Monday 5 November 2012

MINTA MAAF YAB TAN SERI TPM .................... BUKAN NIATKU MENUNJUKKAN "BONTOTKU" KEPADAMU SEBENTAR TADI



HASRAT KAMI DARI PENGINOVATOR  AKAR UMBI
HANYA NAK BERSUA MUKA DENGAN YAB TPM

SAYA ADALAH SALAH SEORANG DARINYA

Pagi tadi, kami sebagai PENGINOVATOR AKAR UMBI anjuran Yayasan Inovasi Malaysia di Hall 5, KLCC menunggu ketibaan YAB TPM yang kami cintai.

Ketibaannya disambut dengan pukulan "GENDANG TONG SAMPAH" dari Kumpulan ICAT (persembahan INOVASI dengan menggunakan bahan semulajadi dari Kumpulan Y).

Kami, selaku PENGAINOVATOR AKAR UMBI yang dijemput oleh Pihak YIM berdebar-debar menanti YAB TPM melalui kaunter kami ... manalah tau kot-kot dapat bertukar senyuman atau bersalaman dengan beliau.

MALANGNYA, kebanyakan dari kami TELAH DIGANGGU OLEH PARA PENGIRINGNYA yang berpakaian seragam. Kebanyakan dari kaunter kami didatangi oleh mereka dan menyuruh kami ke tepi. Jadi, terpaksalah kami MENGECILKAN DIRI dan ada di antaranya berada di BELAKANG PARA PENGIRING YANG BERLAGAK SEOLAH-OLAH KAMI INI "PENGGANGGU MAJLIS".

Saya selaku seorang PENDIDIK sungguh TERUJA kerana YAB TPM adalah Menteri saya .... MENTERI PELAJARAN dan mengharapkan beliau MENJELING ketika melalui kaunter saya.

LEBIH SEDIH LAGI, ketika YAB TPM hendak melalui kaunter saya ..... TANGAN KIRI SAYA DICANGKUK OLEH SEORANG PENGIRING BELIAU HINGGA MENYEBABKAN BADAN SAYA TERKALIH KE BELAKANG SEOLAH-OLAH SAYA "MENUNJUKKAN BONTOT" KETIKA YAB TPM MELALUI KAUNTER SAYA.

Bayangkan, jika terdapat RAKAMAN ketika itu .... SAYA SEOLAH-OLAH MENUNJUKKAN "KURANG AJAR" TERHADAP YAB TPM dengan MEMBELAKANGI BELIAU KETIKA BELIAU MELALUI KAUNTER SAYA.

Saya berkata kepadanya "Kenapa pegang tangan saya?". Dia menjeling TAJAM ke arah saya dan saya renung mukanya dengan GERAMMMMMM. Dalam hati saya berkata "Kalau dikepung sebegitu teruk sekali .... adakah ini yang DIARAHKAN?".

Berani saya nyatakan bahawa YAB TPM TIDAK TAU PERIHAL TINGKAHLAKU PARA PENGIRINGNYA SEBEGINI .... kalau beliau tahu .... sudah tentu satu tindakan akan diambil untuk mengelakkannya.

Kami bukan NAK MENCIUM TANGAN BELIAU .... KAMI HANYA MAU BERTENTANG MATA SELAKU "AKAR UMBI" DENGAN "PEMIMPIN NEGARA" .... itu saja.

Sebentar tadi (ketika makan malam) ramai yang mengadu dilakukan "SEDEMIKAN RUPA" oleh para pengiring YAB TPM. Kesannya,  saya terpaksa mengambil dua biji PANADOL untuk menghilangkan "SAKIT KEPALA" saya akibat dari peristiwa itu kerana .... RATA-RATA KAMI "SAKIT HATI".

Di bawah ini saya paparkan GAMBAR PARA PENGIRING YAB TPM dalam majlis berkenaan dan rata-rata apabila diperhatikan ... "MEREKA HANYA MAU ... ORANG TOP-TOP SAHAJA .... BUKANNYA KAMI YANG MARHAIN INI".

Kalau nak marah pun marahlah .... INI HAK SAYA UNTUK MELUAHKAN RASA TAK PUAS HATI .... KALAU NAK CARI SAYA .... SAYA ADALAH "CIKGU LIN" mewakili kumpulan "AKAR UMBI" yang tak mempunyai jawatan yang dapat/perlu dibanggakan dan saya MASIH BERADA DI KLCC INI HINGGALAH 7 NOVEMBER 2012

Di sini, saya menasihatkan kepada PARA PENGIRING ORANG TERNAMA .... JANGANLAH "LEBIH CAMCA DARI BUBUR" .... kelak yang rosak adalah "BUBURNYA" dan CAMCA TETAP CAMCA.

Mari kita lihat gambar 
PARA PENGIRING YAB TPM
yang sanggup 
MEMBELAKANGKAN PELANGGAN
(Kami dan Tetamu Majlis)
anjuran MOSTI 
di HALL 5, KLCC 
pada
5 November 2012
sebentar tadi.

HUBAYA-HUBAYA






BERDERET PARA PENGIRING YAB TPM
DAN
INI TIDAK TERMASUK YANG BERADA DI SETIAP KAUNTER KAMI BAGI MEMPASTIKAN
"KAMI TIDAK MENGGANGGU"
WALHAL .... KAUNTER KAMI ADALAH "HAK KAMI"
YANG DIAMANAHKAN OLEH YIM KEPADA KAMI
DAN
PERLULAH INGAT BAHAWA
ROSAKNYA SESEORANG ITU ADALAH DISEBABKAN
"ORANG KELILINGNYA"

IKHLAS DARI SAYA
CIKGU LIN
(PENGASAS)
BN PERAK CEMERLANG (BNPC)

AMARAN KEPADA PIHAK PEMBANGKANG 

JANGAN GUNAKAN ISU INI SEBAGAI MODAL ANDA
KERANA
ANDA "TIDAK LAYAK" UNTUK BERCAKAP
KERANA 
"ANDA TIDAK TERLIBAT LANGSUNG"






2 comments:

  1. Saya guru muda berasal dari perak...sbg guru muda saya bersimpati pada cikgu lin yg dah lama dlm bidang pendidikan tp diperlakukan bgitu.Sepatutnya kepercayaan yg tinggi diberikan kpd pendidik krn pendidik bukan terrorist...kalau terrorist bahaya anak2 didik di sekolah.So,lps ni hrp TPM jgn bawa ramai2 pgiring dlm program brsama warga pendidik..insyaallah cikgu2 tak ada yg nak brlaku kasar pd boss nya..tugas kami ialah mengajar...insyaallah kami akan ajar TPM dan gerombolannya dlm PRU 13 nnti.Allahuakbar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bercakap seperti di atas bukan sbb saya pembangkang tp sebab saya juga cikgu...sama dgn cikgu lin dan pernah diperlakukan bgitu oleh pgiring mb...bezanya aliran politik guru muda seperti saya tak sama dgn cikgu lin.Saya minta maaf sbb beri komen..tp hakikatnya pgiring menteri2 ni tak hormat cikgu.

      Delete