Wednesday 17 October 2012

JEJAK INOVASI YAYASAN INOVASI MALAYSIA "SIRI ASMATIK" (FAKTA ASAS MATEMATIK)




BERSAMA MURID TAHUN 6P 
SEMPENA JEJAK INOVASI YAYASAN INOVASI MALAYSIA (YIM)
PADA : 15 OKTOBER 2012


LATAR BELAKANG
"SIRI ASMATIK"

Tahun 1989, saya diamanahkan menjadi Guru Besar ke sebuah sekolah di Perkampungan Orang Asli. "JANGAN LUPA ... 3M MESTI DILAKUKAN" ..... itulah pesanan Tuan PPD Perak Tengah semasa itu iaitu En Hanif Imran.

Amatlah menyedihkan, di mana pencapaian  UPSR sekolah berkenaan amat rendah hinggakan tahap PENCAPAIAN MATEMATIK pada tahun sebelum hanya 0%.

Beberapa pendekatan telah dilakukan .... dan akhirnya TERBITLAH "SIRI ASMATIK" iaitu BAHAN ASAS UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH PENGHAYATAN FAKTA ASAS MATEMATIK ( Tambah, Tolak, Darab, Bahagi).

Hasilnya, tahun berikutnya pencapaian UPSR (Matematik) meningkat mendadak ke 75%. Ini menunjukkan bahawa MURID TELAH MENGHAYATI FAKTA ASAS dan ini MEMUDAHKAN UNTUK MENYELESAIKAN masalah matematik lain yang lebih mencabar.

SIRI ASMATIK ini dimurnikan kepada beberapa bahagian :-

1.     PETAK SIFIR
1.1   Tambah dan Tolak
1.2   Darab dan Bahagi

2.     BUKU SIRI ASMATIK (1000 soalan asas)
        -  Dibahagikan kepada beberapa bahagian
        -  Operasi hanya melibatkan :-
           a) 1 + 1 = ? hingga 10 + 10 = ?
           b) 2 - 1 = ? hingga 20 - 10 = ?
           c) 1 X 1 = ? hingga 10 X 10 = ?
           d) 1 ÷ 1 = ? hingga 100 ÷ 10 = ?

2.1   Petak Sifir (Darab) = 100 soalan
2.2   Petak Sifir (Tambah) = 100 soalan
2.3   Soalan Tambah = 200 soalan
2.4   Soalan Tolak = 200 soalan
2.5   Soalan Darab = 200 soalan
2.6   Soalan Bahagi = 200 soalan

3.    KAD ASMATIK
       - 400 keping soalan ASAS   
       - 400 keping jawapan ASAS
       - Dimainkan dengan cara PADANKAN
3.1   Soalan Tambah = 100 soalan
3.2   Soalan Tolak = 100 soalan
3.3   Soalan Darab = 100 soalan
3.4   Soalan Bahagi = 100 soalan

4.     PERMAINAN BERSEPADU
        -  Lebih merupakan "SHAHIBBA".
        -  Jawapan yang TEPAT AKAN DIBAYAR

Jika keadaan MENGIZINKAN, diadakan  PROGRAM "PENILAIAN SIRI ASMATIK di mana PELAJAR PILIHAN SEKOLAH akan DIPERTANDINGKAN di peringkat tertentu.

Masa diberi untuk menguji tahap "TEPAT" dan "CEPAT" peserta berkenaan. Setiap peserta akan diberi 200 soalan FAKTA ASAS untuk dijawab dalam beberapa minit sahaja mengikut Tahun masing-masing.

12 minit = Pra Sekolah
11 minit = Tahun 1
10 minit = Tahun 2
  9 minit = Tahun 3
  8 minit = Tahun 4
  7 minit = Tahun 5
  6 minit = Tahun 6
  5 minit = Sekolah Menengah (BAWAH)
  4 minit = Sekolah Menengah (ATAS)
  3 minit = DEWASA

Berikut dipaparkan ALBUM PENILAIAN ini iaitu
PENILAIAN SIRI ASMATIK, Peringkat Sekolah Rendah Daerah Manjung, 2009 sebagai KEMUNCAK TAHUNAN "SIRI ASMATIK".

DAN

BERIKUT DITAYANGKAN
BEBERAPA RAKAMAN MENGENAI
PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN
"SIRI ASMATIK"
SEMASA PANEL PEMANTAUAN
YAYASAN INOVASI MALAYSIA (YIM)
PADA : 15 OKT 2012














Saya telah mencuba untuk berkongsi BAHAN-BAHAN ini tetapi bukanlah mudah seperti yang diandaikan. Ia melibatkan KOS, PERSEPSI PENGGUNA (GURU dan PENJAGA) dan selalunya jawapan yang diberikan adalah :-

"Soalan macam ini ker .... tak mencabar"
"Kalau macam ini ... kami pun tau buat"

TETAPI, apabila MURID MEREKA KALAH ... terus DIAM MEMBISU kerana murid mereka mungkin hanya mampu lakukan tetapi mengambil masa yang lama untuk menjawab 200 soalan berkenaan.

Saya mengharapkan, semua ibubapa/penjaga MEMPUNYAI SET PENILAIAN ini dan bantulah anak-anak HANYA PERLU MENJAWAB  1 muka surat sahaja (20 soalan mudah) sebelum tidur. Jika dilakukan setiap malam ..... maka Insya Allah ... "MURID AKAN BERMIMPI FAKTA ASAS MATEMATIK" dan seterusnya menghayati hingga ke akhir hayat.

Amin.




     


No comments:

Post a Comment