sekolah

JADI, MANA-MANA SEKOLAH AGAMA YANG MEMPUNYAI 
SYARAT-SYARAT DI ATAS ELOKLAH MEMOHON.

DAN MUHASABAH DIRILAH WAHAI ANDA YANG BERKENAAN.
ADAKAH KERAJAAN PUSAT TIDAK PERIHATIN?


WALLAHU 'ALAM



4 comments: